
PUTRAJAYA: Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Rabu memutuskan bahawa peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
Berinformasi Dan Bermaklumat
Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

PUTRAJAYA: Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Rabu memutuskan bahawa peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
SEMOGA BERMANFAAT.
Melalui dokumen 1865 ini yang masih tersimpan rapi di Pihak Kerajaan Brunei , lokasi yang pernah didakwa milik kesultanan Sulu adalah sebenarnya milik kesultanan Brunei.
Admin : Iena
KOLONI ELLENA: WILAYAH JAJAHAN AMERIKA SYARIKAT YANG GAGAL DI SABAH
KAJIAN OLEH: HAFIZ RUSLAN
Negeri Sabah atau dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara pada suatu masa dahulu pernah menyaksikan kerakusan kuasa-kuasa “Sang Penjajah’, untuk merebut wilayah tanah jajahan masing-masing dan Sabah tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kerakusan ini. Menariknya, sekiranya kita mengkaji zaman imperialisme di Sabah ianya berlaku agak lewat apabila banyak wilayah-wilayah lain di dunia pada ketika itu rata-ratanya sudah di bahagi-bahagikan oleh “Sang Penjajah”, namun Sabah hanya menjadi pilihan pada abad ke-17 dan abad ke-18 oleh kuasa asing seperti British, Belanda, Sepanyol, Jerman, Amerika Syarikat, Perancis dan kemudiannya kuasa Jepun. Perempumaan seperti ibarat “sebuah kek yang besar kemudiannya dipotong-potong oleh sang penjajah dan dibahagi-bahagikan oleh kuasa-kuasa Penjajah itu sendiri”, seperti itulah nasib wilayah-wilayah yang diambil dengan rakusnya oleh kuasa-kuasa penjajah pada ketika itu malah kuasa Amerika Syarikat tidak turut ketinggalan untuk menyertai rompakan “halal”, ini melalui penubuhan “Koloni Elena”, di Borneo Utara. Oleh itu, artikel ini hanya sebuah nukilan untuk melihat pertapakan kuasa Amerika Syarikat di Borneo Utara dan kegagalannya untuk mempertahankan kekuasaan mereka di bawah nama “Koloni Ellena”.
PERTAPAKAN DAN KEWUJUDAN KOLONI ELENA
Kewujudan Koloni Elena bermula selepas Claude Lee Moses Konsulat Jeneral Amerika Syarikat di Brunei mengambil keputusan untuk menjual beberapa hak konsesi yang berjaya diperolehinya kepada Joseph William Torrey (Presiden American Trading Company) yang berpengkalan di Hong Kong pada ketika itu. American Trading Company (ATC) yang mula ditubuhkan pada 25 Oktober 1865 adalah berasaskan Syarikat Perdagangan yang fungsinya hampir sama dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang berproksikan British manakala (ATC) berkiblatkan Amerika Syarikat. Hasrat Claude Lee Moses untuk menjual hak pajakannya di Borneo Utara melalui Perjanjian pada 11 Ogos 1865 yang berjaya beliau perolehi daripada Sultan Abdul Mukmin (Sultan Brunei) dan Temenggong Anak Hashim (Pengiran Brunei) kepada (ATC) mencapai kemuncaknya apabila beliau bersama J.W.Torrey sampai ke Brunei dari Hong Kong sekitar bulan November 1865 bersama kapal yang diberi nama “Ellen”.
Melalui Perjanjian 11 Ogos 1865 itu hak konsesi yang berjaya dipindahkan dan diperolehi oleh Joseph William Torrey ialah kawasan Sulaman, Paitan, Sugut, Bongaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Cagayan, Memaing, Benoni, Pulau Balabac, Pulau Palawan dan Kimanis dengan bayaran sebanyak 4,000 dollar setahun. Namun kawasan yang beliau berikan tumpuan adalah dengan memilih kawasan Kimanis. Hanya pada Disember 1865 barulah J.W. Torrey sampai ke kawasan yang dipajak dengan bersama beliau ialah seramai 8 orang tukang kayu daripada Amerika Syarikat dan Kanada dan 1 orang daripada Sweden dan 60 orang buruh Cina yang dibayar upah oleh (ATC) untuk mengusahakan koloni di sana.
Koloni tersebut diberi nama “Koloni Ellena”, yang diambil bersempena nama kapal yang dinaiki oleh beliau semasa ekspedisi pertama beliau ke Borneo Utara dari Hong Kong untuk mendapatkan hak konsesi dan seterusnya Kimanis dijadikan sebagai pusat pentadbiran “Koloni Ellena”. Pada awalnya J.W. Torrey menganggap pilihan kawasan Kimanis adalah tepat kerana lokasi Kimanis yang mampu dijadikan hub perdagangan yang strategik seterusnya mudah mendapat perlindungan oleh Konsulat kerajaan Amerika Syarikat di Brunei amat mudah untuk dibangunkan. Ringkasnya, pertapakan (ATC) di Kimanis ini maka bermulalah era “Inderect Rule”, kuasa Amerika Syarikat di Borneo Utara (Sabah) dibawah pentadbiran American Trading Company (ATC).
KOLONI ELLENA: LANGKAH KIRI AMERICAN TRADING COMPANY (ATC)
Pada permulaan pertapakan (ATC) di Kimanis, rata-rata penduduk begitu gembira dengan pembukaan “Koloni Ellena”, kerana dipercayai mampu menghapuskan kezaliman sistem cukai yang dikenakan oleh Sultan Brunei dan ketidak adilan pemerintahan Temenggong di sana. Boleh dikatakan pada era awal pertapakan “Koloni Ellena”, berjaya membangun dari aspek ekonomi dan sosial masyarakatnya yang dikawal terus oleh peruntukan undang-undang Amerika Syarikat dibawah pentadbiran (ATC). Malah sikap prihatin terhadap masalah rakyat menjadikan penduduk tempatan telah mula menunjukkan taat setia kepada pentadbiran “Koloni Ellena”. Tanaman seperti tebu, kopi, padi, hasil-hasil hutan dan sumber galian seperti arang batu mula diteroka kerana (ATC) melihat ada kemungkinan besar sumber tersebut boleh dijumpai di Kimanis dan “Koloni Ellena”, mampu menjadi hub pelabuhan persinggahan perdagangan utama Amerika Syarikat di Borneo Utara setanding pelabuhan bekalan Victoria di Labuan.
Namun, impian tersebut tidak mampu bertahan lama kerana faktor kekangan modal kewangan untuk membangunkan koloni ditambah lagi dengan kegagalan menampung kos pentadbiran sedia ada menjadikan ‘Koloni Ellena”, tidak mampu bertahan lama. Kegagalan J.W. Torrey mendapatkan pemodal di Hong Kong, bantuan kewangan dari kerajaan Amerika Syarikat dan kematian rakan kongsi yang berpotensi seperti Bradley Harris telah menyebabkan kantung kewangan koloni semakin berkurang. Senario ini menyebabkan banyak pekerja di pelbagai peringkat terutamanya buruh cina tidak dibayar upah mereka malah kebanyakkan daripada mereka mula berhijrah ke kawasan lain untuk mencari pekerjaan kerana terpaksa mengikat perut bekerja di “Koloni Ellena”.
Kemuncaknya, hal ini memaksa J.W. Torrey melarikan diri ke Hong Kong meninggalkan pentadbiran “Koloni Ellena”, walaupun dikenakan tindakan dan ugutan supaya membuat bayaran pajakan seperti dalam perjanjian pajakan. Ketiadaan pentadbiran dan penguatkuasaan menyebabkan hasil ekonomi yang sepatutnya diraih oleh “Koloni Ellena”, terpaksa diperdagangkan di kawasan lain sehingga ada sesetengah sejarawan melabelkan “Koloni Ellena”, pada ketika itu sebagai kawasan yang sakit dan tenat.
Ringkasnya, diakhir tempoh pajakan selama 10 tahun iaitu pada tahun 1875 J.W.Torrey mengambil keputusan untuk menjual hak pajakannya kepada Konsul Austria di Hong Kong iaitu Baron Von Overback sebanyak 15,000 dollar. Dengan termeterainya perjanjian penyerahan ini maka berakhirlah riwayat “Koloni Ellena”, yang berproksikan kuasa Amerika Syarikat di Borneo Utara. Jangka hayat “Koloni Ellena”, yang berjaya dibangunkan oleh (ATC) hanya mampu dibanggakan oleh J.W.Torrey selama tempoh 1 tahun sahaja iaitu pada tahun 1865 sehingga 1866 manakala tempoh masa yang lain banyak dihabiskan dengan konflik kewangan teruk yang beliau terpaksa hadapi.
PENUTUP
Kesimpulannya, “demam imperialisme”, yang agak lewat melanda kerajaan Amerika Syarikat disamping kesan Perang Saudara yang berlaku dan dasar perlahan Amerika Syarikat dalam menyokong membuka pelaburan luar negara menyebabkan nasib wilayah-wilayah yang berjaya diperolehi oleh Syarikat Perdagangan Persendirian milik proksi Amerika Syarikat seperti “Koloni Ellena”, melalui (ATC) di Borneo Utara menemui jalan kegagalan. Walhal Kimanis boleh dikatakan sebagai kawasan berpotensi untuk dimajukan walaupun ada sejarawan yang mengatakan faktor geografi memainkan peranan penting mengapa “Koloni Ellena”, gagal dibangunkan. Namun bagi pandangan penulis bukan soal geografi yang menjadi persoalan utama namun kita juga harus melihat daripada masalah ketersediaan (ATC) itu sendiri dalam menyesuaikan pentadbiran untuk membangunkan koloni adalah lebih jelas kerana muka bumi di Sabah ini kalau setakat mahu usahakan sumber pertanian dan pelabuhan bukanlah suatu cabaran yang sukar. Oleh itu, diharap artikel ini dapat membuka minda pembaca bahawa selain daripada pertapakan kuasa British melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) dan kuasa Jepun berlaku juga perluasan pengaruh kuasa Amerika Syarikat di Sabah.
Sekian, Wallahu’Alam Bissawab.
RUJUKAN
Aszlan Selamat. 2014. Amerika Syarikat (AS) di Kimanis, 1850-1875. International Borneo Reserach Council Conference. Universiti Malaysia Sabah. 5-7 Ogos 2014.
Grant by Pengeran Temenggong Of Brunei The Provinces Of Kimanis and Benoni.
Grant by Sultan Brunei Of Brunei Territory the Sulaman River to the River Paitan.
Grant by Sultan Brunei of Brunei Territory the Paitan River to the Sibuco River.
Keith. H.G. 1980. The United States Consul and the Yankee Raja. Brunei: The Brunei Museum.
Treggoning. K.G. 1954. American Activity in North Borneo 1865-1881. Pacific Historical Review. Vol. 23. No.4. Hlm 357-372.

Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP. Selain pelancaran rasmi dibuat pada 20 Julai lalu, ASEAN NCAP turut mengumumkan keputusan penilaian yang dibuat terhadap model serba baharu Perodua Alza 2022.
Model MPV itu telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penilaian di mana ia memperoleh penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.
Alza baharu merupakan model keempat yang dinilai di bawah protokol 2021-2025 semasa yang terdiri daripada empat kategori penilaian; Perlindungan Penghuni Dewasa (Adult Occupant Protection/AOP) di mana ia mencapai 36.20 mata, Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (Children Occupant Protection/COP) dengan 16.88 mata.
Bagi kategori Bantuan Keselamatan (Safety Assist/SA) pula, model Alza telah mendapat 18.57 mata dan 10.00 mata bagi kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcycle Safety/MS).
Keputusan itu telah mendapat pujian daripada Ketua Pengarah MIROS, Yang Berhormat Dato’ Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.
Beliau yang juga Setiausaha Agung ASEAN NCAP berbangga kini jenama tempatan sangat mengambil berat dalam menjaga keselamatan para penggunanya serta pengguna jalan raya lain.
“Dengan pelancaran Alza baharu, Perodua telah menunjukkan semangat dan semangat berterusan mereka untuk keselamatan pengguna jalan raya—bukan sahaja untuk keselamatan pelanggan dan keluarga mereka tetapi juga pengguna jalan raya lain. Oleh itu, saya menggalakkan lebih banyak pengeluar kenderaan untuk menunjukkan minat yang sama juga dengan membangunkan kereta yang mempunyai teknologi keselamatan yang diperlukan sambil kita bekerjasama memenuhi sasaran mengurangkan separuh kematian jalan raya di rantau ini.”
Perodua Alza 2022 dilengkapi dengan kelengkapan standard 6 beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang. Selain itu, model itu turut dipasang dengan sistem Autonomous Emergency Braking (AEB), teknologi Auto High Beam dan Pedestrian Protection sebagai standard di semua variannya.
Ia juga menawarkan teknologi bantuan keselamatan terkini lain sama ada sebagai kelengkapan standard atau pilihan iaitu Pengesan Titik Buta (BSD) yang dipasang pada kedua-dua belah kenderaan, Lane Departure Warning (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FWC) dan Lane Keep Assist (LKA).
-MH Daily
Keadaan Kampung Iboi yang dilanda banjir sekali lagi pada Khamis.( Gambar kecil dari kiri : Amat dan Abd Wahab )
BALING - Penduduk Kampung Iboi, Kupang di sini mendesak agar kolam takungan projek durian musang king di Gunung Inas dihentikan segera kerana khuatir tragedi kepala air berulang.
Mangsa banjir, Abd Wahab Samah, 71, berkata, selagi kolam takungan itu masih beroperasi, perasan bimbang, trauma dan takut sering menghantui penduduk.
Dia yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Padang Empang sejak Khamis berkata, setiap kali hujan lebat, penduduk menjangkakan paras air sungai melimpah disebabkan longgokan pasir kesan bencana dan kepala air 4 Julai lalu.
"Kami jadi macam orang gila, nampak sahaja air sungai melimpah, terus kemas dan angkut barang pindah ke tempat selamat.
"Nak selesaikan masalah ini dengan cara kolam takungan yang banyak atas gunung tu cepat-cepat roboh, sebab selama ini kami dah biasa hadap banjir tetapi tidak teruk.
"Sejak ada kolam takungan, berlaku kepala air. Kami risau air takungan tu bila-bila masa sahaja boleh melimpah dari atas dan menimpa perkampungan penduduk macam hari tu, bukan sahaja harta benda malah nyawa terkorban," katanya.
Seorang lagi mangsa, Amat Hassan, 68, berkata, dia tidak melupakan pengalaman ngeri berdepan detik cemas ketika air naik mendadak sehingga terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat bumbung.
Menurutnya, banjir terbaharu pada Khamis menyebabkan penduduk bimbang dan cemas sekiranya kepala air berulang.
"Mula-mula hujan, air dah naik kemudian surut, lepas tu air naik lagi sekali. Bila tengok lain macam, kami dah tak berani tunggu lagi, lagipun pihak berkuasa memang minta semua berpindah.
"Kejadian hari tu lagi takut (4 Julai), kaki saya yang sedang berdiri dalam rumah turut bergoyang, cuba bayangkan betapa derasnya air ketika itu," katanya
Mangsa banjir, Mohd Dahari Abdul Latif, 64, pula mendakwa sekiranya kolam takungan seluas padang bola itu pecah, kemungkinan tragedi kepala air berulang lagi.
Kolam takungan didakwa dibina bagi tujuan pengairan projek tanaman durian musang king di Gunung Inas, Kupang Baling Kedah.
"Risaulah sebab kejadian awal bulan lalu saya hampir lemas ketika dihanyutkan air deras, mujur dapat menyelamatkan diri dengan memanjat pokok pinang setinggi kira-kira 15 meter dengan hanya berkain pelikat dan bertahan dalam kesejukan selama tiga jam sebelum diselamatkan," katanya.
Dalam kejadian terbaharu, Kampung Iboi yang dilanda banjir dan kepala air 4 Julai lalu ditenggelami air pada Khamis akibat banjir kilat.
Berdasarkan maklumat, sebanyak 75 buah rumah dari beberapa buah kampung melibatkan kira-kira 300 mangsa terjejas dengan 58 mangsa ditempatkan di PPS sejak malam Khamis.
-SH Online

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.
Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.

"Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam," katanya seperti dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today.
Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang.
Minggu lalu, CUEPACS menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Adnan berkata, cadangan lain termasuk:
• pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam;
. dua kenaikan setiap tahun;
• sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama;
• elaun pelbagai tugas;
• elaun batik dan pakaian kebangsaan;
• mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera;
• tiada pelupusan jawatan yang tidak diisi selama dua tahun seperti yang terkandung dalam pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini sebagai langkah penjimatan kos; dan
• menamakan semula jawatan pembantu tadbir kepada pegawai perkeranian, seperti sebelum ini.
Beliau berkata, struktur gaji semasa penjawat awam sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan zaman semasa.
-BH Online
Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.
Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.
Kenyataan itu adalah jawapan bertulis KDN kepada soalan Datuk Shabudin Yahaya (BERSATU-Tasek Gelugor), yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia di antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.
Mengulas lanjut, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan, seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.
-BH Online
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) kekal dengan pendirian yang mencabar pemimpin kanan Parti Tindakan Demokratik (DAP), P. Ramasamy untuk bersemuka dalam debat terbuka, dan bersedia menawarkan pentas pertemuan bagi membuktikan fakta dakwaannya bahawa Mat Kilau bukan pahlawan Melayu.
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, setelah meneliti kenyataan P. Ramasamy bertarikh 12 Julai 2022 di Malaysia Gazette yang bertajuk, Mat Kilau pemimpin petani bukan nasionalis menggambarkan bahawa ulasan ahli DAP itu sebagai hanya bersifat sangkaan semata-mata dan bias tanpa merujuk kepada mana-mana fakta sejarah secara ilmiah.
Menurut beliau, pandangan pemimpin kanan DAP itu berkemungkinan kerana didorong dan dipengaruhi oleh ideologi politiknya (DAP), dan adalah akibat berkemungkinan beliau belajar melalui sistem pendidikan vernakular yang tidak mempelajari sejarah Tanah Melayu dan gagal memahami sejarah sebenar mengenai perjuangan pahlawan melayu mempertahankan tanahair.
“P. Ramasamy seharusnya sedar diri kerana (mengikut sejarah) beliau juga adalah daripada keturunan yang berasal daripada kaum pendatang (India) yang dibawa oleh Inggeris ke Tanah Melayu sebagai pekerja penoreh getah di ladang-ladang yang dikuasai penjajah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media kepada HarakahDaily.
Mengulas lanjut, Mohd Zai berkata, menurut artikel yang ditulis oleh Kernial Singh Sandhu, pada 1958 dalam jurnal yang berjudul, Indian migration and population change in Malaya menyatakan bahawa orang India yang datang ke Tanah Melayu adalah daripada golongan yang tertindas kerana kasta iaitu Pariah, berdasarkan sikap mereka yang senang mengikut arahan.
“Mereka diperlakukan seperti binatang tanpa maruah di India. Oleh sebab itu, mereka senang untuk migrasi (termasuk bagi mencari pekerjaan. (Sila rujuk https://iluminasi.com/bm/sejarah-kedatangan-orang-india-ke-malaya-semasa-zaman-british.html.),” jelasnya.
Tambahnya, sedangkan sejarah Mat Kilau sebagai pejuang dan pahlawan melayu yang mempertahankan agama, bangsa dan tanahair telah ditulis dalam pelbagai bentuk jurnal dan buku ilmiah. Diantaranya boleh dirujuk jurnal dan buku yang ditulis oleh seorang pensyarah kanan UPSI iaitu Prof Madya Dr Talib Samat. (rujuk https://kheru2006.livejournal.com/1591378.html.)
“Persoalannya siapakah ketua petani ? Mat Kilau atau keturunan P. Ramasamy? Hanya fakta sejarah sahaja yang telah menentukan.Telah tertulis dengan tinta emas bahawa sejarah telah membuktikan bahawa Mat Kilau adalah pejuang bangsanya, agamanya dan tanah airnya,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 18/7/2022


PETALING JAYA: Ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low, didakwa menawarkan kepada kerajaan RM1.5 bilion sebagai penyelesaian bagi pertuduhan mahkamah dikenakan terhadapnya.
Menurut The Edge yang memetik sumber, cadangan itu dirunding dengan Putrajaya melalui bekas peguam negara, Apandi Ali.
Bagaimanapun, kerajaan menolak cadangan terbabit.
Jho Low dituduh menggelapkan wang daripada 1MDB, kini berdepan saman USD3.78 bilion (hampir RM15.85 bilion) difailkan 1MDB dan empat anak syarikatnya.
Dipercayai, Jho Low menggunakan khidmat Apandi mewakilinya dalam perundingan dengan kerajaan.
Bagaimanapun, Apandi tidak memberi maklum balas kepada The Edge berhubung dakwaan itu.
Apandi dilantik sebagai peguam negara, pada 2015, di bawah pemerintahan Najib Razak, sebelum khidmatnya ditamatkan, pada Jun 2018, susulan peralihan kuasa kerajaan pusat kepada Pakatan Harapan.
Beliau menyaman Putrajaya sebanyak RM2.23 juta berhubung penamatan khidmatnya dan pada Apr lalu, penyelesaian berhubung perkara itu dicapai.
Low dikatakan orang kepercayaan Najib, yang mana bekas perdana menteri itu disabit bersalah dalam perbicaraan SRC International dan sedang berdepan perbicaraan bagi lebih 25 pertuduhan berhubung dakwaan salah guna dana 1MDB.-FMT
Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) berjaya melakar sejarah baharu bola sepak tanah air apabila menjuarai kejohanan Piala AFF B-19 yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia sebentar tadi.
Kemenangan 2-0 ke atas pasukan Laos yang diraih oleh anak buah Hassan Sazali Waras itu sekali gus menyaksikan skuad muda negara berjaya ditabalkan sebagai juara keseluruhan kejohanan.
Lebih manis lagi, skuad negara berjaya melangsaikan misi membalas dendam ke atas pasukan Laos setelah kalah di peringkat kumpulan tempoh hari.
Gol pertama pasukan Malaysia berjaya dijaringkan oleh Faiz Amez Runnizar seawal minit ke-14.
Gol kedua pula menjelma di separuh masa kedua hasil daripada jaringan yang dilakukan oleh Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-76.
Kemenangan ini secara tidak langsungnya telah membanggakan dan mengejutkan komuniti bola sepak tempatan.
Syabas dan tahniah untuk pasukan Malaysia.
Sumber: FAM













KUALA LUMPUR: Malaysia hanya selangkah untuk bergelar juara apabila mengesahkan tempat ke final Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) AFF 2022 selepas 'mengajar' Vietnam 3-0 di Stadium Patriot Chandrabhaga, sebentar tadi.
Ini adalah final keempat berturut-turut buat Harimau Muda sejak edisi 2017 namun mereka hanya berjaya menjulang kejuaraan pada edisi 2018 yang ketika itu turut berlangsung di Indonesia.
Pada aksi terbabit, Malaysia mengimbangi kekuatan Vietnam pada babak pertama apabila bertahan dengan mantap untuk menutup lawan daripada menghadirkan ancaman ke arah gawang gol Malaysia.
Serangan Vietnam yang beberapa kali mudah dipatahkan Malaysia 'menyesakkan' lawan sehingga memaksa mereka melakukan percubaan jarak jauh namun tidak memadai untuk menguji pintu gol negara.
Sebaliknya, Vietnam yang terkejut apabila Malaysia 'menggoncangkan' gawang mereka menerusi percubaan lencong Adam Farhan Mohd Faizal yang menewaskan Cao Van Binh pada minit ke-25.
Bersambung babak kedua, penguasaan bola yang dimiliki Vietnam tidak mendatangkan sebarang masalah buat Malaysia yang terus kental menafikan ancaman yang cuba diberikan pasukan lawan.
Gawang Malaysia cemas pada minit ke-54 apabila tandukan Nguyen Anh Tu terkena tiang disusuli satu lagi percubaan pada minit ke-57 daripada Vietnam namun ditutup dengan kemas oleh pertahanan negara.
'Keseronokan' Vietnam menyerang dihukum gandingan dua 'Haqimi' menerusi serangan balas pantas apabila hantaran Haqimi Azim Rosli ditampan Haiqal Haqeemi Hairi untuk menewaskan Van Binh buat kali kedua pada minit ke-70.
Pemain gantian, Haykal Danish Mohd Haizon terus menambah derita Vietnam dengan gol ketiga Malaysia selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan Vietnam yang tergelincir pada minit ke-87.
Menanti anak buah Hassan Sazali Waras di final nanti adalah sama ada juara lima kali, Thailand ataupun Laos yang akan membuat perhitungan di venue sama, jam 9 malam ini.
Aksi penentuan tempat ketiga akan berlangsung pada sebelah petang sementara final pada sebelah malam di Stadium Patriot Chandrabhaga, Jumaat ini.
-BH Online