Jumaat, 6 Mei 2022

Chelsea berisiko ‘lenyap’ daripada Liga Perdana Inggeris

 

LONDON: Chelsea berisiko disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan sekiranya urusan pertukaran pemilikan pasukan tidak berjaya.

Ia susulan keputusan Roman Abramovich menukar fikiran menuntut pelaburannya bernilai 1.6 bilion pound (RM8.7 bilion) dibayar sepenuhnya sebagai sebahagian daripada rundingan penjualan pasukan itu.

Pemilik bersama LA Dod­gers, Todd Boehly difahamkan menjadi pembida pilihan Raine Group, namun urusan penjualan pasukan terganggu susulan perubahan yang dimahukan Chelsea.

Sebelum ini, Abramovich tidak mahu wangnya semula, namun Blues kini berpendapat ‘hutang’ kepada Abramovich menerusi syarikat induk Fords­tam itu perlu menerima sebahagian hasil jualan kepada Camberley International Investment.

ROMAN ABRAMOVICH

Menteri juga menegaskan mereka tidak mahu Abramovich mendapat apa-apa manfaat daripada hasil penjualan pasukan itu selepas dikenakan sekatan atas sokongan ke atas Vladimir Putin yang melakukan pencerobohan ke atas Ukraine.

Chelsea sudah dimaklumkan bahawa lesen operasi pasukan hanya bertahan sehingga 31 Mei dan pasukan itu kini beroperasi atas ‘masa yang terhad’.

Selain rundingan penjualan kelab diterima oleh kerajaan – Abramovich dijamin tidak menerima sebarang keuntungan – dalam tempoh masa yang ditetapkan, Chelsea berdepan kemungkinan tersingkir dari EPL.

Ini sekali gus bakal mema­dam sejarah 117 tahun Stamford Bridge. – AGENSI

0 ulasan:

Catat Ulasan