Khamis, 23 September 2021

Covid19: Kes baharu turun tetapi Perlis catat tiga angka

 

Data 23 September 2021.

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan penurunan, tetapi lapan negeri mencatat peningkatan , dengan Perlis mencecah tiga angka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 13,754 kes baharu dikesan, menjadikan keseluruhannya 2,156,678 kes direkodkan sejak pandemik Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu.

Beliau berkata, Perlis hari ini merekodkan tiga angka apabila jangkitan meningkat daripada 97 kes semalam kepada 113 kes hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga tujuh lagi negeri mencatat peningkatan kes baharu.

Johor merekodkan 1,913 jangkitan baharu berbanding 1,880 kes semalam; Sarawak (1,766 kes hari ini, 1,712 semalam); Sabah (1,629 kes hari ini, 1,199 semalam); Pahang (869 kes hari ini, 688 semalam); Kuala Lumpur (383 kes hari ini, 338 semalam); Negeri Sembilan (175 kes hari ini, 170 semalam); dan Labuan (8 kes hari ini, 3 semalam).

Selangor, walaupun merekodkan penurunan jangkitan, namun masih mencatat kes tertinggi dengan 1,985 kes berbanding 2,414 semalam.

-Agenda Daily

0 ulasan:

Catat Ulasan