Selasa, 24 Mei 2022

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit!

 Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 00

Sekilas pandang, Denza D9 2022 jelas sebuah MPV yang diilhamkan oleh Toyota Alphard justeru tidak hairanlah jika ia mendapat sambutan hangat di China. Bukan main-main laku apabila sebanyak 3,000 unit telah ditempah dalam masa 30 minit selepas pelancarannya di negara Tembok Besar itu.

Nama Denza mungkin tidak begitu dikenali dalam kalangan pembaca Malaysia tetapi jenama itu sebenarnya adalah usaha sama antara BYD dan Mercedes-Benz.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 01

Varian PHEV

Untuk pasaran China, MPV Denza D9 2022 ini boleh didapati dengan dua pilihan rangkaian kuasa.

Pertama adalah enjin plug-in hibrid petrol-electric (PHEV) yang menampilkan enjin 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang disambungkan pada motor elektrik yang dipasang di roda hadapan. Versi AWD bagi Denza D9 menambah susunan motor elektrik kedua pada gandar belakang.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 02

Varian BEV

Bagi rangkaian kuasa kedua, ia adalah versi elektrik sepenuhnya, dalam bentuk kenderaan elektrik bateri (Battery Electric Vehicle). Tidak hairanlah kerana BYD sememangnya pengeluar kenderaan elektrik yang terkemuka di China.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 03

Denza tidak menyenaraikan sebarang angka output kuasa untuk MPV baharunya ini, tetapi lebih berminat untuk mendakwa bahawa model versi hibrid boleh menawarkan jarak pemanduan antara 970 km hingga 1,040 km.

Untuk versi BEV pula, ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 600 km. Kedua-dua angka jarak pemanduan dipetik di bawah kitaran ujian CLTC.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 04

Selain itu, Denza juga mendakwa bahawa Denza D9 versi elektrik menawarkan pengecasan pantas DC pada 166 kW. Pengecasan pantas selama 10 minit akan memberikan jarak pemanduan 150 km, manakala pengecasan dari 30% hingga 80% hanya mengambil masa 30 minit.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 05

Dari segi dimensi, MPV ini ialah 5,520 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi, dan menawarkan jarak roda sepanjang 3,110 mm. Sebagai konteks, ini meletakkan Denza D9 lebih besar daripada Toyota Alphard dalam segala aspek, termasuklah jarak rodanya.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 06

Setiap varian Denza D9 2022 mampu memuatkan 7 penumpang dengan selesa. Malah, Denza mendabik dada dengan keluasan MPV terbaharunya ini sehingga mampu memuatkan 7 orang dewasa berketinggian 180 cm dengan selesa, bersama-sama dengan 7 bagasi di belakangnya.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 07

Bagi mereka yang mencari MPV yang lebih eksklusif boleh memilih Denza D9 Founder’s Edition. Terhad kepada hanya 99 unit, varian ini memuatkan hanya 4 penumpang - mirip model Lexus LM yang sangat mewah.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 08

Dari segi keselamatan, Denza D9 menawarkan tidak kurang daripada 9 beg udara untuk memastikan penumpangnya selamat, serta pemanduan separa autonomi L2+.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 09

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 10

Harga bagi Denza D9 ini bermula dari RMB 335,000 (~RM 220k) hingga RMB 445,000 (~RM 290k) untuk varian PHEV, manakala varian BEV berharga antara RMB 390,000 (~RM 254k) hingga RMB 460,000 (~RM 300).

Untuk mereka yang merasai kemewahan hidup, Denza D9 Founder’s Edition berharga dari RMB 660,000 (~RM 430k) - suatu angka yang tinggi untuk sebuah MPV China.

-wapcar.my

0 ulasan:

Catat Ulasan