Isnin, 22 Februari 2021

Calon PKR.. Hans Di Ampang, Afdlin Di Wangsa Maju, Azwan Di Gombak?


Pelakon Hans Isaac dikatakan telah diketengahkan namanya untuk bertanding di kawasan Parlimen Ampang, yang merupakan kubu kuat bekas ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Bagimanapun sebelum ini, Hans menafikan dakwaan nama beliau disebut-sebut sebagai pengganti Zuraida selepas bekas Naib Presiden PKR itu dipecat pada tahun lalu.

Ia susulan tindakan Zuraida bersama dengan bekas Timbalan Presiden Keadilan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan PKR dalam Langkah Sheraton bagi membentuk Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Februari 2020.

Dalam pada itu, Hans turut mengakui sejak setahun lalu, beliau sangat aktif turun padang di Parlimen Ampang bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PKR

AMPANG – Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac memberi bayangan untuk mencabar Datuk Dr Zuraida Kamaruddin bagi merebut kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ini susulan dakwaan Hans berjaya menawan kembali lebih 120 ranting PKR dan hampir 2,000 ahli baharu parti itu sejak setahun lalu setelah bergerak aktif di kawasan Parlimen tersebut.

“Saya nak berterima kasih kepada kawasan Ampang ini sebab kami telah berjaya mendapat lebih 120 ranting di Ampang yang membantu kami.

“Manakala ahli baharu yang masuk ke dalam parti (PKR) lebih 1,896 ahli baharu, jadi terima kasih.

“Ada ramai lagi yang datang kepada kami untuk menjadi ahli dan kami akan membantu mereka sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Ampang baru-baru ini ~ MalaysiaGazette

Manakala dalam satu program pengagihan ayam kepada penduduk sekitar Wangsa Maju pelakon Afdlin Shauki pula Turut kelihatan..


Afdlin antara beberapa nama artis tempatan yang direkrut PKR bagi meraih sokongan dalam kalangan penduduk Melayu di bandar.

Afdlin tidak menolak spekulasi pencalonannya dalam pilihan raya akan datang, dan mengatakan beliau mungkin secara rasmi akan mengumumkan keahlian partinya.

Katanya, tujuan utama beliau menyertai politik untuk menjadi suara memperjuangkan industri hiburan, dan menambah kerajaan sekarang tidak mempedulikan masalah yang wujud dalam industri filem.

“Kalau boleh, sepatutnya perlu ada wakil orang-orang seni di dalam Parlimen untuk menyuarakan masalah mereka,” kata Afdlin kepada media selepas program itu semalam.

Ditanya adakah penyertaannya dalam bidang politik akan menjejaskan popularitinya, Afdlin berkata: “Saya rasa separuh daripada mereka akan benci saya,” dan menambah ahli politik dan mereka yang dalam bidang seni sudah lali dengan kritikan ~ MalaysiaNow

Yang aku tahu.. dalam KEADILAN itu sendiri ramai Otai-otai yang boleh diketengahkan sebagai Calon ADUN ataupun Ahli Parlimen.. Artis pulak yang menjadi pilihan Pimpinan Parti, kenapa ya?

Nak menumpang populariti atau apa?.. atau yang dok ada tu langsung tak layak?

Cadangan aku.. selepas ini letaklah pula Azwan Ali sebagai Calon Parlimen Gombak bagi menentang Azmin Ali.. popular juga Azwan Ali tu..

Ada 100,000 lebih jugak kot follower Azwan Ali di Instagram tu..

Tak payah susah-susah nak diperkenalkan.. semua rakyat Malaysia dah kenal dia tu..

Apapun.. aku harap Hans dan Afdlin tak akan kecewa andai kata bila tiba hari penamaan Calon nama mereka tiada dalam senarai.. teruskanlah kerja-kerja amal itu..

By the way.. Otai yang aku maksudkan ialah orang-orang lama yang dah berjuang bersama dengan KEADILAN dari semenjak Parti Keadilan Nasional lagi.. bukannya yang mengaku Otai selepas PRU14 hari tu..

-ANAK SUNGAI DERHAKA

0 ulasan:

Catat Ulasan