Jumaat, 17 Disember 2021

Tawaran diskaun saman trafik di negeri cuti hujung minggu Jumaat berakhir 29 Dis

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mat Kassim Karim berkata, penetapan waktu beroperasi susulan cuti hujung minggu yang berbeza antara negeri serta pematuhan tatacara pengurusan terimaan bagi penutupan akaun akhir tahun oleh Jabatan Akauntan Negara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pembayaran diskaun saman bagi negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Jumaat berakhir pada 29 Dis, manakala negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Ahad berakhir 30 Dis ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mat Kassim Karim berkata pihaknya menyeru orang ramai mengambil peluang tawaran pengurangan kompaun tertinggi ini, agar menyelesaikannya bukan di saat-saat akhir tawaran ini.

Beliau berkata susulan itu, semua kaunter bayaran akan beroperasi sepanjang waktu pejabat iaitu dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali cuti hujung minggu dan cuti umum.

 “Penetapan waktu beroperasi ini, ekoran cuti hujung minggu yang berbeza antara negeri serta pematuhan tatacara pengurusan terimaan bagi penutupan akaun akhir tahun 2021 oleh Jabatan Akauntan Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis sebelum ini mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang sepatutnya berakhir pada 12 Dis lepas, dilanjutkan hingga 31 Dis ini.-FMT

0 ulasan:

Catat Ulasan