Sesetengah pasangan berkahwin memilih untuk menjilat faraj isteri ketika foreplay untuk meningkatkan lagi nafsu syahwat. Walau bagaimanapun, pernah tak anda terfikir mengenai hukum jilat kemaluan isteri menurut pandangan Islam?
Perkara ini diulaskan dengan lebih lanjut di bawah untuk bacaan pasangan suami isteri dan diharapkan dapat menjawab segala persoalan yang bermain di minda.
HUKUM JILAT KEMALUAN ISTERI MENURUT PANDANGAN ISLAM
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ
Maksud: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;” (Surah al-Baqarah: 223
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa semua jenis hubungan seksual suami isteri boleh lakukan kecuali melakukan hubungan melalui dubur. Hal ini kerana perbuatan itu dilarang dan bercanggah dalam Islam.
Perbuatan menjilat kemaluan isteri tidak menjadi masalah selagi mana berlandaskan Islam dan tidak melakukan hubungan seksual ketika isteri sedang haid.
Selain itu, sekiranya pasangan suami isteri melakukan seks oral ini, dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak tertelan najis seperti firman Allah SWT di bawah.
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’ : 19)
Para fuqaha’ bersepakat bahawa harus bagi suami untuk menjilat faraj isterinya. Walau bagaimanapun, hendaklah dilaksanakan dengan penuh adab dan penghormatan antara satu sama lain. Keredaan dan keizinan pasangan itu penting untuk mencapai ketenteraman dan kepuasan yang diredai Allah SWT.
Sekiranya anda memilih untuk seksual dengan menggunakan mulut, pastikan ia tidak membawa kepada sebarang penyakit dan masalah kesihatan.
Jadi, sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan seksual antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan dan tidak menjadi satu masalah.
*Semoga artikel ini memberi manfaat.
Kredit:Siraplimau.Com
0 ulasan:
Catat Ulasan