Sabtu, 9 Oktober 2021

Najwa Latif sambung PhD

 Najwa Latif sambung PhD.

Najwa Latif sambung PhD.

Kuala Lumpur: Penyanyi Najwa Latif, 26, menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 26, mengakui misinya tidak lain untuk tidak berhenti mengejar ilmu selain memajukan diri sebagai seorang pendidik.

Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

"Walaupun habis PhD nanti, saya rasa saya masih akan nak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.

"Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi masih terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL," katanya.

Najwa yang juga seorang pensyarah berkongsi, dia masih dalam proses untuk menentukan penyelidikan apa mahu dikaji bagi tesisnya nanti.

"Setakat ini, saya nak fokuskan penyelidikan dalam lapangan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi platform dalam talian, tapi masih belum bincang dengan penyelia. Belum diputuskan lagi disebabkan saya baru saja tamat hadiri taklimat pengajian minggu ini," katanya.

Walaupun pengajiannya baru bermula, penyanyi lagu Kosong ini tidak menafikan cukup teruja memikirkan gelaran doktor bakal diperolehnya nanti.

"Tempoh pengajian dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Jauh lagi perjalanan nak dapat gelaran itu namun saya rasa dapat bergelar doktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tak minat akademik.

"Sekarang, saya lebih fokus nak buat tesis yang bagus sebab tak semua orang dapat peluang ini. Jadi saya nak gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin," katanya.

Terdahulu, Najwa menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM), pada 2019.

-myMetro

Related Posts:

  • Isu positif dadah: 'Tunggu beberapa hari lagi' - Zarina Anjoulie Zarina AnjoulieKuala Lumpur: "Bukan nak lari, nanti saya cerita."Itu kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie susulan dakwaan tangkapan selebriti wanita positif dadah di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.Zarina berkata, … Read More
  • Alternatif: Muna buat duit melalui permainan videoMuna Shahirah menjana pendapatan sebagai penstrim permainan video selepas dunia nyanyian tertutup untuk mencari rezeki. - Foto Muna ShahirahKUALA LUMPUR: Penyanyi Muna Shahirah, 27, antara penggiat muzik terkesan ekoran pande… Read More
  • Serina bangga suami tabur bakti buat negaraSERINA berkongsi momen manis bersama suaminya, Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin.PETALING JAYA – Pernah dikecam selepas didakwa berkahwin secara rahsia pada April lalu, kontroversi tersebut bukan penghalang untuk suami kepa… Read More
  • Najwa Latif sambung PhD Najwa Latif sambung PhD.Kuala Lumpur: Penyanyi Najwa Latif, 26, menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malay… Read More
  • Siti: Are You Ready? - Filem dokumentari Siti Nurhaliza PEMINAT Siti Nurhaliza berpeluang saksikan kisah hidup penyanyi pujaan ramai itu di sebalik tabir. FOTO Aziah AzmeePENYANYI terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi artis pertama Malaysia muncul dengan filem dokumenta… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan