Khamis, 17 Oktober 2024

Skandal 1MDB menguntungkan kerajaan atau merugikan kerajaan?

 

Oleh:Lim Sian See 

Menteri Kewangan II (MK2) mengesahkan dalam Dewan Rakyat semalam bahawa dana sejumlah RM27.17 bilion telah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam akaun Amanah 1MDB (AAMKA) setakat akhir September 2024.

Ini adalah berbeza dengan jumlah RM29.03 bilion setakat Februari 2024 dan jumlah RM31.2 bilion yang dikira saya setakat ini dengan banyak lagi kes penyelesaian 1MDB yang sedang dirunding.

Perbezaan antara jumlah RM27.17 bilion dan RM31.2 bilion ini mungkin berpunca dari:

1. pengumuman MK2 ialah untuk dana yang telah sah diterima dan telah masuk ke dalam akaun AAMKA. Mungkin ada dana dari penyelesaian kes 1MDB sepert denda Pejabat Peguam Negara yang tidak masuk ke akaun AAMKA tetapi disalurkan kepada penerima lain dalam kerajaan.

2. masih ada dana penyelesaian yang telah diumum kerajaan tetapi belum lagi masuk akaun AAMKA.

Apa pun, tak kira RM27.17 bilion atau RM31.2 bilion ianya sudah jauh melebihi jumlah dana US$4.5 bilion (RM13.5 bilion masa itu) yang disyaki telah diseleweng dari 1MDB.

Yang kelakarnya ialah Najib yang dikatakan curi tetapi pihak-pihak lain yang bayar antara RM27.17b hingga RM31.2b pula?

(Negara sebenarnya dapat balik US$7.5 bilion sebelum akhir Dis 2020 sekiranya perjanjian penyelesaian dengan IPIC dibuat tahun 2017 bawah kerajaan Najib diteruskan dan tidak dibatalkan kerajaan PH1.0 selepas PRU14. Sehingga kini, kerajaan masih tidak berani dedahkan perjanjian penyelesaian asal tersebut)

Sekali lagi, ini membuktikan bahawa negara tidak rugi dengan 1MDB tetapi bakal untung besar dari 1MDB.

MK2 juga umum bahawa baki dana dalam akaun AAMKA setakat akhir September 2024 adalah RM3.04 bilion - iaitu masih kurang dari baki hutang 1MDB sebanyak RM5 billion.

Tetapi setelah dana-dana penyelesaian lain seperti diumum kerajaan setakat ini masuk ke akaun AAMKA maka baki AAMKA dijanka naik ke RM8.118 bilion - jauh melebihi baki pinjaman 1MDB RM5 bilion.

Seperti dalam posting saya sebelum ini, dana dari akaun AAMKA bukan sahaja digunakan untuk lunas hutang 1MDB tetapi telah digunakan untuk bayar pinjaman lain berkait Kementerian Kewangan termasuk membayar hutang syarikat Sentuhan Budiman Sdn Bhd dan Syarikat Hartanah Mampan Sdn Bhd milik MOF juga yang berperanan membeli kepentingan 51% dalam bangunan Exchange 106 dan terlibat dalam tanah kerajaan seluas 55.79 ekar di Kuala Lumpur.

Belum lagi sebut baki aset-aset 1MDB seperti projek TRX RM40b, projek Bandar Malaysia RM140b (nilai tanah sahaja sudah cecah RM9 bilion), tanah Pulau Pinang RM2b, tanah Pulau Indah RM400 juta dan jumlah melebihi RM6 bilion yang telah dibelanja oleh 1MDB untuk bina dan naik taraf 8 pangkalan pasukan keselamatan termasuk pangkalan udara Sendayan dan terowong bawah Kuala Lumpur 5km.

Jadi, sesiapa yang kata 1MDB rugikan negara patut ditegur sebab 1MDB telah UNTUNGKAN NEGARA - bukan rugikan negara.

Perkara ini saya sebut depan muka Menteri Ekonomi dalam podcast hari itu dan dia langsung tak sangkal tetapi malu untuk sahkan.

Source 

0 ulasan:

Catat Ulasan