Khamis, 11 Ogos 2022

Isu LCS: Siasatan ke atas beberapa individu sudah lengkap

 KAPAL Tempur Pesisir sewaktu upacara penamaan dan pelancaran di dermaga Boustead Naval Shipyard, pangkalan TLDM Lumut, pada 24 Ogos 2017. FOTO arkib NSTP

KAPAL Tempur Pesisir sewaktu upacara penamaan dan pelancaran di dermaga Boustead Naval Shipyard, pangkalan TLDM Lumut, pada 24 Ogos 2017. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, kertas siasatan tersebut sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu.

"Seterusnya, SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan berkenaan," katanya.

Jemaah Menteri semalam menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan berhubung isu LCS.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, perkara berkenaan yang dibincangkan secara terperinci pada Mesyuarat Jemaah Menteri semalam turut meminta Peguam Negara agar membuat pendakwaan sekiranya terdapat bukti kukuh serta membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Khamis lalu, PAC mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 November 2020 mendapati tiada satu kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima kapal seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.

-myMetro 

0 ulasan:

Catat Ulasan