Sabtu, 18 Jun 2022

Pesara rugi lebih RM4.3 juta angkara 'love scam'

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

Kuantan: Pesara kerajaan rugi lebih RM4.3 juta akibat terpedaya dengan sindiket 'love scam' selepas berkenalan dengan lelaki yang kononnya warga Amerika Syarikat (AS) di Facebook, Jun tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 66 tahun itu membuat laporan polis semalam menyedari ditipu apabila suspek kerap meminta wang atas pelbagai alasan.

Katanya, dalam laporan mangsa mendakwa membantu suspek yang dikatakan bekerja sebagai ahli kaji bumi di sebuah syarikat cari gali minyak dan menetap di AS antara 2 Disember 2021 hingga 31 Mei lalu.

"Pelbagai alasan telah diberikan suspek untuk memperdaya mangsa antaranya membantu lelaki itu menjelaskan hutang, pembayaran kontrak kerja, upah pekerjaan, kos perubatan selain kos pembayaran peguam urusan harta warisan bapa suspek, yang dikatakan mati akibat tekanan masalah hutang.

"Sepanjang tempoh berkenaan, mangsa telah membuat 190 transaksi ke dalam pelbagai akaun bank diberikan oleh suspek dengan kerugian berjumlah RM4,342,500," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam kes lain, Ramli berkata, seorang peniaga berumur 38 tahun kerugian RM1.5 juta selepas terpedaya dengan pelaburan penanaman pokok yang akan membuahkan 'X-Fruit' seluas 30 hektar,

Katanya, buah-buahan itu dikatakan boleh diproses untuk menghasilkan minyak bagi kegunaan, antaranya bahan api kapal terbang.

"Mangsa dijanjikan keuntungan tiga kali ganda daripada modal pelaburan dalam jangka masa tiga tahun, menyebabkan dia bersetuju dan dapat mencari pelabur dari Kemboja dengan wang pelaburan dikumpulkan sebanyak AS$500,000.

"Wang dimasukkan ke akaunnya sebelum dipindahkan ke akaun bank suspek dengan tiga transaksi berjumlah RM1.5 juta," katanya yang memberitahu semua transaksi dilakukan pada Jun 2015.

Ramli berkata, selepas hampir tiga tahun, mangsa cuba bertanya suspek mengenai perkembangan pelaburan itu tetapi panggilan telefon disekat, malah usaha mengesan suspek juga gagal sebelum dia membuat laporan polis.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu melalui media sosial yang menggunakan pelbagai muslihat untuk memperdaya mangsa.

-myMetro

Related Posts:

  • Kisah Benar:Apabila Umur Kita Panjang..... Apabila Umur Kita Panjang.Saya menulis berdasarkan pemerhatian terhadap pak dalam melalui sisa-sisa hidup yang masih ada.1. Kesunyian Perkara ini yang paling serius. Biasanya apabila umur kita terlalu panjang, kita… Read More
  • Al Fatihah:`Perginya’ wanita tertua di Malaysia WANITA tertua di negara ini, Safiah Ujang berusia 128 tahun meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Seberang, Batu Hampar, Rembau, hari ini.Safiah yang dilahirkan pada 11 Februari 1889 menghembuskan n… Read More
  • Pesara rugi lebih RM4.3 juta angkara 'love scam' Gambar hiasanKuantan: Pesara kerajaan rugi lebih RM4.3 juta akibat terpedaya dengan sindiket 'love scam' selepas berkenalan dengan lelaki yang kononnya warga Amerika Syarikat (AS) di Facebook, Jun tahun lalu.Ketua Polis… Read More
  • Warga emas ada 16 anak hidup sebatang kara SITI ZAILAH (kanan) sempat berbual dengan seorang lelaki warga emas yang mempunyai 16 orang anak tetapi terpaksa tinggal berseorangan di salah sebuah penempatan di Seremban kelmarin.REMBAU – Tiada siapa me­nyangka seora… Read More
  • Tetap 'kemaruk' walau mati pucuk langgan pelacur  PREMIS dipercayai beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga jam 10 malam.Kuala Lumpur: Polis menggempur premis di lubuk pelacuran tertua di ibu negara yang masih beroperasi sehingga kini dan turut menjadi tu… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan