Sabtu, 16 Mac 2024

"Jambatan Bering: Penghubung Migrasi Manusia Ke Benua Amerika."

 "Jambatan Bering: Penghubung Migrasi Manusia Ke Benua Amerika."

Tengok peta pertama ni, ada sebuah selat bernama Selat Bering (Bering Straits) yang memisahkan tanah Siberia di Rusia dan negeri Alaska di Amerika Syarikat (AS).

Mungkin bagi kita selat ni biasa-biasa je, taklah popular mana seperti Selat Melaka yang penuh dengan sejarah pelayaran. Tapi, sejak berpuluh ribu tahun dulu ada satu dataran timbul di sebalik selat yang terletak di Bulatan Artik ni!

Dataran yang saya maksudkan ialah Jambatan Bering atau Bering Land Bridge (BLB). Saintis pula memanggil jambatan semula jadi ni dengan nama Beringia. 

Sekitar 25,000 tahun lalu, Jambatan Bering ini wujud pada ketinggian 50 meter dari paras laut. Masa tu banyak glasier mengelilingi jambatan semula jadi ni. 

Keadaan Jambatan Bering ketika itu penuh dengan pokok-pokok tundra dan pernah menjadi habitat berapa spesis haiwan. Bagi haiwan, kewujudan jambatan ini menguntungkan haiwan yang nak bermigrasi dari Siberia ke Amerika atau sebaliknya.

Haiwan dari Siberia yang bermigrasi ialah bison, gajah mammoth, singa, beruang, dan serigala. Manakala haiwan dari Amerika yang bermigrasi ialah kuda, sehinggalah kuda menjadi haiwan pengangkutan yang penting bagi kaum-kaum nomad Asia Tengah.

Bagaimana dengan manusia pra-sejarah? Pernahkah ada sejarah golongan manusia ini menyeberang Jambatan Bering?

Bagi saintis, mereka percaya manusia pra-sejarah pernah bermigrasi ke Amerika melalui jambatan ini. Golongan manusia yang menyeberang itu ialah manusia Paleolitik Paleo-Indian. Mereka dikatakan menyeberang saat wujud jambatan ini kira-kira 19,000 tahun lalu.

Kemudian, pada tahun 14,000 tahun lalu golongan ini mengembang menjadi populasi yang menetap di Amerika Utara dan Selatan. Golongan inilah nenek moyang kaum asal Amerika yang kita kenal.

Tapi, migrasi manusia ke Amerika melalui Jambatan Bering ini buat masa sekarang sekadar teori saja. Para saintis perlu mencari bukti yang seiring dengan teori ini.

Penemuan arkeologi berdekatan Selat Bering buat masa ini ialah penempatan Yana RHS yang terletak di Banjaran Verkhoyansk, Rusia dengan usianya 30,000 tahun lalu. Berkemungkinan berkaitan dengan sejarah migrasi manusia tapi saintis perlu mengkaji lebih mendalam lagi.

Pada 13,000 tahun lalu, Jambatan Bering akhirnya tenggelam dek pencairan glasier di sekeliling sehingga wujudnya Selat Bering dan saki-baki jambatan yang menjadi semenanjung seperti Semenanjung Chukchi di Rusia dan Semenanjung Seward di Alaska.

Oleh: Dinie Liow

Sumber 

......

Teori migrasi Jambatan Bering ini adalah sebahagian dari sejarah manusia yang berevolusi melalui migrasi besar-besaran. Kalau nak baca banyak pasal teori evolusi ni, boleh dapatkan MANUSIA SEBELUM ADAM di sini:

https://shope.ee/AKD5bgkFd8

Related Posts:

  • Najib dipilih Perdana Menteri Lebanon NAJIB bercakap pada sidang akhbar di Istana Presiden di Beirut semalam. - AFPBEIRUT, Lebanon – Jutawan dan ahli politik Lebanon, Najib Mikati dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu negara itu buat kali kedua, lapor Un… Read More
  • Subhanallah: Kembar tiga mengandung bersama AgensiKEMBAR tiga kini menjalani fasa indah dalam hidup dan berkongsi detik berbadan dua.Los Angeles: Mereka bukan saja dilahirkan kembar, malah berkongsi detik indah apabila mengandung dalam tempoh masa yang sama.Gina … Read More
  • Covid 19: Afrika Selatan huru-hara akibat Omicron PENUMPANG beratur di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg selepas beberapa negara mengenakan sekatan penerbangan. - AFPJOHANNESBURG: Situasi huru-hara melanda Afrika Selatan sel… Read More
  • Tuah: Cucuk vaksin dapat RM4.15J Sydney: Bertuah seorang penuntut di Australia apabila menjadi jutawan segera selepas mendaftar kempen pengambilan suntikan vaksin Covid-19.Daily Star melaporkan, Joanne Zhu, 25, memenangi AS$1 juta (kira-kira RM4.15 jut… Read More
  • Kenapa Khabib Nurmagomedov nyaris pukul penyokong LiverpoolKHABIB tonton aksi Liverpool menentang City di Anfield.London: Ikon UFC Khabib Nurmagomedov mengakui dia bersedia bertumbuk dengan penyokong Liverpool yang mabuk di Anfield kelmarin.Khabib berada di tempat duduk penonton keti… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan