Tatakelongkang Ala-Madani
Terkejut aku bila dengar PMX dengan selambanya menceritakan ketika PMQT di Parlimen, bahawa 70-80% kos lawatan dia ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta.
Aku macam tak percaya. Biar betul apa yang aku dengar.
Baru ni aku dedahkan tatakelongkang Kerajaan Madani bila anak PMX hadir dan terlibat sama dalam mesyuarat rasmi Kerajaan ketika lawatan ke luar negara. Walaupun hadir atas nama NGO.
Sampai ada kawan aku yang bergiat aktif dengan NGO komen, "Macamana cara NGO kami nak mohon ikut lawatan PMX?"
Hahaha bab tu aku serah pada Nurul Izzah untuk beri jawapan. Dia lagi mahir.
Balik pada isu tajaan syarikat swasta untuk lawatan PMX ni, aku teringat satu cerita yang berlaku di negara selatan kita Singapura. Seorang bekas Menteri Pengangkutan negara tu S. Iswaran ketika menjawat jawatan menteri telah menerima hadiah bernilai RM1.3 juta termasuk dalam bentuk penerbangan jet peribadi.
Sekarang ni dia sedang meringkuk dalam penjara selama 12 bulan kerana didapati bersalah tuduhan salah guna kuasa.
Jadi soalan jujur dari aku, kenapa S.Iswaran buat salah guna kuasa, tetapi PMX buat penjimatan? Pelik kan?
Bayangkan yang terima tajaan ini adalah Perdana Menteri Najib Razak atau Muhyiddin Yassin, mahu bergegar Parlimen sehingga tercabut atap. Yang paling tinggi meloncat adalah DAP.
Tapi tadi bila PMX sebut dalam Parlimen tadi, semua Ahli Parlimen Kerajaan termasuk DAP senyap sunyi. Takde sorang pun berani nak persoal PMX.
Betul lah bila Ahli Parlimen Putrajaya YB Dr. Radzi Jidin kata Kerajaan Madani ni adalah Kerajaan Lembu Kenyang.
Aku nak dengar juga apa spin PMX kali ni. Aku boleh agak, mungkin dia jawab kami buat macam naik keta sewa tong-tong duit minyak. Kita kongsi sorang sikit.
Macam tu lah kot......Tatakelongkang......
Salam Hormat,
0 ulasan:
Catat Ulasan