Ramai yang ingin tahu, apakah isu yang penting patut anda tahu tentang BPN 2.0?
Kami akan bincangkan beberapa isu tentang bagaimana jika Akaun Bank Salah, Akaun Tidak Aktif ,Cara Tuntutan Tunai.
Ini adalah contoh 4 PERKARA ANDA MESTI TAHU TENTANG BPN 2.0
- Perlukah kita mohon untuk bantuan ini ?
- Bagaimanakah pembayaran ke akaun bank yang tidak aktif atau salah?
- Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di negeri sabah dan Sarawak?
Jika anda ingin tahu tentang BPN 2.0,boleh baca lebih lanjut tentang BPN 2.0
1) Adakah saya perlu membuat permohonan BPN 2.0?
Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini
2) Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0? Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 – 15 November 2020 (1 bulan).
Anda boleh memohon BPN 2.0 ini pada 15 oktober hingga 15 november 2020.
3) Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak?
Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat secara penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
4) Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu saya lakukan?
Tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan.
Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my.
Penerima BPN2.0 perlu memastikan data akaun bank adalah tepat bagi memastikan pembayaran dapat disalurkan ke akaun yang betul.
Jika anda ada apa-apa soalan yang lain tentang bpn 2.0 ini , anda boleh rujuk ke web site ini.
sumber:kekanda memey
0 ulasan:
Catat Ulasan