Sabtu, 6 Februari 2021

Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?

 


Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menulis...

Semalam buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mengulas mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dengan menyebut di dalam blog beliau: “Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti…”

Sebelum ini di dalam blog beliau pada 1 Mac 2020 juga Tun Dr Mahathir pernah menyebut: “Saya letak jawatan kerana… saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri.

Ada bagus juga tulisan Tun Dr Mahathir di dalam blog beliau kali ini kerana setidak-tidaknya beliau sudah kembali mengaku bahawa beliau memang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 itu.

Ini sudah satu peningkatan berbanding kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di hadapan para penyokong beliau di TH Hotel Alor Setar pada 18 Julai 2020 dalam mana beliau menyebut: “Tidak benar yang saya ini letak jawatan, saya terpaksa digugur.”

Begitu juga dengan satu lagi kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di Parlimen pada 13 Ogos 2020 dalam mana beliau menyebut: “Sebenarnya tak ada perletakan jawatan, saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaan, iaitu saya terletak jawatan”.

Dalam banyak-banyak perkara yang terdapat dalam buku beliau, saya boleh bersetuju dengan Tan Sri Tommy Thomas bahawa Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH kerana meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Saya juga boleh bersetuju dengan Lim Kit Siang yang hari ini menyesali sikap Tun Dr Mahathir yang masih enggan bertanggungjawab atas kesilapan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala beliau masih mendapat sokongan majoriti MP.

Dakwaan Tun Dr Mahathir semalam dan sebelumnya bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana PH telah hilang sokongan majoriti MP atau kerana beliau sendiri telah hilang sokongan majoriti MP adalah pembohongan semata-mata.

Turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku jelas mendedahkan mengenai pembohongan ini: 

(1) Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM pada jam 1:00 tengahari 24 Februari 2020. 

(2) Tan Sri Muhyiddin umum bawa BERSATU keluar daripada PH pada jam 2:04 petang 24 Februari 2020. 

(3) Datuk Seri Azmin Ali umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR pada jam 2:19 petang 24 Februari 2020.

Tidakkah jelas daripada turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku bahawa PH belum hilang sokongan majoriti MP sewaktu Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin hanya umum bawa BERSATU keluar daripada PH dan Datuk Seri Azmin Ali hanya umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR selepas, dan sebagai akibat daripada, Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM?

Kalaupun Tan Sri Muhyiddin memang berhasrat untuk bawa BERSATU keluar daripada PH serta Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain memang berhasrat untuk keluar daripada PKR sekalipun, selagi perkara ini tidak berlaku PH masih belum hilang sokongan majoriti MP dan masih boleh melakukan banyak perkara untuk mengatasi kemungkinan kedua-dua perkara ini berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir tidak hantar surat perletakan jawatan sebagai PM.

Tun Dr Mahathir sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP sewaktu beliau hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin telah umum bahawa kesemua MP BERSATU tetap menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, begitu juga dengan Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain, malah MP-MP UMNO dan PAS pun, yang telah menyebut akan menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Hakikatnya ialah Tun Dr Mahathir mempunyai perancangan dan membuat keputusan sendiri tanpa merujukkan kepada kawan-kawan beliau di dalam PH untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala PH dan beliau sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP serta untuk kemudiannya mengetuai sebuah Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti yang sekali gus akan memberikan kuasa penuh tanpa sebarang gangguan daripada PH, khasnya PKR.

Itulah cerita sebenarnya yang selari dengan pendedahan Pegawai Media Tun Dr Mahathir bernama Shamsul kepada Tan Sri Tommy Thomas yang tiba di Pejabat Perdana Menteri pada jam 2.00 petang 24 Februari 2020 bahawa beliau hanya mengetahui keputusan Tun Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan sekitar jam 9.00 pagi hari itu dan bahawa beliau tidak fikir bahawa Tun Dr Mahathir ada berunding dengan sesiapa sebelum membuat keputusan tersebut.

Terang lagi nyata Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH.

-Anak Sungai Derhaka

Related Posts:

  • Wawancara:Ulang konspirasi, khianat tak bolehlah, kata Anwar Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia sedia bekerjasama Dr Mahathir Mohamad pada 2016 dan melupakan perselisihan lama dengan bekas perdana menteri itu.Bagaimanapun kata Anwar dia terpaksa sekali lagi memilih jalan sen… Read More
  • Perdana Menteri - Chedet 1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri … Read More
  • Anwar tak mampu tadbir negara di saat krisis, kata Dr M Ketika pentadbiran PH, Dr Mahathir yang ketika itu perdana menteri berkata akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim tetapi membayangkan - di belakang tabir - tidak akan membantu meraih sokongan secukupnya kepad… Read More
  • MAHATHIR TERBUKTI SEMAKIN 'SAKIT'Walaupun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad minggu lalu menegaskan, serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak membantu kepada apa jua usaha menjernihkan politik … Read More
  • PKR sukar kembali bersama Tun M FB Azizul Abd HamidIsunya kena faham, kenapa Anwar dan PKR tak akan terima Mahathir dan tidak akan sesekali buat hubungan dengan Mahathir dengan konco2 beliau lagi. Kerana pengkhianatan Mahathir terhadap PH, PKR dan Anw… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan