Baru-baru ini, bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin memaklumkan ada seorang individu bertanya kepada dirinya mengenai nilai mas kahwin seorang wanita yang bergelar janda.
“Mas kahwin RM100,000 pun tak apa janji abang mampu. Jangan takut bagi duit kat bini sebab bila abang susah, bini juga tolong cover abang balik nanti. Silap hari bulan bini cover abang lebih dari abang bagi tu.”
“Akak dulu janda anak 5 pun mas kahwin akak RM10,000 juga hantaran lain kira, so fikir-fikirkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Tak semua barang terpakai jatuh nilai”
Dalam pada itu, Erin turut memerli segelintir manusia yang memandang serong terhadap wanita yang bergelar janda dan anak
Malah, dia turut menegaskan bahawa tak semua ‘barang terpakai’ jatuh nilai. Maksudnya, walaupun sudah bergelar janda, tidak semestinya ‘nilai’ wanita tersebut berkurang.
“Yang janda dah tentu janda dari anak dara tapi dah ‘janda’. Satu lagi yang lelaki pun dok sibuk anak dara la apa la. Nak tanya cik abang tu teruna lagi ke? Tak semua ‘barang terpakai’ jatuh nilai. Macam rumah lagi lama lagi mahal,” tulisnya lagi.
Janda mahal sebab berpengalaman
Perkongsian Erin tersebut mendapat reaksi dan sokongan warganet yang rata-rata berpendapat janda lebih banyak pengalaman dalam kehidupan berumah tangga.
Janda serba-serbi boleh
Setuju dengan jawapan Erin
Zaman sekarang janda lebih menarik
Terdahulu, dia seorang ibu tunggal yang memiliki lapan orang anak mencuri tumpuan warganet apabila bernikah dengan Da’i Farhan di Tanah Suci Makkah sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 27 April lalu.
Sumber: Drholisw
0 ulasan:
Catat Ulasan