Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
“Manusia Minum Ketum Untuk High, Dolfin Gigit Ikan Buntal Untuk High.”
Oleh: Ammar Akmal
Manusia ni dari dulu sampai sekarang dicatat suka benda khayal walaupun bahaya macam arak, candu, ketum dan sebagainya. Tapi, perangai gini bukan je ada pada manusia, malah juga pada haiwan lain macam dolfin.
Selalunya benda benda khayal ni mengandungi bahan kimia perangsang yang buat otak kita rasa gembira. Contohnya opioid dalam candu opium tu lah. Berbeza dengan candu, ikan buntal ni mengandungi neurotoksin, yakni sejenis toksin yang mampu mengganggu saraf. Opioid dan neurotoksin ni dua benda berlainan, tapi fungsi dia sama yakni mampu kacau saraf dan otak.
Dolfin tahu pasal benda ni. Jadi, bila dolfin dolfin ni bosan, dia akan cari ikan buntal ni untuk buat khayal. Diorang tak makan ikan buntal tu, cuma diorang akan gigit sikit ikan buntal tu kasi ikan tu terancam. Bila terancam, ikan buntal tu akan lepaskan neurotoksin ke sekeliling dan masuk ke dalam mulut dolfin tersebut. Dolfin yang dah khayal tu kemudiannya akan bagi ikan buntal tu ke dolfin lain dan bergilir gilir untuk jadi khayal.
Saintis berjaya rakam benda ni termasuk aktiviti masa dolfin ni khayal. Antara contoh perangai tu ialah dolfin ni akan pacak hidung dia dekat permukaan air, seolah olah dolfin ni terpesona dengan pantulan diri dekat permukaan air. Memang fly high habis. Kiranya bukan manusia je yang macam ni, malah dolfin pun boleh tersangkut dekat alam sebalik mata.
Kementerian Perlancongan, Kerajaan Perak dan Kerajaan Johor Terlibat Perarakan Kibar Bendera Ch1na?
Ada orang bagitau aku, cuba perhatikan gambar-gambar perarakan di Teluk Intan dan Johor Bharu. Ada logo-logo yang dikatakan terlibat sama dalam penganjuran perarakan.
Aku pun cari dan selongkar semua gambar-gambar dalam facebook mereka yang terlibat.
Terkejut aku.
Okey cuba korang perhatikan gambar pertama banner perarakan di Teluk Intan yang ada gambar YB Nga Kor Ming dan Exco Kerajaan Negeri Perak YB Woo Kah Leong;
Ayat yang tertulis adalah "Promoted by" oleh Pejabat Exco Perak Woo Kah Leong. Kalau kau tak terlibat kenapa naikkan banner macam tu?
Pejabat Exco Perak adalah sebahagian dari Kerajaan Negeri Perak. Semua aktiviti Pejabat Exco mesti mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.
Kalau YB Nga Kor Ming nafikan dia berada dilokasi, tapi peranan Pejabat Exco yang mempromosikan program ni nak jawab macam mana?
Okey yang kedua gambar perarakan di Johor Bharu yang dirasmikan oleh Adun DAP Melaka YB Kerk Chee Yee merangkap Timbalan Speaker Dun Melaka.
Kalau korang perhatikan dalam banner tu, jelas kelihatan Jata Negara dan logo Majlis Bandaraya Johor Bharu.
Bila aku semak aku dapati apa yang tertulis dalam banner tu adalah "Dengan Sokongan" oleh Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya serta Majlis Bandaraya Johor Bharu.
Ohhhhh padanlah Menteri MOTAC cepat je respon suruh jangan komen berlebihan. Kononnya akan beri kesan sektor pelancongan.
Okey, sekarang boleh tak Perdana Menteri, Menteri Perlancongan, Menteri Besar Perak, Menteri Besar Johor, YB Nga Kor Ming dan YB Wong Kah Leong, menafikan penglibatan mereka, kementerian atau agensi bawah mereka dalam perarakan tersebut.
Sekiranya gambar Kementerian dan agensi tersebut disalah guna, sila segera buat laporan polis terhadap penganjur perarakan.
Kalau tiada laporan polis dibuat, maka boleh kita anggap memang benar, MOTAC, YB Nga Kor Ming, YB Wong Kah Leong, Pejabat Exco Perak dan Majlis Bandaraya Johor Bharu memang terlibat dengan perarakan tersebut.
Kita minum teh tarik dengan harapan rasanya yang lemak dan sedap berasal dari susu, tapi tahukah anda Sebahagian besar yang anda minum sebenarnya adalah GULA.
Susu pekat manis yang digunakan dalam teh tarik bukanlah susu tulen yang baik untuk kesihatan, sebaliknya lebih daripada 40% kandungannya adalah gula dan minyak sawit.
Setiap kali kita minum secawan teh tarik, kita mungkin tidak sedar sedang memasukkan beberapa sudu gula ke dalam tubuh.
Ia terasa lembut di lidah, tetapi hakikatnya, teh tarik yang kerap kita nikmati ini boleh menjadi punca kita menambah berat badan, merosakkan gigi, dan lebih membimbangkan, menyumbang kepada penyakit diabetes dan serangan jantung.
Tidak salah untuk menikmati teh tarik sekali-sekala, tetapi lebih baik kurangkan kekerapan atau pilih yang kurang manis.
Jangan biarkan minuman yang kita sayangi menjadi musuh kepada kesihatan kita!
Menteri kata kerajaan rancang untuk kenakan dua harga berlainan bagi RON95 di stesen petrol bila subsidi pukal dimansuh tahun depan.
Dia kata akan ada harga yang tidak bersubsidi untuk golongan T15 manakala baki 85% Rakyat masih akan membayar harga bersubsidi.
Kerajaan akan kenal pasti siapa dalam golongan T15 kelak.
Sekiranya mahu letak dua harga bagi RON95 maka kena ada satu mekanisme atau cara di stesen petrol untuk kenal pasti siapa T15 dan siapa lagi baki 85% - sama ada melalui MyKad atau cara atay sistem pengenalan lain.
Pada pendapat saya, ini adalah idea kurang bijak yang akan merumitkan stesen petrol dan pengguna ketika isi minyak serta menambah kos kepada proses menjual petrol.
Kenapa pula 85% Rakyat dan stesen petrol dirumitkan hanya sebab mahu kenakan 15%?
Sekiranya kerajaan sudah kenal pasti siapa dalam golongan T15, kenapa pula kerajaan tidak kenakan sahaja levi petrol ke atas golongan ini ketika mereka memperbaharui road tax?
Selain mengenal pasti golongan T15, kerajaan juga boleh kenakan levi petrol ke atas kenderaan petrol baharu yang bernilai RM300k ke atas.
Katakan setiap kendaraan golongan T15 akan isi minyak 50 liter seminggu atau sekitar 2,500 litter setahun manakala kos subsidi ialah RM1 satu liter, kerajaan boleh pula kenakan levi petrol RM2,500 setahun ke atas lesen kenderaan golongan T15.
Sekiranya mereka benar-benar dari golongan T15 atau mampu membeli kereta melebihi RM300k, saya rasa ianya bukan masalah untuk mereka membayar RM2,500 setahun bagi setiap kenderaan milik mereka.
Dengan cara ini, kita hanya perlu ada satu harga petrol bersubsidi di stesen minyak dan kerajaan masih akan mengutip wang sebagai kos subsidi bagi golongan T15.
Satu lagi kaedah ialah kaedah yang sedang digunakan untuk Budi Madani bagi harga diesel di mana harga diesel diapungkan tetapi 85% Rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran bulanan.
Suatu kejutan. Tatkala ramai menyangkakan bola sepak Kedah Darul Aman (𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝) di ambang ‘𝙢𝙖𝙪𝙩’ dalam dunia bola sepak tempatan, pasukan ini kekal mencipta magis tersendiri.
Jaringan tunggal daripada bintang Brazil, Cleylton dos Santos pada penghujung separuh masa pertama menggamatkan seketika suasana di Stadium Darul Aman (𝙎𝘿𝘼) untuk meletakkan mereka di hadapan Terengganu.
Namun, tidak ramai yang menyangka gol daripada pertahanan import itu sebenarnya memastikan nama Sang Kenari terus ‘𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥’ di saingan Liga Malaysia (𝙇𝙞𝙜𝙖 𝙈) ketika ini.
Jaringan tunggal pertahanan dari Brazil itu nyata memastikan Kedah berjaya meraih tiga mata yang dirindui dalam saingan Liga Super setelah kali terakhir mereka merasainya pada 12 Julai lalu.
Gelap tidak bermakna tiada sebarang titik cahaya akan tersirna, begitulah jua buat Kedah yang setelah sekian lama hanya berkisarkan perkara negatif, akhirnya mereka kembali meraih kejayaan.
Satu jaringan itu dipertahankan sebaik mungkin dalam setiap pemain sehingga ke wisel penamat biarpun mereka mendapat tentangan cukup sengit daripada Sang Penyu.
Sebut sahaja nama Ifwat, Cleylton, Sony Norde, termasuk Milos Gordic jelas masing-masing berusaha sehabis baik walaupun semua memiliki masalah tersendiri yang usah untuk disebut lagi.
Menang, tiga mata, serta tidak bolos, menjadi kombinasi yang dirindui para penyokong kepada Sang Kenari sejak sekian lama.
Buat kem Kedah sendiri, sudah tentu kesakitan mereka sebenarnya sedikit terubat akan keputusan positif itu selain sokongan padu diberikan penyokong yang berjumlah 3,281 semalam.
Penulis percaya, jumlah kehadiran itu menjadi titik perubahan besar untuk menarik kembali lebih ramai penyokong selepas ini ke stadium demi menolak Kedah dari lembah kehancuran.
Jika dilihat pada aksi semalam, setiap pemain tampil dengan aksi cukup bertenaga untuk membuktikan mereka masih ada dan sedia terus pertahankan nama pasukan tersebut.
Aksi seterusnya menyaksikan Kedah bakal beraksi di lokasi sama pada 25 Oktober untuk menerima tentangan PDRM pula dan sudah tentu kehadiran lebih ramai penyokong ditagih pasukan berkenaan.
Kami di Semuanya BOLA mengharapkan bukan sahaja keputusan positif kita dengar membabitkan Kedah di atas padang, tetapi isu dalaman mereka juga turut kedengaran demi memastikan Sang Kenari terus bernafas.
"China Turap Jalan 158KM Tanpa Seorang Pun Pekerja: Dron dan AI Ambil Alih!"
MasyaAllah, sungguh menakjubkan kurniaan Allah kepada manusia yang telah diberi akal dan kebijaksanaan untuk mencipta teknologi yang luar biasa. Baru-baru ini, China telah mencipta sejarah dalam bidang kejuruteraan jalan raya dengan melaksanakan projek perintis yang mengagumkan. Negara ini berjaya menggunakan teknologi canggih untuk menurap jalan sepanjang 158 kilometer tanpa penglibatan manusia secara langsung.
Projek inovatif ini menggabungkan pelbagai teknologi moden seperti kenderaan tanpa pemandu, dron, kecerdasan buatan (AI), dan rangkaian 5G. Keseluruhan operasi dikawal melalui stesen penentu kedudukan satelit Baidu. Sistem ini memastikan penerapan asfalt yang sangat tepat dan sekata. Tahap ketepatan yang dicapai amat mengagumkan. Sistem ini mampu mengawal ketebalan asfalt dengan perbezaan ralat hanya satu milimeter, satu pencapaian yang hampir mustahil dengan kaedah biasa.
Kenderaan tanpa pemandu yang digunakan dalam projek ini termasuk jentera penurap dan penggelek jalan. Ketebalan asfalt dipantau secara berterusan menggunakan radar dan diperhalusi dengan sistem pandu arah inersia. Untuk memastikan mutu tertinggi, penerapan dinilai melalui ujian ketebalan, kepadatan, dan pekali geseran. Hasilnya membuktikan bahawa sistem automatik ini bukan sahaja setanding, malah mampu mengatasi had keupayaan manusia dari segi keseragaman dan kawalan kualiti.
Penggunaan teknologi tanpa pemandu ini membawa pelbagai kebaikan. Ia meningkatkan ketepatan dan kecekapan, mengurangkan risiko keselamatan pekerja, dan meningkatkan produktiviti. Dari segi alam sekitar, penggunaan kenderaan tanpa pemandu telah mengurangkan kesan negatif dengan penerapan asfalt yang lebih sekata dan pengurangan sisa bahan. Inovasi ini dijangka akan mengurangkan kos jangka panjang dengan mengurangkan keperluan tenaga kerja manual dan meminimumkan kesilapan.
Selain meningkatkan ketepatan dan kecekapan, setiap langkah dalam proses penurapan ini direkodkan dengan teliti dalam sistem digital, termasuk data ketebalan jalan dan kepadatan bahan. Dengan penggunaan radar dan sistem navigasi bersepadu, tiada ruang untuk penyelewengan atau kesilapan dalam pelaporan. Rekod ini memastikan semua proses mematuhi piawaian yang ditetapkan, sekali gus meminimumkan risiko penipuan atau manipulasi data. Teknologi ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan tetapi juga mewujudkan standard baharu dalam industri pembinaan, menjamin kualiti jangka panjang infrastruktur dan mengurangkan kos penyelenggaraan masa depan.
Jurutera di Xuzhou Construction Machinery Group (XCMG) kini sedang berusaha untuk menyempurnakan teknologi ini agar dapat digunakan secara meluas. Tumpuan mereka tertumpu pada pembangunan kawalan digital dan penderia pintar. Mereka membayangkan masa depan di mana jalan raya akan disenggara sepenuhnya oleh sistem automatik. Usaha ini bukan sekadar demonstrasi keupayaan teknologi tetapi juga langkah penting ke arah piawaian pembinaan pintar.
Pencapaian China ini membuka mata dunia tentang potensi besar teknologi dalam mengubah cara kita membina dan menyenggara infrastruktur awam. Ia menjadi pemangkin kepada perkembangan bandar pintar dan ekonomi digital. Projek ini membuktikan bahawa gabungan teknologi canggih dengan perancangan teliti mampu menghasilkan penyelesaian infrastruktur yang cekap dan mesra alam.
Kejayaan ini juga menjadi inspirasi kepada negara-negara lain untuk mengikut jejak langkah China dalam menggunakan teknologi moden untuk pembangunan infrastruktur. Ia menunjukkan bagaimana inovasi boleh digunakan untuk menyelesaikan cabaran pembangunan konvensional sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara keseluruhan.
MasyaAllah, betapa indahnya ciptaan Allah dan kebijaksanaan yang dianugerahkan-Nya kepada manusia. Semoga pencapaian seperti ini terus menjadi pendorong kepada generasi muda untuk meneroka ilmu dan mencipta penyelesaian baharu bagi cabaran masa depan. Kita patut bersyukur kerana dapat menyaksikan kemajuan teknologi yang membawa manfaat besar kepada umat manusia. Sentiasa ingatlah bahawa segala kejayaan ini adalah dengan izin dan rahmat Allah Yang Maha Kuasa.
Identiti pemilik Pak Mat Western menjadi tanda tanya di kalangan warganet.
Malah, ada yang menyangka pemilik jenama popular ini adalah seorang wanita!
Ini kerana strategi pemasaran Pak Mat Western yang begitu mantap.
Jika anda melayari laman web rasmi jenama ini sekalipun, anda tidak akan menemui wajah pengasasnya.
Malah, carian di internet juga sukar memberikan jawapan. Jadi, siapa sebenarnya pemilik jenama terkenal ini?
Ramai mungkin tidak tahu bahawa Pak Mat Western sebenarnya adalah perniagaan yang dijalankan oleh adik-beradik.
Nama “Pak Mat” pula diambil sempena nama bapa mereka, yang dahulunya bekerja sebagai tukang gunting rambut.
Disebabkan nama ini, ada yang menganggap pemilik Pak Mat Western ialah seorang lelaki tua.
Namun, beberapa sumber menyatakan bahawa adik-beradik yang mengasaskan jenama ini sebenarnya masih muda, berusia sekitar 30-an.
Hebat sungguh kebolehan mereka mengendalikan perniagaan ini sehingga berjaya mencapai jualan berjuta-juta ringgit!
Walau bagaimanapun, keratan berita dari Harian Metro akhirnya mendedahkan identiti sebenar pemilik Pak Mat Western yang selama ini membuat netizen tertanya-tanya siapa sebenarnya di sebalik kejayaan jenama ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, hari ini.
Ia adalah belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Berikut adalah inti pati Belanjawan 2025 yang dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.
● Belanjawan 2025 membabitkan peruntukan RM421 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah diumumkan dengan RM335 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM86 bilion bagi belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat.
● Kerajaan akan terus tanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat.
● Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.
● RM27 juta disediakan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk terus memecahkan penguasaan kartel.
RM60 juta disediakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk banteras ketirisan wang rakyat.
● Kerajaan MADANI menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963, Sabah dan Sarawak diberi perhatian khusus.
● Peruntukan pembangunan untuk Sabah RM6.7 bilion, Sarawak RM5.9 bilion.
● Mulai 2025, kerajaan menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
● Peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta berbanding RM338 juta tahun lalu.
● Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan Parlimen kepada RM180 juta berbanding RM166 juta tahun lalu.
Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula, kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan.
● Lebih RM60 juta disediakan bagi menaik taraf prasarana kehakiman termasuk pembangunan sistem e-Kehakiman.
Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam akan digubal meliputi tiga anjakan besar: mengurangkan birokrasi, mempercepat proses dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
● RM25 juta disediakan kepada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).Saluran berpusat akan dibentuk di UTC bagi membantu rakyat susah memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.
● Semua UTC akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian.
Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI akan dilaksanakan di kawasan tumpuan ramai.
● Perkhidmatan bergerak terus diperbanyak dengan peruntukan RM100 juta.
Peruntukan keseluruhan RM1 bilion disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI.Sebanyak 64 daripada 126 pejabat luar negara tidak beroperasi bawah satu bumbung, kerajaan putuskan operasi dipindahkan ke Pejabat Canseri atau digabungkan.
● Semua ruang dan bangunan kosong milik agensi kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dimanfaatkan untuk tujuan prasekolah.
● Sebahagian hasil penjualan nombor plat khas disalurkan untuk membantu rakyat susah termasuk menampung bayaran mendapatkan lesen motosikal 15,000 anak muda kurang mampu.
Peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan RM20 juta.
● Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi mengekang buli siber.
● Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.
● RM150 juta disalurkan segera kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai bagi mengatasi banjir kilat.
● RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai persiapan mendepani musibah banjir.
● RM20 juta geran padanan disediakan segera kepada Yayasan GLIC dan GLC untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.
● Hampir RM550 juta disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
● Khazanah menyediakan RM600 juta bagi memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif.
Semua kementerian dan jabatan yang terlibat dengan penganjuran mesyuarat dan aktiviti sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 hendaklah memperoleh kraf tangan daripada pengusaha tempatan.
● RM300 juta disediakan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok berbanding RM150 juta tahun ini.
● RM27 juta disediakan sebagai insentif kepada petani dan penternak untuk meningkatkan pengeluaran.
● RM2.78 bilion disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan, meningkat berbanding RM2.6 bilion.
● Kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan dinaikkan kepada RM84,000 untuk Semenanjung dan RM90,000 untuk Sabah dan Sarawak.
● Juruadit halal JAKIM ditambah 100 orang ke arah mempercepatkan urusan pengeluaran sijil halal.
RM130 juta disediakan khusus untuk melaksanakan pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India.
● RM100 juta disediakan untuk menjamin keselesaan serta keselamatan warunbg, gerai dan pasar.
● 20 hektar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu.
4.1 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 sebulan, tahun depan.
● Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025, kategori bujang terima RM600.
Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 ringgit.
● Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah dinaikkan kepada RM250 ringgit seorang, RM200 seorang bagi lingkungan 7 hingga 18 tahun.
● Kadar Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500. Bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November ini membabitkan peruntukan RM1.7 bilion.
● Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.
● Selain itu, RM250 juta disediakan bagi mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa.
● Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000.
Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000.Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.
● Penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan.
● Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta dan akan memanfaatkan 50,000 pekerja.
● RM250 juta disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan.
● Program i-Suri diteruskan secara insentif padanan melalui caruman Kerajaan dan caruman secara aktif daripada pencarum.
● Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri akan menanggung sehingga 70 peratus caruman pekerja dengan peruntukan RM100 juta.
Kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP.
● Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion, berbanding RM58.7 bilion tahun ini, peruntukan tertinggi dalam sejarah.
● RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.
● Sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina tahun hadapan.
● RM100 juta diperuntuk untuk Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar.
● 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.
Peruntukan khas RM10 juta disediakan sebagai Bantuan Persekolahan kepada semua 687 sekolah pedalaman.
● Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada RM530 sebulan.
● Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM18 bilion, berbanding RM16.3 bilion tahun ini.
● Pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi.RM635 juta disediakan untuk menambah baik prasarana, mengganti peralatan usang dan meluas capaian internet di semua universiti awam.
Pendidikan berkaitan AI akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta.
● Kerajaan meningkatkan peruntukan TVET kepada RM7.5 bilion berbanding RM6.8 bilion.
● Majikan yang mengambil OKU dan bekas banduan bekerja akan diberi insentif sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan di bawah seliaan PERKESO.
● Kementerian Kesihatan menerima peruntukan kedua tertinggi iaitu RM45.3 bilion ringgit berbanding RM41.2 bilion.
● Kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.
● Kerajaan menyediakan peruntukan RM100 juta termasuk untuk perolehan peralatan terkini, bagi mengukuhkan Pusat-pusat Kecemerlangan yang dikenal pasti.
● Hampir RM900 juta bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat.
Pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama.
● Prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir RM2.9 bilion.
● Pas Bulanan My50 diteruskan bagi manfaat 180,000 pengguna Lembah Klang menggunakan bas dan rel Prasarana.
● Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen sehala.
● RM2.8 bilion disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan.Potongan cukai tambahan 50 peratus bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan, kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.
● Program Rakan Muda diperuntukkan RM25 juta untuk terus menjadi wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.
Kerajaan menyediakan RM5 juta untuk melaksanakan Ikhtiar 1,000 Hari Pertama Kehidupan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Hepatitis B dalam kalangan bayi baru lahir.
● Kerajaan akan membina 34 prasekolah, 16 taska dan Tabika Kemas Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.
● 11 Pusat PERMATA baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anakanak autistik.
● Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110,000 murid OKU.
● Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada RM6,000 ringgit.
Peruntukan kebajikan warga emas akan ditingkatkan mencecah RM1 bilion bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.
● Peruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion.
● Masyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir RM380 juta, berbanding RM330 juta.
● RM10 juta untuk menjayakan program Program Peluang Kedua (PEKA) bagi mengembalikan banduan ke dalam masyarakat.
● Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.
● Kerajaan menyediakan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah susulan Ops Global.
● Tahun hadapan, peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion.Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 sebagai menghargai sumbangan besar lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.
● Pembangunan sukan negara terus diperhebat dengan peruntukan lebih RM230 juta.RM15 juta disediakan kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak.
● Peruntukan RM1 juta kepada pembangunan sukan kriket, RM20 juta untuk memperkasa ekosistem e-sukan.
● Penganjuran program-program pemupukan semangat perpaduan serta jati diri diperbanyak dengan peruntukan RM50 juta.RM50 juta dana bantuan bagi kerja-kerja baik pulih dan selenggara rumah ibadat bukan Islam berdaftar di seluruh negara.
RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan penggiat bahasa bagi mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan. Peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya terutama yang berteraskan semangat kenegaraan.
● Hampir RM40 juta disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia.
● RM25 juta untuk MyCreative Ventures bagi menyokong industri kreatif.Program Belia Kreatif MADANI akan dianjurkan bagi menarik hampir 16,000 anak muda menceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta.
● Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima peruntukan RM19.5 bilion, menokok sebanyak RM500 juta.
● Lebih RM2.12 bilion peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN bagi menjamin keselamatan dalam negeri.
Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM21.2 bilion.
● Sejumlah RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara.
● Pembangunan pekan-pekan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Selatan Thailand dengan peruntukan hampir RM1 bilion.
● RM5 juta disediakan bagi membekalkan air bersih secara hibrid menggunakan air hujan dan air bawah tanah di kawasan ESS Zone, Sabah.
● Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar.
● Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara RM55 hingga RM65 kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan Jabatan.
● Lebih RM1.8 bilion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
LPPSA akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun.
● Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan diperluas dan dipermudah. Kadar Bantuan Sara Hidup untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan.
● Kerajaan akan menganjurkan Anugerah Perkhidmatan Awam MADANI sebagai tanda pengiktirafan dengan pemberian ganjaran yang sewajarnya.
● Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada semua pesara kerajaan, diberi pada Februari 2025.
● Menteri-menteri serta lantikan politik terus membuat pemotongan 20 peratus gaji, Perdana Menteri tidak akan menerima gaji.
Menteri Kewangan II (MK2) mengesahkan dalam Dewan Rakyat semalam bahawa dana sejumlah RM27.17 bilion telah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam akaun Amanah 1MDB (AAMKA) setakat akhir September 2024.
Ini adalah berbeza dengan jumlah RM29.03 bilion setakat Februari 2024 dan jumlah RM31.2 bilion yang dikira saya setakat ini dengan banyak lagi kes penyelesaian 1MDB yang sedang dirunding.
Perbezaan antara jumlah RM27.17 bilion dan RM31.2 bilion ini mungkin berpunca dari:
1. pengumuman MK2 ialah untuk dana yang telah sah diterima dan telah masuk ke dalam akaun AAMKA. Mungkin ada dana dari penyelesaian kes 1MDB sepert denda Pejabat Peguam Negara yang tidak masuk ke akaun AAMKA tetapi disalurkan kepada penerima lain dalam kerajaan.
2. masih ada dana penyelesaian yang telah diumum kerajaan tetapi belum lagi masuk akaun AAMKA.
Apa pun, tak kira RM27.17 bilion atau RM31.2 bilion ianya sudah jauh melebihi jumlah dana US$4.5 bilion (RM13.5 bilion masa itu) yang disyaki telah diseleweng dari 1MDB.
Yang kelakarnya ialah Najib yang dikatakan curi tetapi pihak-pihak lain yang bayar antara RM27.17b hingga RM31.2b pula?
(Negara sebenarnya dapat balik US$7.5 bilion sebelum akhir Dis 2020 sekiranya perjanjian penyelesaian dengan IPIC dibuat tahun 2017 bawah kerajaan Najib diteruskan dan tidak dibatalkan kerajaan PH1.0 selepas PRU14. Sehingga kini, kerajaan masih tidak berani dedahkan perjanjian penyelesaian asal tersebut)
Sekali lagi, ini membuktikan bahawa negara tidak rugi dengan 1MDB tetapi bakal untung besar dari 1MDB.
MK2 juga umum bahawa baki dana dalam akaun AAMKA setakat akhir September 2024 adalah RM3.04 bilion - iaitu masih kurang dari baki hutang 1MDB sebanyak RM5 billion.
Tetapi setelah dana-dana penyelesaian lain seperti diumum kerajaan setakat ini masuk ke akaun AAMKA maka baki AAMKA dijanka naik ke RM8.118 bilion - jauh melebihi baki pinjaman 1MDB RM5 bilion.
Seperti dalam posting saya sebelum ini, dana dari akaun AAMKA bukan sahaja digunakan untuk lunas hutang 1MDB tetapi telah digunakan untuk bayar pinjaman lain berkait Kementerian Kewangan termasuk membayar hutang syarikat Sentuhan Budiman Sdn Bhd dan Syarikat Hartanah Mampan Sdn Bhd milik MOF juga yang berperanan membeli kepentingan 51% dalam bangunan Exchange 106 dan terlibat dalam tanah kerajaan seluas 55.79 ekar di Kuala Lumpur.
Belum lagi sebut baki aset-aset 1MDB seperti projek TRX RM40b, projek Bandar Malaysia RM140b (nilai tanah sahaja sudah cecah RM9 bilion), tanah Pulau Pinang RM2b, tanah Pulau Indah RM400 juta dan jumlah melebihi RM6 bilion yang telah dibelanja oleh 1MDB untuk bina dan naik taraf 8 pangkalan pasukan keselamatan termasuk pangkalan udara Sendayan dan terowong bawah Kuala Lumpur 5km.
Jadi, sesiapa yang kata 1MDB rugikan negara patut ditegur sebab 1MDB telah UNTUNGKAN NEGARA - bukan rugikan negara.
Perkara ini saya sebut depan muka Menteri Ekonomi dalam podcast hari itu dan dia langsung tak sangkal tetapi malu untuk sahkan.
KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk prosiding bagi mendapatkan maklumat lanjut komitmen jaminan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Turut dipanggil ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung Pengurusan Akaun Belum Terima (ABT) yang berada di bawah Lembaga ini.
Prosiding bagi kedua-dua isu ini akan ditetapkan pada bulan November ini, kata Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Pagi tadi, Ketua Audit Negara, atuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah memberikan taklimat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini berhubung Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 – Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023.
Taklimat ini bermula pada pukul 11.30 pagi dan telah berlangsung selama dua jam.
“Antara perkara yang menarik perhatian PAC dalam taklimat pada hari ini adalah ABT dan komitmen jaminan 1MDB,” katanya.
Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 mengesyorkan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan aset berkaitan syarikat 1MDB dan SRC International Sdn Bhd daripada pelbagai pihak, sama ada dari dalam dan luar negara.
Menurut laporan itu, dana berkenaan bagi menampung perbelanjaan balik hutang syarikat 1MDB dan SRC serta perbelanjaan hutang lain memandangkan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA) akan ditutup selewat-lewatnya pada 2028, seperti yang ditetapkan dalam Arahan Amanah AAMKA.
Kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan geran berjumlah RM39.737 bilion kepada syarikat 1MDB bagi tempoh 2019 hingga 2023 untuk tujuan pelunasan prinsipal dan perbelanjaan lain termasuk faedah bon serta bayaran kupon.
Selain pelunasan berkenaan, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan berjumlah RM9.456 bilion yang terdiri daripada sejumlah RM5 bilion bagi prinsipal Sukuk Islamic Medium Tern Notes (IMTN) yang akan matang pada 27 Mei 2039 dan RM4.456 bilion bagi bayaran kupon IMTN bagi tempoh 2024 sehingga 2039 (15 tahun enam bulan.)
Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 3/2024 itu, Kerajaan Persekutuan sudah mula melaporkan Komitmen Jaminan terhadap pinjaman syarikat 1MDB sebanyak RM32.208 bilion (2017: RM31.651 bilion) dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2018.
Pelaporan dalam penyata kewangan berkenaan adalah berbangkit daripada ‘Letter of Support’ dan ‘Settlement Agreement’ pinjaman syarikat 1MDB oleh Kerajaan Persekutuan.
Kedudukan baki Komitmen Jaminan syarikat 1MDB bagi tempoh lima tahun daripada 2019 hingga 2023 menunjukkan penurunan berikutan penyaluran geran oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pelunasan pinjaman syarikat 1MDB, katanya.
Menurut laporan tersebut, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun dengan unjuran sebanyak RM4.456 bilion daripada 2024 sehingga tempoh matang pada 2039. – MalaysiaGazette