Selasa, 16 Februari 2021

Syafahullah:Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas

 


KUALA LUMPUR:
 Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas.
 
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.
 
Katanya, Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.
 
"Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” catat Ahmad Zahid.
 
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di laman Instagramnya turut mendoakan kesembuhan buat Abdul Hadi.
 
"Semoga Allah mengangkat segala kesakitan dan penyakit beliau," katanya.
 
Malam tadi, tular satu kenyataan yang mendakwa Abdul Hadi telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada jam 7.50 petang.
 
Kenyataan itu memetik doktor yang memaklumkan bahawa keadaan Abdul Hadi stabil walaupun jantung beliau lemah, mungkin akibat kepenatan.
 
Kata kenyataan itu juga, Abdul Hadi dibawa ke IJN dengan ambulans pada jam 9.25 malam.


0 ulasan:

Catat Ulasan