Isnin, 6 Januari 2025

Perlukah sehingga bersesak ,abaikan ikhtilat aurat kerana mahu mengucup Hajarul Aswad Dan Kaabah?

 


Tidak perlu berlebih lebihan dalam beramal. Ibadah ini perlu beramal dengan ilmu. Ketahuilah mengucup hajarul aswad itu sunat sahaja. Tetapi jika situasi terlalu sesak, dihimpit rapat bukan muhrim berlaga sehingga bersentuh tubuh lelaki dan wanita, menolak kasar jemaah yang lain maka yang sunat itu pun boleh jadi haram. Ambil lah fadhilat sunnah sekadar lambaian syarat sahaja kerana itu lebih menepati kehendak syarak. 

Begitu juga tempat mustajab doa, jika terlalu sesak tuan puan, janganlah berduka tidak dapat berdoa di multazam, di hijir ismail dll. Tadahlah tangan berdoa dimana-mana sahaja dalam masjdil haram itu sesungguhnya Dzat Allah swt itu maha pengasih lagi maha penyayang. Allah maha kaya. Walaupun ada nas tempat mustajab doa tetapi ada nas yang lebih banyak Allah memakbulkan doa hambaNya yang dia kehendaki. Sesungguhnya mencari keredhaan Allah itu adalah paling utama dalam ibadah. 

Dan sebagai ingatan diri dan jemaah lain, janganlah menipu berpakaian ihram semata-mata ingin memasuki kawasan tawaf depan kaabah. Berilah ruang hak kepada jemaah baru sampai kerana itu hak mereka. Masjidil haram sedang heavy renovation memang ruang sesak tak cukup tempat.

Tentang post ejen tawar nak kucup sampai SAR1000 ni rasanya tak perlu. Sebagai penutup, hayatilah riwayat ini:

Dari Umar, sesungguhnya ia mendatangi Hajar Aswad, kemudian mencium Hajar Aswad dan berkata, aku mengetahui engkau adalah batu yang tidak akan memberikan faedah apapun, jika aku tidak melihat Nabi Muhammad menciummu, maka aku tidak akan menciummu. (Sahih Bukhari, 1494)

Source 

0 ulasan:

Catat Ulasan