AKSB GAGAL : 32,000 PENGGUNA MENDERITA SEJAK SEMALAM
Semalam saya berjanji menyambung posting mengenai cadangan Aksb@Kerajaan Kelantan nak membina kolam takungan air sebagai cara terbaru MENGUBAT PENYAKIT LOJI SIAP AIR TAK ADA.
Saya tangguhkan perbincangan itu dulu.
Kerana hal yg lebih mendesak.
Hari ini 32,000 akaun pengguna air Aksb dari EMPAT JAJAHAN MENDERITA putus bekalan air. (Jika setiap akaun mempunyai lima orang ahli keluarga, sekurang-kurang sekitar 150,000 orang akan terjejas).
MAKNANYA, LEBIH DARI RATUSAN RIBU ORANG RAKYAT KELANTAN AKAN MENDERITA UNTUK BEBERAPA HARI!
Berdasarkan HEBAHAN GANGGUAN AIR terpapar di Laman Web Aksb sendiri sejak semalam dan dikemas kini hari ini - 14 Mei 2022 - seperti di bawah :
Apa pula sebab BEKALAN AIR AKSB TERPUTUS kali ini?
Kerana KABEL DAN PEPASANG ELEKTRIK RUMAH PAM TELAGA JEJARI AKSB DI SUNGAI BAGAN ROSAK!
Kabel besar Aksb - 11 kv atau 11,000 volt.
Ikut kawan-kawan Tnb, kabel macam ini boleh tahan berpuluh tahun bagi projek lain. Kalau pasang betul dan elok.
Bukan kabel TNB tetapi kabel yg dipasang oleh Aksb untuk kegunaan rumah pam Aksb.
Kejadian yg jarang berlaku kalau kontraktor yg memasangnya baik. Apa tah lagi bagi loji atau rumah pam yg baru siap seperti di Sungai Bagan, di bawah Projek Merbau Condong yg penuh kontraversi dari awal.
Tetapi ia berlaku.
INFO TERKINI YG SAYA TERIMA - KERJA-KERJA PEMBAIKIAN KABEL YG ROSAK INI MEMERLUKAN KONTRAKTOR PAKAR DALAM MENCARI LOKASI KEBOCORAN KABEL.
PANJANG KABEL YANG TERLIBAT ADALAH SEJAUH 800 METER ATAU SETENGAH BATU.
KABEL INI DIPASANG DI TEPI SUNGAI BAGAN. KAWASAN INI RATA-RATA DI PENUHI KEBUN JAGUNG PENDUDUK SETEMPAT DAN KAWASAN PENGAMBILAN PASIR.
BAHAGIAN M&E AKSB MUNGKIN TIDAK MEMPUNYAI KEPAKARAN DIPERLUKAN.
SAYA AGAK KONTRAKTOR ELEKTRIK DARI KUALA LUMPUR TERPAKSA DIPANGGIL DAN DENGAN ITU KEROSAKAN INI MEMERLUKAN MASA SEKURANG-KURANGNYA SAMPAI SE HARI DUA LAGI UNTUK DIKESAN DAN PEMBAIKIAN SELESAI.
PANJANG JUGALAH MASA RATUSAN RIBU RAKYAT JELATA MENDERITA.
BERAPA PULA NANTI KOS PEMBAIKIAN INI? KALAU PUN TAK JUTAAN, RATUSAN RIBU RINGGIT AKAN LESAP.
Sekarang, mari kita selidik kenapa hal ini boleh berlaku?
Ia kembali kepada cerita kontraktor yg dilantik oleh Aksb dulu tidak ada kelayakan sub kepala untuk kerja elektrik dan mekanikal atau MnE yg menjadi asas tender.
Ini lah yg ditegur oleh pegawai Aksb yg jujur masa itu. Mereka pula yg diburu - seperti kenyataan YB D Hanifa di atas. Bukan nak betulkan kesalahan. Kini, Allah tunjukkan KekuasaanNya.
Sejak awal lagi kontraktor utama yg dilantik tidak ada kelayakan MnE. (Periksalah dokumen-dokumen pra kelayakan tender dulu. Kalau Aksb kata dah tak ada, saya ada salinan dokumen itu).
Untuk menutup kekurangan itu, kontraktor yg tak layak dari awal itu telah menubuhkan syarikat usaha sama dengan sebuah syarikat lain.
KONTRAKTOR INI TIDAK LAYAK DARI AWAL. Tetapi tetap dilantik. Agak sendiri lah sebabnya.
Pihak tertentu dalam pengurusan Aksb telah menutup hilang kelayakan ini.
Syarikat yg ditubuhkan untuk menutup kehilangan kelayakan ini pula belum didaftarkan ketika mereka diberikan projek ini sehingga ditegur oleh Penasihat Undang-Undang Kelantan sendiri masa itu.
Semua itu tidak dipedulikan oleh Aksb.
Mereka tetap lantik syarikat yg tak layak.
Bila saya membuat teguran terbuka, saya dituduh memfitnah Aksb.
Saya disaman atas tajuk ini, bukan tajuk yg lain.
Selang masa berlalu, Allah Maha Besar menunjukkan apa yg terjadi.
Ia menyusahkan rakyat jelata.
Ia mengaibkan Aksb, kecuali Aksb pun beriman dengan malu apa.
Apa kita nak kata sekarang?
Apa kata, Pengerusi Aksb di masa itu, YB Datuk Hanifa Ahmad - sekarang masih Exco - diminta berundur dari Exco Kerajaan Negeri kerana beliau adalah orang yg bertanggung jawab meneruskan pelantikan kontraktor berkenaan walau pun sudah diperingatkan?
Menjadi kewajipan beliau sebagai Pengerusi Aksb untuk menjaga kepentingan Kerajaan dan Rakyat Kelantan melalui amalan pengurusan yg beramanah.
Sebarang kepincangan kerana gagal mengikut amalan pengurusan yg pruden hendaklah dipikul oleh mereka yg terlibat.
Tok-Tok Wakil Pas kena buka la mata. Jangan anggap teguran orang lain langsung tak ada kebenaran. Tegur lah mana patut sebelum terlambat macam sekarang.
Berapa Dun terlibat dari empat jajahan?
Kan Tok Wakil juga yg susah dan dimarahi. Kalau pun tidak dibenci oleh rakyat?
MB tak payah lah letak jawatan, fasal KEGAGALAN AKSB bagi beliau tak ada apa-apa yg hendak diherankan, kan.
Bagi ratusan ribu rakyat yg terjejas pun, tolong la buka mata.
Siasat apa sebab jadi macam ni.
ADAKAH ISLAM MEMBENARKAN SALAH LAKU PENGURUSAN SEHINGGA MENYUSAHKAN RAKYAT?
Fikir-fikirkan.
Husam Musa
13 Syawwal 1443H
14 Mei 2022
======
AKSB 'buru' dalang bocorkan maklumat syarikat
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Mar 6, 2018 10:14 PM
Air Kelantan Sdn Bhd (ASB) akan membuat siasatan dalaman bagi mencari dalang yang membocorkan dokumen projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II (Pakej I) kepada pihak luar.
Pengerusi Lembaga Pengara AKSB, Datuk Hanifa Ahmad, berkata siasatan itu akan bermula esok bagi mencari jawapan bagaimana dokumen tender projek bernilai RM27.1 juta itu bocor.
-wrlr
0 ulasan:
Catat Ulasan