Tertinggal telefon mudah alih memang satu pengalaman yang menakutkan. Tapi apa yang lebih mengerikan lagi apabila ada pula yang memandai ‘tolong’ menjawab panggilan bagi pihak anda.
Demikian perkongsian drama pendek di akaun TikTok milik penulis skrip terkenal Adza_Irda yang pendek kata, mujur hanya lakonan semata-mata, kalau betul-betul kejadian, memang haru dibuatnya.
Berlatar suasana di sebuah kedai mamak, Adza dilihat sedang menunggu minuman pesanannya untuk di bawa pulang.
Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon. Wajah Adza kelihatan agak pelik, namun tetap yakin menjawab panggilan tersebut.
Rupanya, pemanggil ingin meminta izin untuk berkahwin lagi. Tanpa berfikir panjang Adza terus memberi kebenaran dan memutuskan perbualan sebelum sempat pemanggil habis berbicara.
Tidak lama kemudian seorang wanita menghampiri dan bertanyakan sesuatu kepada Adza.
Wanita: “Adik. Adik ada nampak handphone akak tak?
Adza: “Oh handphone akak eh? Oh tertinggal eh? Ada orang call tadi tak tau apa,” jawab Adza selamba seperti tiada apa yang berlaku.
Plot kelakar seram yang cukup menggelikan hati ini mengundang tular dan ditonton lebih 1.2 juta kali. Malah ia turut dikongsi semula di pelbagai platform media sosial.
Adza yang juga pengacara Hurr.TV turut meminta pandangan warganet wajarkah kisah ini diteruskan dan apakah kesudahannya.
Menjenguk ke rungan komen, rata-rata warganet langsung tidak menyangka plot twist drama tersebut berakhir sedemikian.
“Uishh, mantap la plot twist dia,” kata seorang pembaca.
“Weyhhh, moral of the story (pengajaran cerita ini), phone jangan letak merata,” komen Syaza Amira.
“Tercengang aku tengok plot twist tu. Siutlah,” kongsi nurin.
“Bahahahahah adoii patut selamber dia jawab,” kata K@klin tergelak.-FMT
0 ulasan:
Catat Ulasan