“Manusia Minum Ketum Untuk High, Dolfin Gigit Ikan Buntal Untuk High.”
Oleh: Ammar Akmal
Manusia ni dari dulu sampai sekarang dicatat suka benda khayal walaupun bahaya macam arak, candu, ketum dan sebagainya. Tapi, perangai gini bukan je ada pada manusia, malah juga pada haiwan lain macam dolfin.
Selalunya benda benda khayal ni mengandungi bahan kimia perangsang yang buat otak kita rasa gembira. Contohnya opioid dalam candu opium tu lah. Berbeza dengan candu, ikan buntal ni mengandungi neurotoksin, yakni sejenis toksin yang mampu mengganggu saraf. Opioid dan neurotoksin ni dua benda berlainan, tapi fungsi dia sama yakni mampu kacau saraf dan otak.
Dolfin tahu pasal benda ni. Jadi, bila dolfin dolfin ni bosan, dia akan cari ikan buntal ni untuk buat khayal. Diorang tak makan ikan buntal tu, cuma diorang akan gigit sikit ikan buntal tu kasi ikan tu terancam. Bila terancam, ikan buntal tu akan lepaskan neurotoksin ke sekeliling dan masuk ke dalam mulut dolfin tersebut. Dolfin yang dah khayal tu kemudiannya akan bagi ikan buntal tu ke dolfin lain dan bergilir gilir untuk jadi khayal.
Saintis berjaya rakam benda ni termasuk aktiviti masa dolfin ni khayal. Antara contoh perangai tu ialah dolfin ni akan pacak hidung dia dekat permukaan air, seolah olah dolfin ni terpesona dengan pantulan diri dekat permukaan air. Memang fly high habis. Kiranya bukan manusia je yang macam ni, malah dolfin pun boleh tersangkut dekat alam sebalik mata.
…
0 ulasan:
Catat Ulasan