Ahad, 5 Januari 2025

Kenali Kehidupan ikan pemancing(anglerfish) dilaut dalam

 


Ikan pemancing (anglerfish) cukup dikenali sebagai ikan yang tinggal di laut dalam. Tapi realitinya ikan pemancing hidup di pelbagai zon pelagik, dari kedalaman 200 meter hinggalah zon sedalam 1,800 meter.

Ia dipanggil ikan pemancing kerana ia gunakan pancaran cahaya pada kepalanya untuk mengumpan (atau memancing) mangsa.

Benda menarik pasal ikan ini adalah proses mengawannya. Masa kali pertama saintis mengkaji ikan pemancing, mereka dapati semua ikan yang ditangkap itu betina. Kemudian terdapat parasit pada ikan betina ini yang rupanya ikan pemancing jantan.

Nak beritahu, ada spesis ikan pemancing yang mengawan dengan cara ikan jantan bergabung (fuse) dengan ikan pemancing betina — simbiosis.

Ikan pemancing jantan sangat kecil saiznya, dan menariknya ia kena mengawan cepat kalau nak hidup lama sebab si jantan semakin lanjut semakin susah nak cari makan kerana faktor biologi yang tak cekap. Maka, kena bergantung pada si betina untuk terus hidup.

Bila dah bergabung, si betina bagi nutrien melalui sistem peredaran dan si jantan pula bagi sperma untuk pembiakan. Sesetengah spesis ikan pemancing betina boleh bergabung hingga 8 ekor jantan.

Credit 

0 ulasan:

Catat Ulasan