PENDAKWAH terkenal Ebit Lew mendakwa dia diminta menghentikan program bantuan di sekitar pulau-pulau di Semporna, Sabah.
Justeru beliau memohon maaf kepada para penduduk pulau-pulau berkenaan yang diislamkannya sebelum ini. Kenyataan itu dikeluarkan olehnya menerusi akaun Facebook Ebit Lew.
"Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna, minta diberhentikan bantuan di sekitar sini." tulisnya.
Katanya dia diberitahu boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara 3 tahun jika ingkar dengan larangan itu.
"Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik, dan menjadi sumber pendapatan mereka." tulisnya.
Menurutnya lagi ramai yang menangis sedih termasuk anggota yang sepatutnya membawa pasukan misi bantuan itu ke pulau-pulau berkenaan.
"Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya maafkan semua Saya tidak berkecil hati, perjuangan diteruskan," katanya.
Tambahnya lagi, beliau sedang menunggu pesawat untuk meneruskan perjalanan ke Tawau, Sabah kerana sudah berjanji untuk memberi sedikit bantuan di sana.
Sumber | Facebook
-milosuam.net
0 ulasan:
Catat Ulasan