Khamis, 23 Mei 2024

Koleksi Resepi :Nasi Ayam Roasted

Resepi Nasi Ayam Roasted Sedap Gilaaaa!

(Untuk hidangan 5-6 orang makan)

A. Resepi Sup Ayam

1. Panaskan 2 liter air dalam periuk tinggi. 

Masukkan satu kiub ayam Maggi. 

2. Perasakan juga dengan sekali renjis serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan sekeping halia.

3. Selepas sup mendidih, masukkan seekor ayam

ke dalamnya. 

4. Angkat selepas ayam separa masak kira-kira 10-15 minit. Toskan dalam bekas. 

5. Sambung reneh sup dalam api perlahan.

Masukkan bebola ikan untuk tambahan jika suka.

Sewaktu dihidangkan, barulah taburkan daun bawang dan bawang goreng. Sup ringkas. Tapi ada rasa yang sangat istimewa.

B. Resepi Nasi Ayam

1. Dalam kuali panaskan 1 senduk marjerin Pelangi.

Masukkan pula ;

- dua keping halia

- dua helai daun pandan simpul

- sebatang serai saiz kecil diketuk

- 1 sudu gula

*kalau ada lemak ayam bolehlah dicairkan sekali*

2. Masukkan 3 cawan beras yang sudah dibersihkan.

3. Goreng seketika sebelum dimasukkan kesemuanya dalam periuk nasi.

4. Tambahkan air sup secukupnya dan serbuk kunyit secubit dua untuk menghasilkan warna kuning. 

5. Masak nasi seperti biasa. Semasa nasi hampir masak, masukkan lagi sedikit marjerin untuk rasa nasi yang sedikit berlemak dan wangi. 

C. Ayam Roasted

1. Seekor ayam yang sudah ditoskan tadi dilumurkan dengan campuran bahan di bawah;

- 2 sudu besar kicap pekat

- 1 sudu besar kicap cair

- 2 sudu besar sos blackpepper

- 2 sudu besar sos tiram

- 1 sudu besar minyak bijan

2. Lumurkan sebati pada ayam. 

*Tips untuk kulit ayam luar yang garing cantik, ayam disangkut dan

Kredit kepada empunya resepi 

Related Posts:

  • Koleksi Resepi:Daging Masak Ros Resepi Daging Masak RosBahan1 kilo daging dihiris nipisBahan kisar dgn secawan air.2 biji bawang besar yg sederhana besarnya4 ulas bawang putih2 ruas jari halia2 ruas jari lengkuas3 biji buah keras1 btg serai1 biji toma… Read More
  • Koleksi Resepi:Mee Udang..😋 Mee Udang..😋Resepi..Mee kuning..Udang..Daging..Sos cili..Kicap..Skit garam n gula..Sawi..Tauge..Tomato..belah 4Daun sup..Bawang besar..blendBawang putih..blendCili kering..blendTakua..goreng dulu yaCaranya..Tumis bahan… Read More
  • Koleksi Resepi:Nasi Arab Mandy NASI ARAB MANDYMula-mula sediakan stok ayam dulu.(Stok Ayam nanti akan diguna utk masak nasi)1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 42 inci halia - diketuk1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)1 sudu kecil lada hi… Read More
  • Koleksi Resepi:Laksa Beras Utara Nurul sedekahkn resepi laksa beras nie atas nama arwah mak nurul...Azizah bt che ma...semoga ilmu berguna yg nurul bgi nie mak dpt pahala berterusan dkt sana...jemput siapa nk ambil resepi nie...tak yah mintak izin...ma… Read More
  • KOLEKSI RESEPI: CARA MEMBUAT REMPAH NASI ARAB CARA MEMBUAT REMPAH NASI ARAB SENDIRIcuba lihat nasi arab yang saya buat tu!! saya suka menggunakan rempah nadi MANDY berbanding KABSAH sebab nasi mandy rempahnya lebih terasa.saper yg susah nak dapat rempah nasi arab M… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan