Jumaat, 2 Oktober 2020

Lima minggu berkempen di Sabah, Menteri Pendidikan tak kuarantin, jalan sana sini

KETIKA media sosial dibanjiri kecaman netizen kerana kecewa dengan sikap degil ahli politik kerajaan yang enggan menjalani kuarantin selepas pulang berkempen di Sabah, Menteri Pendidikan nampaknya langsung tidak peduli dengan kecaman itu.
Malah Razi Md Jidin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh dengan bangga mendakwa telah berkempen selama 5 minggu di seluruh pelusuk Negeri Sabah sebelum kemudiannya mengirimkan gambar beliau menghadiri majlis yang dihadiri oleh ramai hadirin hanya beberapa hari selepas pulang dari Sabah (kurang 7 hari).
Menerusi 'banner' dalam gambar yang dikirimkan oleh beliau itu, dipercayai majlis berkenaan berlangsung pada 29 September 2020 jam 2:30 petang. Gambar itu juga menunjukkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri turut hadir ke majlis berkenaan.
Sebelum ini telah didedahkan bagaimana rakyat biasa ada yang terpaksa menjalani kuarantin sampai 48 hari meskipun semua ujian Covid-19 yang dijalani negatif dan tiada sebarang simptom. 

 Mereka rakyat biasa akur dengan arahan pihak kesihatan, kerana merasakan tanggungjawab untuk sama-sama memutuskan rantai yang jangkitan wabak pembawa maut. 

 Namun ahli politik seperti ini nampaknya diberikan layanan berbeza meskipun baru pulang dari kawasan zon merah yang sangat berisiko, ditambah dengan bukti kes jangkitan yang semakin meningkat

. "Di Indonesia menteri pening rakyat tak mahu ikut SOP, di Malaysia rakyat pening menteri tak mahu ikut SOP," 

 Sumber:milosuam.net

0 ulasan:

Catat Ulasan