Jumaat, 10 Mei 2024

FAISAL HALIM

 FAISAL HALIM

Secara peribadi, sampai sekarang aku tak tau nak tulis atau ulas apa tentang Miki di media sosial sendiri ni. Semua aku share je apa yang rakan-rakan lain tulis.

Aku jadi terkelu. Mati ayat untuk tulis secara peribadi mengenai apa yang aku rasa tentang keadaan Miki kini. Semua aku luah dekat isteri je. Luah seolah rakan atau keluarga sendiri ditimpa musibah.

Besarnya pengaruh Miki ni bukan dekat aku, malahan jutaan peminat bola sepak lain dalam negara sebab sumbangan dia untuk Harimau Malaya.

Pandangan aku sejak dulu, Miki merupakan pemain paling patriotik dan sentiasa sedia untuk berbakti bersama Malaysia.

Umur dia sebaya aku. Aku membesar lihat dia dekat program Mykids, Mencari Ramli, sampai dia cipta sensasi besar buat Harimau Malaya kini.

Dia bukan orang senang. Dia mula daripada pelbagai program pembangunan. Susah payah dia cipta karier yang mungkin sesetengah orang pun akan menyerah di separuh jalan.

Bila dah ada nama, Miki tak pernah sombong. Percakapan dia kekal marhaen. Semua untuk Malaysia. Bangga ada sumbangan buat tanah air sendiri.

Berapa puluh tahun lagi kita nak lihat bakat sebagus Miki pada masa hadapan? Maksud aku daripada segi hebatnya beliau di atas padang dan kekal marhaen di luar padang.

Aku tahu, bila naiknya nama seseorang pemain, pembenci juga akan naik sekali. Tapi tak jangka sampai tahap ini sekali beliau akan terima.

Apa dosa besar Miki buat orang lain? Bagi yang tiada kaitan atau rapat dengan beliau, aku nampak dia hanya sumbang sesuatu buat bola sepak negara.

Dia wira. Nama Miki kini dah mula jadi sebutan dalam ramai anak-anak muda lain. Ikon anak muda dan ahli sukan Malaysia.

Siapa pun pelaku atau yang terlibat, dia pengkhianat negara. ‘Mematikan’ aset penting Malaysia bukan satu benda yang boleh dimaafkan.

Hilangnya seri bola sepak Malaysia selepas salah seorang pemain tumpuan kini tak akan beraksi di atas padang untuk suatu tempoh masa panjang.

Rehatlah sebentar Miki, kembali selepas ini dengan lebih kuat. Apapun jadi, tak akan menolak suatu fakta:

“Faisal Wira Bola Sepak Malaysia”

Kredit: Afiq rowley..


0 ulasan:

Catat Ulasan