Selasa, 9 Februari 2021

Ibu dakwa Aiman Tino ‘buat hal’ abaikan keluarga, dikongkong seorang wanita


KUALA LUMPUR – Sudah menjadi trend masa kini apabila sesebuah keluarga artis atau selebriti dilanda masalah, maka mereka akan meluahkannya di media sosial yang kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi terkini dari netizen. 

 Belum habis panas kisah keluarga Neelofa dengan bakal suaminya, kisah Shuk dengan isterinya dan pelbagai lagi kisah keluarga artis diperkatakan di Internet, terbaharu ibu kepada penyanyi Aiman Tino pula meluahkan perasaannya di media sosial. 

 Hazelina Mat Jalil, ibu kepada penyanyi muda yang sedang meningkat naik itu meluahkan rasa terkilan melalui Instagram terhadap sikap anaknya yang didakwa mula ‘buat hal’ hingga mengabaikan kerjaya seni kerana dipercayai kehidupan anaknya dikongkong seorang wanita.

 “Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dikongkong. 

Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum pada yang berkenaan,” tulis Hazelina yang dikenali juga sebagai Riena. 

 Walaupun tidak menyebut nama, namun status tersebut dipercayai ditujukan kepada anaknya iaitu Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri. 


 Menurut mStar, usaha portal beria itu untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada Aiman sendiri gagal apabila penyanyi berusia 22 tahun itu enggan mengulas mengenai status yang dimuat naik ibunya. 

 Pada 5 Januari lalu, Riena ada memuat naik foto Aiman dengan kapsyen meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap anak lelakinya itu.

 “Dia tak rindu saya ke ya. Apa-apa pun, saya sayang dan rindu dia,” kata Hazelina. 

 Dalam pada itu, Hazelina menerusi Instastory turut memuat naik status amaran kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Hanis atau Fewa. 

 “Fara Hanis (Fewa), aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan XXX!” tulisnya. 

 Riena dan suaminya iaitu Yusri Iskhak mempunyai 11 orang anak termasuklah Aiman dan penyanyi Fara Hezel. – UtusanTV


0 ulasan:

Catat Ulasan