"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Khamis, 15 Ogos 2024

Secebis kisah YAB Sanusi bersama ibunya

 YAB DS SANUSI DAN IBUNYA

Coretan 

YB Afnan Hamimi Taib Azamudden

Cium tangan ibu. Itulah perkara paling awal yang dibuat oleh DS Sanusi selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-15, pada 17 Mei 2020. 

Usai majlis angkat sumpah di Wisma Darul Aman, kenderaan rasmi MB terus bergerak menuju ke Kompleks PAS Kedah. Di situ, ratusan orang sedang menanti kehadiran DS Sanusi. 

Dalam ratusan orang yang menanti itu, ada dua orang manusia yang paling istimewa sedang menunggu, iaitu bonda dan ayahnda kepada DS Sanusi. 

Sekitar jam 5.20 petang, kenderaan rasmi yang membasa DS Sanusi tiba di Kompleks PAS Kedah. Sejurus beliau keluar dari kereta, beliau terus segera menuju kepada dua insan penting yang sudah siap menunggu di atas kerusi, di ruang lobi Kompleks PAS Kedah. 

Beliau duduk tunduk mengucup tangan bondanya. Itulah tugas awal yang dilaksanakan oleh seorang Menteri Besar, mencium tangan ibu, memohon restu dan doa. Doa seorang ibu kepada seorang anak yang telah diangkat Allah mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. 

__________

Dalam satu babak yang lain, ada Majlis Solat Hajat dan Solidariti untuk MB Sanusi di Dewan Al-Hana, Sik. Majlis itu diadakan sejurus setelah DS Sanusi ditangkap dan didakwa di mahkamah, ketika musim kempen Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 yang lalu. 

Ribuan manusia hadir pada malam itu untuk menunjukkan sokongan kepada DS Sanusi, termasuklah bondanya. 

Di dalam ucapan, kebiasaannya nama yang akan disebut di dalam senarai salutasi majlis ialah nama pimpinan atau kenamaan yang paling kanan yang hadir di dalam majlis berkenaan. Tetapi malam itu DS Sanusi sebut nama ibunya terlebih dahulu, selepas memberikan salam. Selepas nama ibu, barulah nama YB DS Tuan Ibrahim Tuan Man disebut, pimpinan PAS paling kanan yang hadir pada malam itu. 

Satu perkara yang jarang dilihat berlaku di dalam mana-mana majlis rasmi peringkat parti yang seumpama itu, namun ia dilakukan oleh DS Sanusi. Ibunya adalah manusia paling tinggi yang hadir di dalam majlis malam itu. 

__________

Pernah satu ketika, DS Sanusi 'hilang' dari kediaman rasminya di Seri Mentaloon. Kakitangan di kediaman rasmi tidak tahu di mana DS Sanusi berada. Kenderaan rasmi ada. Tapi kenderaan peribadinya tiada. 

Waktu itu sekitar jam 11 malam. Saya hubungi DS Sanusi bertanya lokasinya. Setelah dikesan, rupa-rupanya DS Sanusi berada di hospital KMC (Kedah Medical Centre), menguruskan ibunya untuk masuk dalam wad, kerana mengalami sakit dalam perut. 

Rupa-rupanya sudah hampir satu hari suntuk ibunya menahan sakit. Maka ibunya dibawa dari Sungai Pau, Sik, ke Alor Setar untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital. 

Padanlah hari berkenaan wajah DS Sanusi tidak begitu ceria. Di dalam kepalanya ada perkara penting yang merungsingkan fikiran, kesihatan ibunya. 

Sekitar jam 1 pagi, setelah selesai ibunya dimasukkan dalam wad dan diberi rawatan awal, barulah DS Sanusi beredar balik ke rumah. 

Itulah DS Sanusi. Walaupun amat sibuk dengan tugasan harian mentadbir Negeri, namun beliau tidak pernah meninggalkan tugas utama sebagai seorang anak. 

___________

Hari Isnin 12 Ogos 2024, bonda DS Sanusi teringin nak makan durian Batu Kurau. Walaupun bonda sebenarnya tak berapa sihat dan tak berapa boleh makan durian, namun oleh kerana hajat seorang ibu, maka abang kepada DS Sanusi pergi ke Batu Kurau Perak mencari buah durian yang diidamkan oleh bondanya. 

Selepas Asar hari Isnin, dipanggil saudara mara anak beranak balik berkumpul di Kg Sg Pau. Balik makan durian. Diceritakan, bonda DS Sanusi tak makan pun. Tetapi seronok melihat anak cucu menantu semua balik berkumpul. 

Rupa-rupanya, itulah majlis berkumpul yang terakhir untuk mereka. 

Selepas solat Maghrib hari yang sama, bonda DS Sanusi rebah di pintu bilik. Sempat dipapah oleh salah seorang ahli keluarga yang ada. 

Ketika itu, bonda masih sedar, tapi dilihat seperti sangat letih. Menggagahi dirinya untuk bercakap menjawab soalan anak yang memangkunya. 

Ambulans dipanggil dan dibawa ke Hospital Sik. Setelah diperiksa oleh Pegawai Perubatan bertugas, keputusan dibuat untuk menghantar bonda ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bonda disahkan mengalami serangan stroke. Sebelum dibawa ambulans, bonda ditidurkan terlebih dahulu. 

Tiba di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, terus dimasukkan ke ICU. Segala alat dan mesin sokongan dipasangkan. Ubat yang sesuai diberikan segera. 

Hari Selasa 13 Ogos 2024, keadaan kesihatan bonda DS Sanusi semakin merosot. Hampir semua ahli keluarga berkumpul di hospital, membacakan Surah Yasin dan mendoakan. Ketika ini, DS Sanusi beritahu bacaan nadi bondanya sudah semakin lemah dan menurun. Hanya bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan pernafasan. 

Hari Rabu, 14 Ogos 2024, semua peringkat parti diarahkan mengadakan solat hajat kepada bonda DS Sanusi. Lewat petang hari Rabu, dimaklumkan bahawa segala ubat yang diberikan kepada bonda telah dihentikan. Ahli keluarga telah bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan. 

Hari Khamis, 15 Ogos 2024, jam 9.40 pagi, bonda DS Sanusi telah pergi meninggalkan alam dunia ini buat selama-lamanya. 

__________

Begitulah sedikit coretan yang sempat diingat mengenai DS Sanusi dan ibunya. Ibunya menjadi orang paling penting dalam hidup DS Sanusi, kini telah kembali mengadap Allah buat selama-lamanya. 

Semoga DS Sanusi sekeluarga bertabah atas pemergian ini. Seluruh Negeri Kedah dan rakyat Malaysia berduka atas kehilangan ini. 

Maaf kerana tidak dapat bersama di dalam perjalanan terakhir bonda hari ini, kerana masih melaksanakan tugas di Nenggiri yang belum selesai. 

Moga Allah mengampuni almarhumah bonda, menempatkannya dalam kalangan para salafussoleh dan dimasukkan di dalam syurgaNya. Ameen. 

Afnan Hamimi

15 Ogos 2024

Nenggiri, Gua Musang

Source 

Rabu, 14 Ogos 2024

Terkini:Harga diesel turun 5 sen lagi

 

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter dua minggu berturut-turut. Gambar hiasan
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter dua minggu berturut-turut. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter, dua minggu berturut-turut.

Ia menjadikan harga baharu bahan bakar itu bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos adalah RM3.25.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan harga baharu itu seiiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.

"Bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, ia kekal pada paras RM2.15 seliter," katanya pada Rabu.

Ujar MoF, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing- masing dikekalkan pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter pada tempoh sama.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," ujarnya.

Pasaran minyak dijangka kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat ini dipengaruhi beberapa faktor seperti jangkaan kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) serta ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Harga minyak memulakan dagangan pada minggu lalu dengan jatuh sehingga serendah AS$75 pada Isnin, harga terendah sejak Disember 2023.

-SH Online 

Selasa, 13 Ogos 2024

Batal pengharaman komik bekas ahli DAP - Umno bagaimana, soal PAS

 malaysiakini.com

Diterbitkan: Aug 13, 2024
Beberapa pemimpin akar umbi PAS hari ini tampil mempersoalkan tindakan kerajaan yang membatalkan perintah larangan terhadap penerbitan komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI) tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang sebelum ini diwartakan pada 2019.

Bagi Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir, komik itu bukan sahaja kontroversial kerana mempromosi perjuangan komunisme tetapi juga mempersenda dan memperlekehkan bekas Presiden Umno, Najib Razak dan isterinya.
                                           Roslan Shahir Mohd Shahir
Pembatalan perintah larangan itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, bertarikh 6 Ogos.

Umno DAN BN adalah rakan sekutunya dalam kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Hari ini pihak KDN menarik balik pengharaman komik ini dan ia sudah boleh diedarkan.

“Umno bagaimana? Bersuaralah sahabat atau benar DAP yang paling bertaring dalam kerajaan PH dan BN hari ini,” kata Roslan yang dipetik oleh Harakahdaily.
Berdasarkan warta itu, pembatalan perintah larangan tersebut membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

"Pada menjalankan kuasa yang diberikan Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), menteri membatalkan Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 3) 2019 (P.U. (A) 288/2019) yang telah disiarkan dalam Warta pada 23Oktober 2019 yang melarang pencetakan, pengimportan,penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang dinyatakan dalam Jadual," petik Warta Kerajaan Persekutuan itu.

Pada Oktober 2019 kecoh apabila buku komik tersebut dikatakan telah tersebar di sekolah-sekolah, susulan tumbangnya BN di tangan Pakatan Harapan (PH) setahun sebelum itu.
Bagaimanapun, pada 23 Oktober 2019 pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan komik itu.

Seorang lagi pemimpin akar umbi PAS yang mempersoalkan pembatalan perintah larangan komik BRI itu adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin.

“Apa sudah jadi dengan Malaysia Madani?

“Di mana suara akar umbi Umno yang cinta dan sayangkan perjuangan parti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
-Wak Labu Farm 

BN tanding Mahkota, Zahid beri amaran ‘parti lain jangan kacau’

 freemalaysiatoday.com

Anne Muhammad
13 Aug 2024

Pengerusi BN berkata menerusi persefahaman kerajaan perpaduan ‘kerusi diwakili mana-mana parti harus diserahkan dan ditandingi semula parti berkenaan’.
Pengerusi BN Zahid Hamidi memberi amaran kepada pemimpin komponen kerajaan perpaduan tidak menuntut kerusi yang diperuntukkan kepada sesuatu parti. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan bertanding PRK DUN Mahkota 28 Sept ini, kata Zahid Hamidi.

Justeru, pengerusi BN memberi amaran kepada pemimpin komponen kerajaan perpaduan tidak menuntut kerusi yang diperuntukkan kepada sesuatu parti.

Saya tak mahu kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin besar atau kecil yang menuntut mana-mana kerusi diperuntukkan untuk dituntut atau keluar kenyataan yang akhirnya menimbulkan persepsi sebaliknya, katanya pada sidang media selepas mesyuarat sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Platinum Sentral.

Pada 5 Ogos lalu Ketua Amanah Kluang, Mohd Zuhan Mohd Zain, dilaporkan mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan BN memberikan laluan kepada calonnya bertanding PRK Mahkota yang pernah dimenangi parti itu pada PRU14.

Menyusul desakan itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu menegur ahli partinya kerana menggunakan media untuk melobi DUN tersebut, sebaliknya mereka perlu memberi tumpuan terhadap kempen PRK Nenggiri pada 17 Ogos yang ditandingi Umno untuk merebut semula kerusi berkenaan daripada Bersatu.

Pada 8 Ogos lalu Zahid berkata parti dalam kerajaan perpaduan tidak wajar menuntut kerusi bukan milik mereka dan ia perlu dihormati.

Sila hormati kalau kerusi itu kepunyaan sesebuah parti. Jadi formulanya kerusi itu akan diberikan kepada parti berkenaan, bukan menuntut itu dan ini, kata timbalan perdana menteri.

Sementara itu, Zahid berkata bagi menghadapi PRK Mahkota, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama biro politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno seterusnya membawa keputusan tersebut dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Beliau menjelaskan, menerusi persefahaman dalam kerajaan perpaduan ‘kerusi diwakili oleh mana-mana parti harus diserahkan dan ditandingi semula oleh parti berkenaan’.

DUN Mahkota adalah DUN di kawasan agak berpotensi untuk kita menang dan tentunya kita mahu koordinasi dilakukan dengan semua parti politik dalam kerajaan perpaduan, katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Mahkota pada 28 Sept dengan penamaan calon dan undi awal masing-masing 14 serta 24 Sept.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian penyandangnya Syarifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos.

Pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah menang kerusi DUN Mahkota mewakili BN dengan 16,611 undi dan majoriti 5,166.

-Wak Labu Farm 

Kronologi kes bunuh Istiqomah

 

Berikut adalah kronologi kes kehilangan dan pembunuhan guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

26 Disember 2023: Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, gagal pulang ke rumah selepas keluar bekerja.

27 Disember 2023: Laporan berhubung kehilangan tersebut diterima polis pada 12.36 tengah malam.

27 Disember 2023: Kereta milik Istiqomah ditemui di pasar raya dekat Kota Masai.

28 Disember 2023: Berita mengenai kehilangan Istiqomah mula tular di media sosial. Suaminya, Mohd Yusof Mokhtar, menyatakan sudah mengusahakan pelbagai cara untuk mengesan isterinya termasuk mendapatkan khidmat perubatan Islam.

31 Disember 2023: Mayat wanita ditemui dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka. Identiti belum dikenal pasti.

12 Ogos 2024: Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkah identiti mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui pada 31 Disember milik Istiqomah Ahmad Rozi.

-myMetro 

Isnin, 12 Ogos 2024

Yakin calon kuat, BN tak tawar manifesto PRK Nenggiri

Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bukti keazaman BN tarik pengundi.

Ahmad Jazlan Yaakub berkata, manifesto tidak mampu menarik pengundi Nenggiri.

PETALING JAYA: 
Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan manifesto pada PRK Nenggiri, sebaliknya menyandarkan kepada kekuatan calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, kata Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.

Katanya, Azmawi merupakan keazaman BN yang akan berkhidmat kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada 17 Ogos, sambil menegaskan manifesto tidak mampu menarik pengundi Nenggiri.

Beliau berkata, tidak ada gunanya melancarkan manifesto jika gagal melaksanakan tawaran dijanjikan.

“Apa guna membuat manifesto sebagaimana Perikatan Nasional (PN)…manifesto 1990 pun tidak selesai lagi dan batu asas yang ditanam pun sudah tidak dijumpai.

Satu apa pun mereka tidak buat dan pada PRK kali ini masih mahu menipu rakyat. Cukup-cukuplah tipu rakyat kerana penduduk di DUN Nenggiri sudah cerdik,

 katanya menurut Berita Harian di Gua Musang.

Jazlan memberi janji PAS yang didakwa tidak terlaksana merujuk lebuh raya rakyat.

Contohnya, projek Lebuhraya Central Spine Road. PAS berjanji dalam manifesto hendak buat lebuh raya rakyat, akhirnya siapa yang menyempurnakan dan melengkapkan? Kerajaan pusat juga yang akhirnya buat,

 katanya.

Semalam, calon PN, Rizwadi Ismail melancarkan manifesto dengan akronim Khidmat terbahagi kepada tujuh bahagian untuk pelbagai bahagian masyarakat, seperti Orang Asli, peneroka, kampung tradisi, anak muda, wanita, warga emas, dan usahawan; selain tawaran untuk semua warga Nenggiri.

Ia antara lain menyatakan akan melantik seorang pegawai pusat khidmat wakil rakyat dari kalangan Orang Asli, tuisyen percuma bagi murid-murid daripada keluarga kurang berkemampuan, dan menyelaras bantuan kemasukan asrama dan universiti untuk anak muda.

Pada PRN Kelantan Ogos tahun lalu, PN menang di Nenggiri dengan majoriti 810 undi dalam pertembungan dengan BN.

Seramai 20,259 pemilih layak untuk mengundi kali ini.-FMT

Ahad, 11 Ogos 2024

Olimpik Paris 2024: Jatuh pusingan akhir keirin, Shah Firdaus gagal dapat pingat

 Pelumba trek negara terjatuh pada pusingan akhir sekali gus menjadikan kontinjen Malaysia sekadar puas hati bawa pulang dua gangsa pada Olimpik Paris.



Shah Firdaus Sahrom gagal menempatkan diri dalam kedudukan meraih pingat selepas terjatuh pada pusingan akhir acara Keirin. (Tangkaplayar Video)

PETALING JAYA: 
Muhammad Shah Firdaus Sahrom sekadar menamatkan perlumbaan pada kedudukan keempat pada aksi penentuan pingat acara keirin, sekali gus menjadikan kontinjen negara sekadar berpuas hati dengan dua gangsa, pada Olimpik Paris 2024.

Shah Firdaus jatuh dalam usahanya menempatkan posisi pada kedudukan mendapat pingat pada pusingan akhir perlumbaan.

Bagaimanapun, beliau diberi status ‘REL’ (diturunkan) kepada kedudukan keenam.

Emas dirangkul pelumba Belanda, Harrie Lavreysen, perak dan gangsa masing-masing diraih wakil Australia, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.

Pelumba Britain, Jack Carlin dan pelumba Jepun, Shinji Nakano, gagal menamatkan perlumbaan kerana terjatuh.

Pada aksi separuh akhir, Shah Firdaus ‘bernasib baik’ mara ke pusingan akhir kerana berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik, walaupun menamatkan perlumbaan pada kedudukan keempat.

Situasi itu berlaku memandangkan Ota Kaiya dari Jepun mendapat status REL kerana menerima dua amaran, menjadikan pelumba itu pula berada pada kedudukan keempat.

Shah Firdaus menggalas beban berat membawa pulang emas, selepas penyertaan sandaran utama negara, Azizulhasni Awang, pada saringan pertama keirin dibatalkan kerana kesalahan melintas derny (motosikal berkuasa elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek.

Dengan berakhirnya perjuangan Shah Firdaus, kempen negara pada Olimpik edisi kali ini sekadar membawa pulang dua gangsa dalam badminton, menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Lee Zii Jia (perseorangan).-FMT

Olimpik Paris 2024:Pintas 'derny' terlalu awal acara keirin,penyertaan Azizulhasni dibatalkan

 Penyertaan jaguh negara itu dibatalkan kerana memintas derny sebelum ia keluar dari trek.



Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, di Sukan Olimpik Paris. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: 
Penyertaan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, dibatalkan semasa saringan satu pusingan pertama acara keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris.

Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan kerana memintas ‘derny’ sebelum kenderaan perentak itu meninggalkan trek Velodrom Nasional Saint-Quentin-en-Yvelines.

Rayuan pasukan Malaysia terhadap pembatalan itu ditolak juri.

Azizulhasni tidak tersenarai dalam senarai pelumba pusingan repechage.

Malaysia meletak harapan pada Azizulhasni, yang sepatutnya bersaing dengan pelumba Australia, Perancis, Jepun, Belanda, dan Suriname, untuk meraih pingat emas pertama.

Saringan satu dimenangi pelumba Australia, Matthew Glaetzer; sementara pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, di tempat kedua.

Harapan negara kini disandarkan pada Shah Firdaus Sahrom, yang berjaya memasuki pusingan repechage selepas menduduki tempat ketiga pada saringan lima.

Beliau perlu memenangi pusingan itu untuk mara ke suku akhir, yang dijadual berlangsung hari ini.-FMT

Sabtu, 10 Ogos 2024

"Perjalanan Mengagumkan Matahari Melintasi Galaksi Bima Sakti"

 "Perjalanan Mengagumkan Matahari Melintasi Galaksi Bima Sakti"

MasyaAllah, alam semesta ini penuh dengan keajaiban yang tak terhingga. Salah satu keajaiban yang paling memukau adalah perjalanan matahari kita melintasi galaksi Bima Sakti. Perjalanan epik ini menggambarkan kebesaran ciptaan Allah SWT dalam skala kosmik yang menakjubkan. Dengan setiap pusingan yang matahari dan sistem suria kita ambil mengelilingi pusat galaksi, kita diingatkan tentang kekuasaan Allah dalam mengatur alam semesta yang luas dan kompleks ini.

Dalam tarian kosmik yang rumit dan teratur ini, Bumi kita berputar pada paksinya dengan kelajuan kira-kira 1,670 kilometer sejam di khatulistiwa, menghasilkan siang dan malam yang kita alami setiap hari. Pada masa yang sama, Bumi juga mengelilingi matahari dengan kelajuan mengagumkan kira-kira 108,000 kilometer sejam dalam orbitnya, yang mengambil masa sekitar satu tahun untuk melengkapkan satu pusingan penuh.

Tetapi tahukah anda, pada masa Bumi dan planet lain mengelilingi matahari, matahari juga sebenarnya sedang bergerak. Semua ini bergerak bersama-sama dalam harmoni yang sempurna. Matahari dan sistem suria kita bergerak dalam orbit elips di sekitar pusat galaksi Bima Sakti. Dengan kecepatan mengagumkan sekitar 828,000 kilometer sejam, matahari kita memerlukan masa kira-kira 225 hingga 250 juta tahun untuk menyelesaikan satu orbit penuh. Perjalanan ini dikenali sebagai 'tahun galaksi' atau 'tahun kosmik'.

Matahari kita terletak kira-kira 27,000 tahun cahaya dari pusat galaksi, yang merupakan kawasan padat bintang dan jirim gelap. Ia bergerak ke arah konstelasi Cygnus dalam perjalanannya mengelilingi pusat galaksi. Dalam perjalanan ini, matahari membawa seluruh sistem suria kita bersamanya, mengingatkan kita akan kebesaran dan keagungan ciptaan Allah dalam mengatur alam semesta yang luas dan kompleks ini.

Galaksi Bima Sakti merupakan galaksi spiral berbatang yang mengandungi berbilion-bilion bintang, termasuk matahari kita. Ia terdiri daripada cakera galaksi, pusat galaksi (bulge), dan halo yang meluas di sekelilingnya. Matahari kita terletak dalam cakera galaksi, dekat dengan lengan Orion. Lokasi ini dianggap ideal kerana ia terletak di luar pusat galaksi yang padat, membolehkan kita mengamati dan mempelajari struktur galaksi kita dengan lebih jelas. Dari posisi ini, kita dapat melihat pelbagai ciri galaksi, termasuk lengan spiral lain dan fenomena galaksi seperti nebula dan gugusan bintang.

Graviti galaksi, terutamanya daripada bintang-bintang lain dan jirim gelap, memainkan peranan penting dalam mengekalkan matahari dalam orbitnya di sekitar pusat galaksi. Jirim gelap, yang tidak dapat dilihat tetapi mempunyai tarikan graviti yang kuat, membantu menstabilkan struktur galaksi. Pengaruh graviti ini juga bertanggungjawab untuk menjaga kestabilan orbit planet-planet dalam sistem suria kita, memastikan bahawa planet-planet mengelilingi matahari dalam orbit yang hampir elips dengan konsisten. Dengan demikian, graviti galaksi bukan sahaja mengekalkan susunan kosmik yang kita lihat hari ini tetapi juga memastikan bahawa semua komponen dalam galaksi berfungsi dalam harmoni.

Walaupun matahari dan berjuta-juta bintang lain bergerak dengan kelajuan tinggi dalam galaksi, semuanya bergerak dalam harmoni tanpa bertembung. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

'Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.' (Surah Yasin: 38)

Ayat ini menunjukkan bahawa pergerakan matahari bukanlah rawak, tetapi telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan penuh kebijaksanaan. Keseimbangan yang sempurna ini membolehkan kehidupan di bumi kita terus wujud tanpa gangguan dari perlanggaran kosmik. Ini menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah dalam mengatur alam semesta dengan sistem yang begitu teratur dan stabil. Pergerakan kosmik ini bukan sahaja mencerminkan ketetapan ilahi tetapi juga memberi kita keyakinan bahawa setiap kejadian dalam alam semesta ini berlaku dengan tujuan dan makna.

Perjalanan matahari dan sistem suria melalui galaksi Bima Sakti memberikan kesan penting kepada evolusi sistem suria. Salah satu kesannya adalah pengaruh terhadap awan Oort, yang merupakan kawasan sfera jauh di pinggir sistem suria kita. Awan Oort adalah tempat asal banyak komet. Ketika sistem suria bergerak melalui galaksi, interaksi graviti dengan bintang-bintang lain boleh mengganggu objek di dalam awan Oort dan menyebabkan beberapa komet bergerak ke arah sistem suria dalaman. Ini boleh mencetuskan peristiwa yang mempengaruhi kehidupan di Bumi.

Selain itu, perjalanan ini melibatkan pendedahan kepada radiasi kosmik galaksi. Radiasi ini terdiri daripada zarah bertenaga tinggi yang berasal dari luar sistem suria dan boleh mempengaruhi atmosfera dan iklim Bumi, serta menyebabkan mutasi genetik yang mempengaruhi evolusi biologi. Kebijaksanaan ilahi dalam mengatur pergerakan ini memastikan keseimbangan dan kestabilan yang diperlukan untuk kehidupan di Bumi berterusan dengan harmoni.

MasyaAllah, dalam mengamati perjalanan matahari yang luar biasa ini, kita diingatkan tentang kebesaran ciptaan Allah yang mengizinkan kita untuk meneroka dan memahami rahsia-rahsia semesta. Pengetahuan ini bukan sahaja memperluas pemahaman kita tentang kosmos tetapi juga memperkukuh kekaguman kita terhadap ciptaan yang maha luas dan teratur dengan indah.

Pergerakan ini menggambarkan bagaimana setiap komponen dalam sistem suria kita saling terkait dan mempengaruhi antara satu sama lain dalam skala yang sangat besar. Ini adalah bukti kebijaksanaan dan ketertiban dalam ciptaan Allah, mengajak kita untuk terus mempelajari dan mengagumi keajaiban alam semesta. Setiap penemuan baru mengenai pergerakan ini bukan sahaja memperdalam pemahaman kita tentang alam tetapi juga memperkukuh kekaguman kita terhadap penciptaan yang maha agung. MasyaAllah, kita beruntung dapat belajar dan menyaksikan fenomena luar biasa ini, mengungkap lagi satu lapisan misteri alam semesta yang diatur dengan sempurna oleh Yang Maha Pencipta.

Source 

Jumaat, 9 Ogos 2024

"Angkasawan Terkandas di ISS Akibat Masalah Kapal Starliner Boeing"

 "Angkasawan Terkandas di ISS Akibat Masalah Kapal Starliner Boeing"

Masyaallah, sungguh mengagumkan kuasa Allah SWT yang telah menciptakan alam semesta yang luas ini. Dalam keajaiban ciptaan-Nya, manusia telah diberi akal dan kemampuan untuk menjelajahi angkasa lepas. Namun, kita juga diingatkan akan keterbatasan kita sebagai makhluk-Nya.

Ini terbukti dalam situasi terkini yang melibatkan dua angkasawan NASA, Barry Wilmore dan Sunita Williams. Mereka kini terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dalam misi yang sepatutnya hanya berlangsung beberapa minggu. Atas kehendak Allah, mereka mungkin terpaksa tinggal di ISS sehingga awal 2025, menunjukkan bahawa segala perancangan manusia tertakluk kepada ketentuan-Nya.

Masalah ini berpunca daripada kerosakan teknikal pada kapal Starliner milik Boeing. Antara masalah yang dihadapi ialah kebocoran helium dan kegagalan beberapa pendorong kapal.

NASA kini menghadapi cabaran untuk membawa pulang kedua-dua angkasawan tersebut ke Bumi. Mereka sedang menimbang dua pilihan. Pilihan utama ialah menggunakan Starliner seperti yang dirancang. Pilihan kedua ialah menggunakan kapal Crew Dragon dari SpaceX sebagai alternatif.

Kebarangkalian angkasawan tidak dapat kembali ke Bumi sehingga 2025 adalah tinggi, dianggarkan sekitar 70-80 peratus. Ini berdasarkan kenyataan NASA bahawa pembaikan dan pengujian Starliner akan memakan masa yang lama. Walau bagaimanapun, angka ini boleh berubah bergantung pada perkembangan situasi dan keputusan yang akan diambil oleh NASA.

Starliner telah menjalani beberapa ujian tanpa kru sebelum ini. Namun ujian-ujian tersebut juga menghadapi masalah teknikal. Walaupun Boeing telah membuat beberapa pembaikan, masalah baru dalam misi terkini ini menimbulkan kebimbangan tentang kebolehpercayaan kapal tersebut untuk misi jangka panjang.

NASA dijangka akan mengumumkan keputusan muktamad tentang kaedah membawa pulang angkasawan tersebut pada pertengahan Ogos 2024. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web NASA atau Space.com yang kerap menyediakan kemas kini tentang misi angkasa. Wallahu a'lam.

Situasi ini memberi peluang kepada saintis dan jurutera NASA untuk mengkaji prestasi Starliner di angkasa dengan lebih mendalam. Maklumat ini penting untuk memastikan keselamatan misi berawak pada masa hadapan.

Alhamdulillah, segala yang berlaku di alam semesta ini menunjukkan walaupun kita dah buat 101% persediaan, bukan semua perkara dapat mengikut rancangan kita. Situasi ini juga mengingatkan kita akan kebesaran Allah dan betapa kecilnya kita di hadapan-Nya. Semoga Allah melindungi para angkasawan tersebut dan memberi petunjuk kepada para saintis dalam menyelesaikan masalah ini. Sesungguhnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Source