Difahamkan, pasangan selebriti itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.
Menurut sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.
Jelasnya, selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.
“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Utusan Malaysia cuba mendapatkan pasangan selebriti ini untuk pengesahan namun gagal dihubungi.
Terdahulu,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. – UTUSAN ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan