Jumaat, 6 Mei 2022

Koleksi Resepi:Nasi Mandy Ayam

 NASI MANDY AYAM



2 cawan beras jasmine pusagold

6-7 ketul ayam - rebus separa masak (simpan air rebusan ayam)

Sedikit serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa

Lada hitam

Sedikit serbuk jintan manis

Sedikit serbuk jintan putih

Sedikit serbuk kerutuk (anggaran tidak sampai suku sudu)

Telur rebus


Bahan tumis :

1/2 biji bawang besar - hiris

4 ulas bawang putih (tidak perlu hiris)

6 biji cili padi hijau

5 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

10 biji lada putih


1. Rebus ayam bersama sedikit serbuk kunyit, gula, garam, lada hitam dan air secukupnya hingga 60% masak. Simpan air rebusan ayam.


2. Dalam periuk berlainan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi bersama rempah 4 sekawan hingga sedikit kekuningan.


3. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk kerutuk. Jumlahnya cukup sekadar renjis2 sahaja (tidak sampai suku sudu) sebatikan.


4. Masukkan ayam bersama air rebusan, beras yang telah dibasuh bersih, garam dan juga gula secukupnya.


5. Masukkan air 2 kali ganda dari paras beras. Masak nasi hingga masak. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum nasi akan terpacak @ terjungkit bila sudah masak sempurna. Jika belum sampai tahap ini tambah sedikit air dan masak guna api perlahan hingga masak sempurna.


6. Masukkan telur rebus dan nasi mandy ringkas sedia untuk dihidangkan.


Resepi & foto : Niq Ain

Related Posts:

  • Koleksi Resepi:Nasi Mandy Ayam NASI MANDY AYAM2 cawan beras jasmine pusagold6-7 ketul ayam - rebus separa masak (simpan air rebusan ayam)Sedikit serbuk kunyitGaram dan gula secukup rasaLada hitamSedikit serbuk jintan manisSedikit serbuk jintan putihS… Read More
  • Koleksi Resepi:Sambal Totok Resepi Sambal TotokBahan:1/2 gengam ikan bilis kopek(basuh dan rendam)*30 tangkai cili padi merah+hijau*1 biji bwng besar*3 ulas bwng putih*sedikit belacanSedikit garam1biji limau nipisGoreng bahan bertanda * hingga lay… Read More
  • Koleksi Resepi: Sotong Bakar Thai Sotong Bakar ThaiBahan-Bahan:Sotong saiz besarIsi Udang segengamTelur 1 bijiBahan Sos:5 ulas Cili kecil4 sudu Gulasecubit Garam3 sudu Cuka makan3 ulas Bawang putih2 ulas Bawang merah2 sudu kecil tepung jagungsedikit air… Read More
  • Koleksi Resepi:Dumpling Ayam Dan Udang Saya tak terer bang..tapi saya try 😁First time makan..first time buat..mmg sedap dumpling ni 🥟🥟 anak2 pun suka mkn..laku keras..sat je licin 😍😋👍🥟DUMPLING AYAM & UDANG🥟Kulit Dumpling (boleh beli yg ready made… Read More
  • Koleksi Resepi:Tapai Pulut TAPAI PULUT1kg beras pulut1 biji ragi1 sudu gula (ini petua tapai rasa manis dan tidak masam)Daun pisang secukupnya atau bekas kecil1. Basuh beras pulut hingga betul2 bersih dan rendam selama 2 jam.2. Panaskan periuk ku… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan