Ahad, 25 Oktober 2020

Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa!

 


KUALA LUMPUR – Pertama sekali, terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana mengetengahkan isu ini.

Keduanya, mohon kerajaan bertindak segera menyelesaikan kekeliruan ini dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang gagal mematuhi syarat penjualan arak.

Minimum keras harus dijual di bahagian tersendiri yang terasing dan jelas agar pengguna tidak terkeliru.

Ini bukan sahaja soal orang Islam tetapi melibatkan juga mereka yang tidak minum arak pada mana-mana jua agama.

Ketiga, mohon anda semua sebarkan maklumat ini segera agar orang ramai dan masyarakat sedar kekeliruan yang berlaku.

Minuman ini walaupun asasnya cuka tetapi mengandungi kandungan alkohol sehingga 4.5 peratus.

Jumlah yang agak tinggi dan boleh menyebabkan mabuk.

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

“Tindakan peniaga yang meletakkan Apple Fox di ruangan makanan biasa boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna Muslim yang tidak mengenali Apple Fox adalah arak,” katanya.

#Sumber : – Mynewshub.TV 

MR :  Negara kita makin celaru walaupun nama negara Islam dan umat Islam 

-mindarakyat

Related Posts:

  • Kumpulan bela syarikat pinjam wang bidas KPKT anjur malam anugerah Sebuah pertubuhan yang kerap membela mangsa along dan peminjam wang berlesen mempersoalkan langkah  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan majlis malam anugerah meraikan syarikat peminjam w… Read More
  • Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa! KUALA LUMPUR – Pertama sekali, terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana mengetengahkan isu ini.Keduanya, mohon kerajaan bertindak segera menyelesaikan kekeliruan ini dan mengambil tindakan teg… Read More
  • Boikot produk, perkhidmatan Perancis - PPIMKetua aktivis PPIM,Datuk Nadzim JohanKuala Lumpur: Boikot produk dan perkhidmatan dari Perancis. Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada kerajaan dan pengguna Islam dalam usaha menyekat tindakan kekerasan t… Read More
  • Pembongkaran Sindiket Daging Haram Tukar Halal Berderau darah ni rasa nak muntah, jijik, geli.Dah lama kita DIBODOHKAN! Daging haram dicop halal oleh syarikat-syarikat tak bertanggungjawab!Letak cop halal, masyarakat islam terus yakin 100%. Beli, makan, isi dalam pe… Read More
  • PPIM dakwa kartel daging ajak berbincang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendakwa mereka dihubungi syarikat-syarikat rangkaian kartel daging untuk 'berbincang' mengenai isu berkenan.Pengerusi PPIM Nadzim Johan bagaimanapun berkata pihaknya ti… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan