Isnin, 12 Februari 2024

KAMPUNG BHARU KUALA LUMPUR, SESUAI DIJADIKAN TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO...MEI 2022.

 KAMPUNG BHARU KUALA LUMPUR, SESUAI DIJADIKAN TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO...MEI 2022. 

   Jika kelmarin aku menulis tentang Kampung Bharu KL ini dalam suasana tahun 2007... Hari ini aku tuliskan suasana sekitar tahun 2022 yang lalu.



   Kampung Bharu KL adalah nadi Kuala Lumpur yang sebenarnya... Kerana apa...? Kerana bukan saja wujud sejak tahun 1899, lebih seratus tahun lalu... Tapi merangkumi semuanya. Kalau Melaka terkenal dengan slogan "MELAWAT MELAKA, BERERTI MELAWAT MALAYSIA"... Kampung Bharu KL pula aku sifatkan "KENALI KAMPUNG BHARU, BERERTI KENALI KUALA LUMPUR" Bandaraya yang berasal dari aktiviti bijih timah, kini jadi kota metropolitan.


   Sejak KUALA LUMPUR dibuka oleh Raja Abdullah diantara pertemuan 2 sungai Gombak, dan sungai Klang yang berlumpur pada tahun 1857 ( seratus tahun sebelum Malaysia merdeka ) maka ramailah yang datang untuk mencari rezeki, terutamanya aktiviti perlombongan bijih timah.

   Bagi aku, Tapak Warisan Dunia UNESCO sangat sesuai untuk kampung Bharu KL ini. Bukan saja kerana telah wujud lebih seratus tahun lalu... Tapi kerana warisan melayu lama, ekonomi orang melayu di tengah bandaraya, kebudayaan orang melayu, seni warisan pertukangan rumah melayu lama, pelbagai masakan melayu, ukhwah masyarakat melayu, kejiranan melayu semuanya ada disini yang boleh diketengahkan kepada pelancong asing.

   Lihat saja suasana pada bulan Ramadan... Jalan Raja Alang begitu meriah dengan jualan juadah berbuka piasa bukan saja jadi tumpuan orang melayu/muslim... Malah waktu yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai bangsa termasuk pelancong asing. Bulan Ramadan, masjid Jamek Kg. Bharu juga terkenal dengan bubur lambuknya, terkenal dengan muafakat masyarakatnya menyediakan bubur itu.

   Kampung Bharu juga terkenal dengan syurga makanan... Disinilah pelbagai makanan kita boleh jumpa...makanan tradisi masakan melayu, ulam-ulaman, masakan Minang,  masakan Pantai Timur,  masakan Utara... Makanan Barat... Pergilah teroka bahagian kampung, kita dapati suasana kampung di tengah bandar, kedai-kedai makan yang suasana kampung pun ada, suasana hipster pun ada, suasana moden pun ada...

   Pernahkah kita terfikir mengapa pelancong asing mahu datang ke negara kita...sebab apa...? Sebabnya mereka mahukan kelainan, mahu melihat dan menghayati seni dan budaya bangsa kita... Mahu melihat senibina rumah tradisi kita, mahu merasai makanan kita... Mereka bukan hairan pun dengan bangunan-bangunan pencakar langit kita, yang mereka miliki di negara sendiri lebih hebat dari kita pun ada...

   Jadi, inilah yang kita ada... Permata di tengah bandaraya KL...satu-satunya warisan melayu yang masih ada di tengah kota... Bertuahnya mereka yang masih memiliki rumah melayu di kampung Bharu ini... Bukalah pintu rumah tradisi ini untuk pelancongan seperti kampung Morten di Melaka... Jagalah...peliharalah untuk sekian lamanya... Kampung Bharu ada sejarahnya, ada budayanya, ada warisan seninya, sesuai dengan tema UNESCO itu sendiri... 




BERSAMA SELAMANYA KAMPUNG BHARU KUALA LUMPUR...

Credit: Rumah Malaysia 

0 ulasan:

Catat Ulasan