Khamis, 20 Julai 2023

SIAPA 'MASTERMIND' DI SEBALIK OPERASI SARAF TERHADAP SANUSI?

Oleh : Naseer Ahmad

1. Nama Sanusi menitir di ratusan ribu bibir rakyat Malaysia sejak semalam. Baik oleh marhen biasa mahupun oleh pengamal media. Samada ia baik atau buruk, apa yang pasti nama Sanusi telah melonjak ke tahap baru dalam arena politik nasional hari ini.

2. Manuever kali ini tidak dapat dipisahkan daripada bermotifkan politik. Meskipun ada pihak menyatakan dengan keras semua ini hanya bersangkut paut soal raja. Tiada kaitan dengan objektif PH-BN untuk meranapkan ikon PN Sanusi Md Nor.

3. Saya katakan, jangan pelik kalau rakyat mengaitkan isu ini dengan permainan politik. Kerana cukup jelas serangan bertali arus daripada pemimpin PH-BN khususnya dalam tempoh kebelakangan ini kepada Sanusi 

(1) Isu Banglo Abang Sanusi

(2) Isu Penggunaan Dana MARRIS

(3) Isu Sanusi kononnya dikompaun berkenaan pencurian REE

(4) Akaun TikTok Sanusi disekat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=668255575345310&id=100064826199773&mibextid=Nif5oz

4. Setiausaha Kerja Penerangan PKR (yang menjadi kebanggaan penyokong PH), Iswady Morni tanpa berselindung telah mendedahkan target kerajaan di media sosial beliau. Minggu ini MB Sanusi, selepas Dr Samsuri pula. Bahkan sejurus Sanusi sampai di Alor Star, PKR terus membuat laporan kepada SPRM berkenaan isu REE. Bukankah tampak jelas satu serangan sedang dikoordinasi?

5. Kita lihat juga pendakwaan yang telah dibuat. Terdapat dua pendakwaan iaitu

(1) Sanusi didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

(2) Sanusi didakwa menghasut dengan mempertikaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.

6. Untuk pendakwaan pertama, itu datang sendiri daripada Dewan Diraja Selangor. Kita serahkan hasil keputusan kepada mahkamah. Namun bagaimana dengan pertuduhan kedua? Ia berkaitan tuduhan mempertikaikan kerajaan Madani. Kes kedua bukan lagi soal raja tetapi kini soal politik biasa. Maka jelas disini ada pihak yang cuba menyelam sambil minum air. Kesempatan ini diambil oleh mereka untuk banyakkan kes Sanusi di mahkamah.

7. Yang ketiga, kita lihat bagaimana Sanusi dilayan dalam kes kali ini. Apakah keperluan menahan beliau jam 3 pagi padahal beliau sudah bersiap sedia untuk turun sendiri ke Mahkamah Selayang pada pagi tersebut? Mengapa pula deretan trak FRU disediakan di pekarangan mahkamah seolah-olah akan tercetus rusuhan besar. Imej bagaimana yang cuba dipalitkan dalam kes Sanusi kali ini?

8. Yang keempat, mengapakah begitu lancar sekali flow pendakwaan pada kali ini. Laporan dibuat pada tarikh 14 Julai 2023. Kenyataan Sanusi juga diambil pada 14 Julai. Pendakwaan terus boleh dibuat pada 18 Julai pagi meskipun pada 17 Julai Ketua Polis Negara memaklumkan siasatan masih belum lengkap. Mengapakah flow pendakwaan yang begitu lancar tidak terdapat pada kes lain yang lebih awal seperti kenyataan 3R yang dibuat Lim Guan Eng?

9.  Kelima, telah bocor satu kertas pertuduhan oleh Edisi Siasat yang menunjukkan siasatan dan pertuduhan ke atas Sanusi dibuat adalah berdasarkan laporan polis (First Instance Report - FIR) daripada seorang manusia bernama Izuan Kasim.Berbalik kepada tadi, siapa Izuan Kasim ni? Izuan Kasim ini kerabat diraja Selangor ke? Tidak. Izuan Kasim ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor. Jadi, masih valid kah kalau mahu bermain sentimen ini kes berkaitan Raja?

10. Persoalan mega, siapa 'mastermind' sebenar di sebalik serangan terhadap Sanusi? Cuba tilik kembali siapa yang paling balik banyak menyerang Sanusi kebelakangan ini dan dalam masa sama individu tersebut memegang Kementerian yang berkuasa dalam soal pergerakan intelijen dalam negara. Namun  segala serangannya telah dipatahkan dengan mudah oleh Sanusi sehingga terserlah pula imej menipu beliau di media sosial. Saya serahkan kepada rakyat untuk mencari suspek.

11. Ironinya 'manuever' politik hari ini dilihat sekali gagal. Kerana:

i) Sanusi masih boleh bertanding PRN

ii) Serangan ini membangkitkan semangat simpati dalam kalangan sebahagian besar kumpulan atas pagar.

iii) Terzahir sikap hipokrit PH apabila Akta Hasutan yang dahulu dilawan kini digunakan untuk menekan musuh politik.

12. Manuever hari ini tampaknya berakhir dengan keuntungan kepada Sanusi dan PN. Imej mangsa tekanan politik dan kerakusan politikus kerajaan melawan musuh semakin terserlah. Simpati rakyat pula condong kepada Sanusi. Nasiblah penyusun strategi PH kerana segalanya telah "backfire".

#PAMI

#sekolahpolitik

0 ulasan:

Catat Ulasan