Semalam, kecoh di media sosial mengenai satu gambar yang dimuatnaik oleh penerbit dan pengarah terkenal iaitu Sheila Rusly di Instagram. Gambar tersebut memperlihatkan dirinya sedang memeluk seorang wanita yang mengenakan busana putih persis pengantin.
Walaupun begitu, wajah wanita berkenaan tidak kelihatan dan ianya sekaligus telah membuatkan netizen tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berada di atas pelamin tersebut.
Gerangan wanita di atas pelamin
Foto: IG Sheila Rusly
Biarpun tidak menunjukkan wajah, kebanyakan netizen meneka bahawa wanita tersebut adalah pelakon Elisya Sandha yang juga merupakan teman wanita kepada anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.
Namun, segala persoalan akhirnya terjawab selepas suami Sheila Rusly iaitu Jinggo memuatnaik satu video di Instagram dengan kapsyen ‘Teman dia macam mana papa teman mama’. Dalam video tersebut kelihatan Sheila Rusly, Elisya Sandha iaitu adik kepada pelakon terkenal Fasha Sandha dan ibunya.
Selamat melangsungkan pertunangan
Foto: IG Elisya Sandha
Malah, memetik laporan daripada Berita Harian, Sheila Rusly telah mengesahkan bahawa anak lelakinya itu selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama pilihan hati, Elisya Sandha.
Tambahnya lagi, majlis tersebut diadakan secara sederhana sahaja dan hanya dihadiri oleh 15 orang tetamu sahaja iaitu merangkap keluarga terdekat.
Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini. Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.
‘Dia sangat memahami Haq’
Foto: IG Hatijah Teh Man
Difahamkan, UzairHaqimy dan Elisya Sandha bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada awal tahun hadapan.
Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.
Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain.
Sementara itu, Sheila meluahkan rasa syukur dan bahagia. Malah, dia sempat meminta orang ramai supaya turut sama mendoakan yang terbaik buat mereka.
Video
Foto yang dimuatnaik di IG
Sumber: Sheila Rusly, Jinggo, Berita Harian, Elisya Sandha, Uzair Haqimy
Credit:Oh Bulan
0 ulasan:
Catat Ulasan