"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Selasa, 31 Mei 2022

GST mungkin kembali untuk tambah pendapatan negara, kata PM

 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata sistem percukaian tersebut dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Cukai barang dan perkhidmatan (GST) mungkin akan dikembalikan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, langkah itu merupakan satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Ismail menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia, di Tokyo, baru-baru ini, dilaporkan sebagai berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

Selain itu, katanya lagi, sistem percukaian tersebut dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.

“Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tiada negara dalam dunia ini yang kembali dari GST kepada SST, melainkan Malaysia,” katanya memetik laporan Awani.

Ismail dilaporkan sebagai berkata, beliau sedar tentang persepsi negatif mengenai GST, tetapi kerajaan sudah tidak mempunyai banyak pilihan ketika ini.

Beliau berkata, dalam usaha mengembalikan GST, kerajaan akan mencari jalan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran tentang sudut positif GST serta sistem pengutipan cukai yang lebih telus.

Katanya lagi, kerajaan juga akan memastikan kadar GST yang akan diperkenalkan semula, tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.

Selain itu, Ismail berkata, kerajaan ketika ini juga sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi dengan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah dan menengah.

“Sebuah pelan komprehensif akan dibawa ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya.-FMT

p/s:Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi....acuan yang sama akan hasilkan produk yang sama.Renung dan fikirkan

Ahad, 29 Mei 2022

Selepas Khir Toyo tawar jadi calon, Noh kata ‘ini bukan masa melobi’

 

Ketua Umno Selangor Noh Omar tidak berpuas hati dengan pemimpin politik yang mula menawarkan diri menjadi calon selepas parti itu mengalami kekalahan tiga kali dalam pilihan raya umum sejak 2008.

PETALING JAYA: Ketua Umno Selangor Noh Omar “menyelar” sikap pemimpin politik negeri itu yang mula menawarkan diri menjadi calon pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kenyataan Noh itu menyusul selepas bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini, menawarkan diri bertanding di Parlimen Sungai Besar.

Kerusi Parlimen Sungai Besar ketika ini disandang wakil rakyat Bersatu, Muslimin Yahya, yang juga timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi, selepas menang dengan majoriti 714 undi pada PRU14.

Mengulas lanjut, Noh berkata soal siapa hendak menjadi calon mewakili Umno tidak sepatutnya timbul pada masa sekarang.

“Ini bukan masanya untuk melobi menjadi calon kerana bagi saya, kita perlu turun padang melibatkan rakyat,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, pemimpin seharusnya mengambil kesempatan bertemu rakyat dalam usaha memastikan Umno kembali berkuasa di negeri itu pada PRU15.

“Kita di Selangor sudah tiga kali kalah dalam PRU, inilah sebenarnya masa untuk kita dekati dan mengembalikan kepercayaan rakyat di negeri ini.

“Saya berharap semua pemimpin dapat mengukuhkan perpaduan dan paling penting teruskan khidmat kepada rakyat,” katanya.-FMT

Rafizi Ramli mendahului Timbalan Presiden, Pemilihan KEADILAN 2022

 

Persaingan sengit jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2022 akan ditentukan pemenangnya malam ini.

Setakat keputusan yang keluar sehingga pukul 6.00 petang tadi, calon nombor 1 Mohd Rafizi Ramli mendahului Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail.

Rafizi sehingga kini mengumul 52,978 undi manakala Saifuddin sebanyak 40,256 undi dalam keputusan tidak rasmi yang disenaraikan di laman web Pemilihan KEADILAN 2022.

Rafizi didapati mendahului di 7 negeri dan Saifuddin 1 negeri. Di Pahang Rafizi mendapat 1,863 undi, Saifuddin 425 undi.

Di Johor Rafizi 3,967 undi manakala Saifuddin 1,117 undi. Sabah Saifuddin mendahului dengan 8,585 undi, Rafizi 6,814 undi.

Kedah Rafizi mendahului 4,847 undi berbanding Saifuddin 2,724 undi. Kelantan Rafizi mendapat 1,720 berbanding Saifuddin 1,075 undi

Selangor yang mana Rafizi kurang popular namun beliau mendapat 25,449 undi dan Saifuddin 22,101 undi

Negeri sembilan Rafizi mendahului dengan 5,556 undi berbanding Saifuddin 2,905 undi. Di Melaka Rafizi mengungguli dengan 2,762 undi berbanding Saifuddin 1,324 undi.

Dalam perkiraan 147,334 ahli KEADILAN yang membuang undi dalam pemilihan kali ini, mana mana calon yang melepasi angka 73,000 undi boleh dikira sebagai pemenang.

-wrlr

“Player” utama ayam di Malaysia semuanya Cina, pemuda ini tampil jelaskan

 

Player utama ayam di Malaysia semuanya Cina pemuda ini tampil jelaskan

“Player” utama ayam di Malaysia semuanya Cina, pemuda ini tampil jelaskan. Baru ni, ada gambar MAFI jumpa player utama ayam di Malaysia.
Dan semuanya Cina.

Langsung tiada Melayu Bumiputera.

Betul dah tu.

Mungkin untuk orang awam, rasa macam biar betul?

Tapi kami player ayam ni memang dah lama tahu.

  • Ni antara player utama ayam di Malaysia. Mereka menguasai lebih 70%- 80% dari pengeluaran ayam seluruh Malaysia.
  • CAB
  • CP
  • Leong Hup
  • Dinding
  • Huat Lai
  • Sin Sin Kee
  • Sin Kee Chan
  • Farmera
  • Ayam AA
  • KL Supreme
  • Ayam Plus
  • Goldkist
    Mereka ni merupakan antara integrator utama ayam di Malaysia.

Maksud integrator ni, mereka sediakan anak ayam, mereka sediakan dedak ayam, dan mereka ikat kontrak dengan penternak ayam macam kami.
Bila ayam dah besar, mereka akan beli balik ayam daripada penternak itu.

Volume ayam mereka bukan kaleng kaleng. Setiap satu syarikat mungkin ikat kontrak puluh juta ekor ayam dalam satu musim dengan semua penternak.

Ada diantara mereka yang langsung tak ada reban ayam.

"Player" utama ayam di Malaysia semuanya Cina, pemuda ini tampil jelaskan | MH Daily

Ayam yang mereka ada, semua dari penternak sahaja.

Mereka hanya bertindak sebagai orang tengah sahaja. Mereka akan jual ayam kepada peruncit, pemborong dan pasaraya ayam di seluruh Malaysia.
Mengapa tiada Melayu dalam penguasaan pasaran ayam ini?

Sebab modal yang diperlukan sangat besar. Super duper besar.

Mereka ni perlu ada reban untuk ibu ayam, atuk ayam, sebab nak hasilkan anak ayam. Mereka kena ada hatchery untuk keluarkan anak ayam.

Mereka perlu ada kilang dedak yang mana kos dia ni pun puluh juta.

Lepas tu, mereka kena ada modal kuat untuk beri hutang kepada penternak ayam. Nak kena tanggung kos anak ayam dan dedak ayam sehingga boleh beli balik semua ayam ayam tu.

Sebagai contoh, kalau mereka integrator untuk 10 juta ekor ayam. Mereka perlu modal let say kos anak ayam dan dedak ayam seekor RM12. Maka, kena ada modal ditangan RM120 juta.

Semata mata nak cater kos anak ayam dan dedak sahaja.

Di Malaysia, mereka inilah yang “Control” volume ayam.

Mereka dah tentu sepakat. Sehati sejiwa. Semua orang akan dengar apa yang diputuskan oleh persatuan mereka.

Jika keputusan persatuan naikkan harga ayam 30 sen, semua orang naikkan serentak.

Jika berlaku lambakan ayam, mereka putuskan nak turunkan harga 20 sen, satu Malaysia akan turunkan harga serentak.

Jika berlaku lambakan ayam, mereka putuskan nak turunkan harga 20 sen, satu Malaysia akan turunkan harga serentak.

Mereka ni semua perlu sehati sejiwa demi menjaga kemaslahatan bersama.

Jika mereka tengok ayam banyak, kuasa membeli rakyat kurang. Mereka akan putuskan.

“Ok, semua orang kurangkan kemasukan anak ayam ke reban sebanyak 5%.”

Semua orang akan ikut.

Jadi, bila ada masalah, mereka akan selesaikan secara bersama.

Jika mereka predict ayam akan ada banyak permintaan due to cuti sekolah, mereka akan masukkan anak ayam lebih. Maka semua orang akan masuk lebih.

Mereka ini memang cukup cukup kaya.

Mereka boleh berbincang, untuk turunkan harga kaw kaw. Bila harga dah turun, mereka akan beli banyak banyak dan simpan di cold room mereka.
Bila harga dah naik, mereka akan keluarkan balik ayam ayam tu.

Bila harga turun kaw kaw, integrator / player baru yang baru nak up akan terkial kial dan mati.

Dari segi bisnes, mereka ni pun aci boleh tak mahu ada player baru ramai ramai.

Lagi ramai player, lagi susah mereka. Jadi, adakalanya harga perlu diturunkan untuk tempoh satu satua masa, untuk memastikan player baru tak boleh bertahan.
Mereka yang tauke besar ni, harga ayam turun. Mereka beli simpan. Harga dah naik keluarkan.

Dalam erti kata lain, harga naik untung, harga turun pun untung.

Cumanya, apa yang berlaku sepanjang covid haritu agak mengerikan.

Bila negara asyik PKP, PKP, PKP.

Mereka susah nak plan timing ayam.

Ayam ni bila dah masuk. Lagi 34 hari baru boleh keluar.

Jadi bila ayam dah masuk untuk kuantiti banyak, tiba tiba PKP. Jadi kuasa membeli rakyat berkurang, harga ayam turun kaw kaw.

Kesannya, tahun lepas mereka rugi juta juta.

Contoh, katakanlah harga kos sekilo ayam RM6, tapi mereka jual pada harga RM3 sekilo tahun lepas.

Boleh bayang berapa banyak mereka rugi tahun lepas. Berjuta juga lah.

Jadi, sejak pertengahan tahun lepas.

Semua mereka berpakat.

“Kurangkan kemasukan anak ayam di reban untuk control output ayam. Bila ayam kurang, harga akan meningkat. Bila harga naik, baru mereka boleh untung.”
Setelah rugi banyak, mereka berusaha untuk cover balik lost mereka.

Nampak plan mereka menjadi. Harga ayam kekal dipuncak tak turun turun.

Kesannya, kerajaan marah kepada mereka sebab kurangkan kemasukan ayam. Dan harga tinggi.

Kerajaan ugut penternak kata nak import ayam 200 kontena dari luar negara.

Para pengusaha Cina ni, apa lagi. Mereka kurangkan lagi kemasukan anak ayam ke ladang sebab tak nak bertembung dengan 200 kontena ayam dari luar negara.
Sekali, kerajaan kata tak boleh nak import sebab harga import lagi mahal.
Bingai…..
Yang pengusaha dah kurangkan kemasukan anak ayam. Dan kerajaan pulak tak boleh nak import ayam.

Akhirnya, pada awal tahun ritu, berlaku lah krisis yang sangat teruk. Ayam tak ada stok di Malaysia.

Semuanya sebab “kebijakan” menteri di Malaysia buat pengumuman tanpa kaji dulu.

Penternak tengok, kerajaan at a loser side.

Jadi mereka tekan kerajaan untuk naikkan harga siling ayam di pasaran.

Kerajaan tak mahu. Sebaliknya kerajaan bagi subsidi kepada penternak dan integrator ni.

Pada masa sama, nilai matawang Malaysia jatuh. Harga bahan mentah untuk buat dedak melambung naik.
Kos dedak naik, kos ayam naik.

Pengusaha ayam jem. Nak ternak ayam macam mana kalau dedak dok naik ni.

Lepas tu, mohon subsidi dari kerajaan. Duit tak lepas lepas.

Gila khinzir betul.

Berbulan pengusaha kena game dengan kerajaan. Kerajaan macam tak faham masalah sebenar penternak ayam ni.

Harga bahan mentah naik, harga anak ayam naik, kos buruh naik. Tapi harga jualan ayam tak naik.

Jemmmm…

Siapa boleh tahan macam ni.

Mereka yang bertahan ni betul betul mereka yang ada modal besar.

Kalau silap haribulan, masuk salah timing. Boleh tergolek dog macam tu ja.

Anyway, sekarang dengar kerajaan nak bagi NAFAS pula jadi pengeluar utama ayam di Malaysia.

Saya yang baca nikan, gelak guling guling jer.

Sikit pun tak caya NAFAS boleh buat.

Nak tahu kenapa, nanti saya explain. Boleh follow dulu FB saya. Nak tulis kali ni macam panjang sangat pulak.

So, bila korang tengok masalah masalah yang muncul dalam ayam ni, dengan kerajaan pun tak saport pengusaha ayam.

Korang faham tak, kenapa susah nak cari player ayam Melayu di Malaysia.

Padalah industri ni memberi pulangan Billion Ringgit setiap tahun.

Nak cari player Melayu yang boleh bersaing sama level dengan player player Cina ni, mungkin ambil masa.
It is not easy. It is tough.

Semoga satu hari nanti akan ada player melayu boleh bersaing dengan mereka.

Saya doakan Datuk Mazlina Kamarudin MK satu hari nanti boleh ada berdiri sebaris dengan mereka ini. Amin. Boleh follow FB Beliau untuk story pasal ayam.
Saya ni pulak, hanyalah picisan.

Melukut di tepi gantang sahaja. Setakat penternak ayam macam kami ni, tak memberi kesan pun dalam industri ayam di Malaysia.
Sekian.

Mohd Firdaus Mat Saad
Penternak Ayam Daging
Sistem Reban Tertutup
Parit Buntar. Perak
Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat.

Lepas ni saya akan share, kenapa saya kata NAFAS tak berapa sesuai nak jadi player utama dalam industri ayam.

-MH Daily

Sabtu, 28 Mei 2022

Ellie Suriati Luah Rasa Terkilan, Azri Iskandar Mula Dedah Identiti Gadis Muda

 


Kuala Lumpur – Selama 19 tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon Azri Iskandar akhirnya mengakui dia terpaksa merelakan perpisahan yang acap kali dipinta oleh Ellie Suriati Omar sebelum ini.

Pun begitu, Azri menolak alasan tidak sehaluan dalam p.olitik menyebabkan pengarah, pelakon dan jurulatih lakonan berkenaan membuat permohonan berc.erai pada 22 April lalu.

Malah Azri yang juga pelakon P.ontianak Harum Sundal Malam itu turut menafikan sekiranya i.su penerimaan v.aksin menjadi punca retaknya rumah tangga mereka.

“Sejujurnya, saya tak mahukan perc.eraian kerana saya rasa gembira dalam rumah tangga kami. Tapi saya mengalah kali ni sebab selama 19 tahun kami berkahwin, Ellie sebenarnya dah beberapa kali meminta dic.eraikan.

“Cuma saya tak rasa sebab i.su saya pergi mendapatkan v.aksin senyap-senyap mahupun falsafah p.olitik tak sehaluan membuat Ellie tawar hati,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Azri, 53, berkata dengan keadaan yang dialaminya itu adalah lebih baik mereka berpisah dan pada masa sama membesarkan kedua-dua anak mereka secara bersama daripada meneruskan hubungan yang tidak ikhlas.

Bagi saya, lebih baik Ellie minta c.erai daripada dia menjalani satu kehidupan yang tak ikhlas bersama saya. Tak apalah dah ditakdirkan dia akan menjadi kawan saya serta ibu yang masih menjalankan tanggungjawab yang baik kepada anak-anak kami.

Rumah tangga mana yang tak dil.anda b.adai? Tapi normallah sekiranya dilanda t.aufan dan kami berbaik semula lepas tu,” tambahnya.

Ini Jawab Balas Ellie

Berusaha menjaga hubungan baik dan a.ib bekas suami, Ellie Suriaty Omar mengakui terkilan apabila Azri Iskandar mengeluarkan kenyataan dirinya sebelum ini memang selalu meminta c.erai.

Kata aktres dan pengarah itu, sewajarnya perkara tersebut tidak perlu diungkit mahupun dipersoalkan memandangkan lelaki yang sudah hidup bersama dengannya sejak 19 tahun lalu itu tahu situasi sebenar.

“Kenapa saya selalu minta c.erai? Jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan itu ada pada dia. Dia tak perlu persoalkan pun atau bawa benda itu keluar hebahkan.

Selepas sah berp.isah kami ada berjumpa sebab saya mahu hubungan baik ini berkekalan. Tak semestinya berc.erai kita jadi berantakan. Saya pergi tuntut fa.sakh pun ketika dalam keadaan tenang, jadi kenapa ungkit perkara lalu.

Dia sudah sewajarnya lega kerana selepas perc.eraian ini ramai bersi.mpati dengannya dan memb.enci saya. Itu tidak mengapa asalkan anak-anak faham. Sekali lagi saya katakan saya ambil jalan ini demi kebaikan semua.

Ada ke perempuan yang hidup bahagia dan suami layan dengan baik tiba-tiba minta c.erai. Melainkan perempuan itu jenis tak bersyukur. Saya kalau suami bawa ke pasar malam pun sudah seronok sangat.

“Tak perlu bawa saya terbang ke Paris, London pun. Saya tak baik lagi ke?” luahnya berhubung kenyataan Azri dalam sebuah portal semalam.

Awak Azri keluarga saya. Mak, nenek semua sudah tiada. Selamanya awak sebahagian daripada keluarga saya dan tiada siapa mampu mengubah perkara itu. Anak-anak termasuk anak t.iri sangat rapat.

Saya kenal dia tak macam orang lain kenali dirinya. Saya tak akan ketepikan dia begitu saja. Kalau dia s.akit pun, saya tetap sanggup menjaganya macam dulu, katanya.

Sementara itu, Ellie ketika diminta mengulas mengenai gambar yang dikongsi bekas suami bersama seorang wanita dalam laman sosial, ulasnya, itu adalah hak bekas suaminya.

“Saya tak boleh kata apa sebab saya bukan isteri dia lagi. Saya tiada hak untuk komen. Sesiapa pun yang dia berkawan, terpulang kepadanya,” tambah aktres tersebut.

“Gadis Muda Dalam Gambar Itu Bukan Kekasih Saya”- Azri Iskandar Jawab Dakwaan Jumpa Pengganti

Baru sahaja bercerai talak satu dengan aktres Ellie Suriaty, sudah ada yang beranggapan bahawa aktor Azri Iskandar telah pun menemui pengganti hidup baharu.

Hal ini disebabkan oleh sekeping gambar mesranya bersama seorang gadis muda berkulit putih yang dimuatnaik di FB storynya.

“Gadis di dalam gambar itu bukanlah kekasih saya. Tapi, dia adalah pelakon baharu yang menjadi anak saya dalam telefilem bertajuk ‘Suri Rumah Terfeeling’.

“Nama dia Nur Atiqah dan dia jadi anak saya di dalam drama ini. Kami ambil gambar ini untuk dijadikan prop di dalam telefilem ini.

“Tolonglah jangan ada yang menganggap bukan-bukan. Kesian dia. Umur dia masih muda, hampir sebaya dengan anak saya. Nanti tidak pasal-pasal pula dia jadi mangsa tohmahan,” katanya kepada Getaran.

Azri juga turut memohon supaya netizen berhenti daripada terus-menerus mengecam bekas isterinya, Ellie Suriaty berhubung perceraiannya mereka. Lebih-lebih lagi berhubung kenyataannya bahawa Ellie telah berkali-kali meminta cerai dengannya sebelum ini.

“Tolonglah, jangan kecam dia (Ellie). Dia tidak salah. Sudah memang takdir kami tidak lagi sehaluan dan terpaksa membawa hala tuju hidup sendiri.

“Ellie banyak berjasa dengan saya dan saya tidak akan lupakan segala jasa-jasanya itu. Saya terima suratan takdir kami sekarang ini dan biarlah selepas ini kami jadi sahabat pula.

“Sebagai sahabat, saya tetap akan membantu dia di kala susah dan senangnya. Tidak kiralah sama ada bantuan itu dari sudut wang atau tenaga,” katanya lagi

Gambar: FB Azri Iskandar

-bermedia.bbn.my

Selasa, 24 Mei 2022

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit!

 Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 00

Sekilas pandang, Denza D9 2022 jelas sebuah MPV yang diilhamkan oleh Toyota Alphard justeru tidak hairanlah jika ia mendapat sambutan hangat di China. Bukan main-main laku apabila sebanyak 3,000 unit telah ditempah dalam masa 30 minit selepas pelancarannya di negara Tembok Besar itu.

Nama Denza mungkin tidak begitu dikenali dalam kalangan pembaca Malaysia tetapi jenama itu sebenarnya adalah usaha sama antara BYD dan Mercedes-Benz.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 01

Varian PHEV

Untuk pasaran China, MPV Denza D9 2022 ini boleh didapati dengan dua pilihan rangkaian kuasa.

Pertama adalah enjin plug-in hibrid petrol-electric (PHEV) yang menampilkan enjin 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang disambungkan pada motor elektrik yang dipasang di roda hadapan. Versi AWD bagi Denza D9 menambah susunan motor elektrik kedua pada gandar belakang.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 02

Varian BEV

Bagi rangkaian kuasa kedua, ia adalah versi elektrik sepenuhnya, dalam bentuk kenderaan elektrik bateri (Battery Electric Vehicle). Tidak hairanlah kerana BYD sememangnya pengeluar kenderaan elektrik yang terkemuka di China.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 03

Denza tidak menyenaraikan sebarang angka output kuasa untuk MPV baharunya ini, tetapi lebih berminat untuk mendakwa bahawa model versi hibrid boleh menawarkan jarak pemanduan antara 970 km hingga 1,040 km.

Untuk versi BEV pula, ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 600 km. Kedua-dua angka jarak pemanduan dipetik di bawah kitaran ujian CLTC.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 04

Selain itu, Denza juga mendakwa bahawa Denza D9 versi elektrik menawarkan pengecasan pantas DC pada 166 kW. Pengecasan pantas selama 10 minit akan memberikan jarak pemanduan 150 km, manakala pengecasan dari 30% hingga 80% hanya mengambil masa 30 minit.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 05

Dari segi dimensi, MPV ini ialah 5,520 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi, dan menawarkan jarak roda sepanjang 3,110 mm. Sebagai konteks, ini meletakkan Denza D9 lebih besar daripada Toyota Alphard dalam segala aspek, termasuklah jarak rodanya.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 06

Setiap varian Denza D9 2022 mampu memuatkan 7 penumpang dengan selesa. Malah, Denza mendabik dada dengan keluasan MPV terbaharunya ini sehingga mampu memuatkan 7 orang dewasa berketinggian 180 cm dengan selesa, bersama-sama dengan 7 bagasi di belakangnya.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 07

Bagi mereka yang mencari MPV yang lebih eksklusif boleh memilih Denza D9 Founder’s Edition. Terhad kepada hanya 99 unit, varian ini memuatkan hanya 4 penumpang - mirip model Lexus LM yang sangat mewah.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 08

Dari segi keselamatan, Denza D9 menawarkan tidak kurang daripada 9 beg udara untuk memastikan penumpangnya selamat, serta pemanduan separa autonomi L2+.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 09

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 10

Harga bagi Denza D9 ini bermula dari RMB 335,000 (~RM 220k) hingga RMB 445,000 (~RM 290k) untuk varian PHEV, manakala varian BEV berharga antara RMB 390,000 (~RM 254k) hingga RMB 460,000 (~RM 300).

Untuk mereka yang merasai kemewahan hidup, Denza D9 Founder’s Edition berharga dari RMB 660,000 (~RM 430k) - suatu angka yang tinggi untuk sebuah MPV China.

-wapcar.my

SPRM dedah ada pembelian berkaitan Covid-19 terpalit rasuah


 Beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ini ketika wabak Covid-19 melanda, terpalit dengan unsur rasuah, dedah Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini.

Azam berkata suruhanjaya antirasuah itu telah membuka beberapa siasatan terhadap perolehan perkhidmatan perubatan; penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan bantuan dan pakej rangsangan.

Selain itu, siasatan turut membabitkan penipuan yang berkaitan dengan peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan seperti pelitup muka, sarung tangan dan lain-lain iaitu dari segi kuantiti dan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah serta rasuah pegawai penguat kuasa dalam barisan penguatkuasaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perbuatan itu menunjukkan ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat wang haram daripada kesakitan dan kemalangan orang ramai.

“Dalam dua tahun kebelakangan ini, banyak negara menghulurkan bantuan ekonomi dan membuat pembelian perubatan peralatan atau perubatan melalui tabung kecemasan.

"Namun sangat menyedihkan, walaupun pandemik dan negara dalam keadaan kecemasan, beberapa pembelian ini terpalit dengan rasuah.

"Ini menunjukkan terdapat individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membuat wang haram daripada kesakitan dan kemalangan orang ramai,” katanya pada ucaptama Forum Anti Rasuah Malaysia kali ketiga yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.

Pada suku pertama 2022, 376 kertas siasatan telah dibuka yang mengakibatkan 415 tangkapan, katanya.

Azam menambah, SPRM membuka sebanyak 829 kertas siasatan pada 2021, yang membawa kepada 851 tangkapan, membabitkan semua jenis rasuah, pengubahan wang haram dan kesalahan bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Kanun Keseksaan.

“Nilai aset dirampas adalah sebanyak RM162 juta manakala RM5.13 bilion dilucut hak.

"SPRM akan terus mempergiatkan fungsi suruhanjaya ini untuk membanteras aktiviti rasuah dan penyelewengan malah kita mencari pelbagai cara untuk memerangi rasuah yang kini semakin rumit kerana tipoligi dan modus operandi dipertingkatkan.

"Sebagai contoh, sebelum ini SPRM perlu mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen untuk menumpaskan sindiket yang menggodam sistem imigresen bagi mengeluarkan pas untuk pelawat dan pekerja sementara palsu," katanya.

Azam turut menggesa syarikat dan syarikat korporat sama ada tempatan atau asing agar memanfaatkan rebat potongan cukai untuk menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkaitan pencegahan rasuah dan pendidikan.

Katanya, dengan penganjuran program CSR, syarikat layak memohon potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan amaun bersamaan dengan jumlah perbelanjaan yang ditanggung untuk program sedemikian, yang dijalankan dengan kerjasama SPRM.

“Insentif pelepasan cukai di bawah Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah untuk menggalakkan lebih banyak syarikat swasta bekerjasama dengan SPRM menjalankan program pencegahan rasuah yang akan memberi manfaat kepada orang ramai termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi,” katanya.

Mengenai usaha pemulihan aset 1MDB, Azam berkata sebanyak RM5.11 bilion lagi telah diperoleh melalui cara penyelesaian dan SPRM akan terus mendapatkan lebih banyak aset yang dicuri daripada pelaku.

Mengenai usaha pemulihan aset 1MDB, Azam berkata aset bernilai RM5.11 bilion lagi telah diperoleh melalui cara penyelesaian dan SPRM akan terus mendapatkan lebih banyak aset yang dicuri daripada si pelaku.

-malaysiakini