Ahad, 14 Februari 2021

Doktor maut selepas terima dos kedua vaksin Covid-19

DR. J.BARTON WILLIAMS meninggal dunia selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19. - AGENSI

NASHVILLE: Seorang doktor dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 yang dipasarkan oleh syarikat perdagangan farmaseutikal, Big Pharma.

Vaksin Covid-19 itu dipercayai masih dalam peringkat kajian, tidak mendapat kelulusan dan tahap keselamatannya tidak jelas serta disahkan.

Lapor portal Before It’s News, Dr.J.Barton Williams, 37, yang merupakan pakar bedah dari Memphis, Tennessee meninggal dunia selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19.

Williams disahkan meninggal dunia di Hospital Baptist Memorial di Memphis akibat sindrom keradangan multi-sistem.

Jelas laporan itu, Williams jatuh sakit beberapa minggu lalu dan dirawat oleh Dr. Stephen Threlkeld di hospital tersebut.

Menurut Threlkeld, pakar bedah itu meninggal dunia pada 8 Februari lalu kerana sindrom keradangan multi-sistem, suatu keadaan yang biasanya menjejaskan sistem daya lawan jangkitan (imun) dalam kalangan kanak-kanak.

“Sistem imun menyerang tubuh badan menerusi pelbagai cara dan mengakibatkan kegagalan pelbagai organ.

“Ia menjejaskan jantung, saluran gastrousus dan bahagian lain,” katanya. 

Jelas beliau, William disahkan positif Covid-19 dalam ujian antibodi.

“Ini bermakna dia dijangkiti Covid-19 pada suatu masa tetapi tidak pernah mengetahuinya.

“William kemudian menerima suntikan kedua dos vaksin Covid-19 hanya beberapa minggu sebelum kematiannya,” katanya. 

-utusanonline

0 ulasan:

Catat Ulasan