Selasa, 24 Mei 2022

SPRM dedah ada pembelian berkaitan Covid-19 terpalit rasuah


 Beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ini ketika wabak Covid-19 melanda, terpalit dengan unsur rasuah, dedah Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini.

Azam berkata suruhanjaya antirasuah itu telah membuka beberapa siasatan terhadap perolehan perkhidmatan perubatan; penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan bantuan dan pakej rangsangan.

Selain itu, siasatan turut membabitkan penipuan yang berkaitan dengan peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan seperti pelitup muka, sarung tangan dan lain-lain iaitu dari segi kuantiti dan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah serta rasuah pegawai penguat kuasa dalam barisan penguatkuasaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perbuatan itu menunjukkan ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat wang haram daripada kesakitan dan kemalangan orang ramai.

“Dalam dua tahun kebelakangan ini, banyak negara menghulurkan bantuan ekonomi dan membuat pembelian perubatan peralatan atau perubatan melalui tabung kecemasan.

"Namun sangat menyedihkan, walaupun pandemik dan negara dalam keadaan kecemasan, beberapa pembelian ini terpalit dengan rasuah.

"Ini menunjukkan terdapat individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membuat wang haram daripada kesakitan dan kemalangan orang ramai,” katanya pada ucaptama Forum Anti Rasuah Malaysia kali ketiga yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.

Pada suku pertama 2022, 376 kertas siasatan telah dibuka yang mengakibatkan 415 tangkapan, katanya.

Azam menambah, SPRM membuka sebanyak 829 kertas siasatan pada 2021, yang membawa kepada 851 tangkapan, membabitkan semua jenis rasuah, pengubahan wang haram dan kesalahan bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Kanun Keseksaan.

“Nilai aset dirampas adalah sebanyak RM162 juta manakala RM5.13 bilion dilucut hak.

"SPRM akan terus mempergiatkan fungsi suruhanjaya ini untuk membanteras aktiviti rasuah dan penyelewengan malah kita mencari pelbagai cara untuk memerangi rasuah yang kini semakin rumit kerana tipoligi dan modus operandi dipertingkatkan.

"Sebagai contoh, sebelum ini SPRM perlu mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen untuk menumpaskan sindiket yang menggodam sistem imigresen bagi mengeluarkan pas untuk pelawat dan pekerja sementara palsu," katanya.

Azam turut menggesa syarikat dan syarikat korporat sama ada tempatan atau asing agar memanfaatkan rebat potongan cukai untuk menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkaitan pencegahan rasuah dan pendidikan.

Katanya, dengan penganjuran program CSR, syarikat layak memohon potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan amaun bersamaan dengan jumlah perbelanjaan yang ditanggung untuk program sedemikian, yang dijalankan dengan kerjasama SPRM.

“Insentif pelepasan cukai di bawah Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah untuk menggalakkan lebih banyak syarikat swasta bekerjasama dengan SPRM menjalankan program pencegahan rasuah yang akan memberi manfaat kepada orang ramai termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi,” katanya.

Mengenai usaha pemulihan aset 1MDB, Azam berkata sebanyak RM5.11 bilion lagi telah diperoleh melalui cara penyelesaian dan SPRM akan terus mendapatkan lebih banyak aset yang dicuri daripada pelaku.

Mengenai usaha pemulihan aset 1MDB, Azam berkata aset bernilai RM5.11 bilion lagi telah diperoleh melalui cara penyelesaian dan SPRM akan terus mendapatkan lebih banyak aset yang dicuri daripada si pelaku.

-malaysiakini

0 ulasan:

Catat Ulasan