Rabu, 10 Ogos 2022

Koleksi Resepi:Tapai Pulut

 TAPAI PULUT



1kg beras pulut

1 biji ragi

1 sudu gula (ini petua tapai rasa manis dan tidak masam)

Daun pisang secukupnya atau bekas kecil


1. Basuh beras pulut hingga betul2 bersih dan rendam selama 2 jam.


2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut hingga benar2 masak. Jika pulut masih keras, renjis air hingga rata dan terbalikkan pulut. Kukus lagi hingga lembut.


3. Bila pulut sudah masak angkat ratakan pulut di dalam dulang dan biarkan sejuk.


4. Tumbuk ragi dan gula. Ini adalah petua untuk buat tapai rasa manis dan tidak masam.


5. Tabur ragi di atas permukaan pulut yang telah disejukkan menggunakan penapis teh. Pastikan ragi ditabur rata.


6. Kacau atau gaul pulut tadi supaya mesra bersama ragi.


7. Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan ke dalam bekas2 kecil.


8. Bila sudah siap semuanya letak tapai tadi dalam periuk atau bekas besar dan disimpan di tempat gelap seperti dalam kabinet dapur.


9. Peram selama 2 hari sebelum dibuka. Jika tapai sudah masak (lembik dan berair) maksudnya tapai sedap sudah sedia untuk dinikmati.


10. Jika ragi cepat menapai biasanya tidak sampai 2 hari sudah boleh dimakan.


Resepi & foto : Rozie Mnor

Related Posts:

  • Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, PahangBahan-Bahan-1 ekor ikan patin-1 senduk tempoyak-1 ikat daun kesum-1 batang bunga kantan-7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler-1 inci kunyit hidup-Air-Garam-GulaCara Memasak- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh In… Read More
  • Koleksi Resepi:Kuih Seri Muka Bahan Lapisan Bawah-3 cawan beras pulut - rendam 1 - 2 jam -1 sudu kecil garam-3 cawan santan cair fresh (boleh guna santan pekat kotak yang dicampur air)-2 sudu teh minyak masakCara membuatnya..#1. angkat dan tosk… Read More
  • Koleksi Resepi:Daging Sambal Tempoyak GorengBahan-bahan:-½ kg Daging Lembu- 2 biji Bawang Putih (ditumbuk) -5 biji Bawng Merah (ditumbuk)- Cili Api - ikut suka nak pedas atau tak )tumbuk kasar) -Tempoyak 1 Senduk -Kacang Botol -Minyak Masak untuk me… Read More
  • Koleksi Resepi:Kailan Ikan Masin dan UdangBahan-bahan:1) Sayur kailan-dipotong2) 5 ekor udang - buang kulit3) 1 keping ikan tenggiri jeruk - potong kecil4) 1 sk air dari botol ikan masin jeruk5) 1 biji bawang besar- dimayang bulat6) 1 inci halia-diketuk7) 3 ulas bawa… Read More
  • Koleksi Resepi:Kukkra Curry Abg ipar saya org Nepal..dia ada ajar saya msk kari yg berasal dr negaranye.nama mskkan tu Kukkra Curry atau kita pggil kari ayam😁.Memang sdap, sbb kari diorg ni lain dr yg lain dan x pakai santan😃. kari ni bkn mkn dg… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan