Solat Jumaat pertama selepas 86 tahun semalam kembali di Hagia Sophia, masjid ikonik Turki di Istanbul.
Ia berlangsung selepas republik itu menukar kembali status bangunan 1,500 tahun itu daripada muzium kepada masjid.
Presiden Recep Tayyip Erdogan turut hadir dalam acara itu,lapor Al Jazeera.
Pihak berkuasa agama berkata kira-kira 700 hingga 1,000 jemaah dapat menunaikan sembahyang Jumaat dengan mengambil kira penjarakan sosial satu meter bagi membendung Covid-19. Ketika solat,lantai Hagia Sophia ditutup dengan permaidani manakala silingnya yang memaparkan gambar salib, Nabi Isa dan Mariam seperti kepercayaan Kristian ditutup seketika.
Tapak bersejarah Unesco itu dibina kerana era empayar Byzantine. Ia ditukar pertama kali kepada masjid selepas ditawan kerajaan Islam Usmaniah pada 1453.
Pengasas Turki moden Mustafa Kmal Ataturk yang terkenal dengan pendirian sekularnya kemudian Hagia Sophia kepada muzium pada 1934.
Rakaman aksi seekor helang menjunam menangkap ikan di air Seorang jurugambar Chen Chengguang berjaya menangkap beberapa gambar aksi seeokor burung helang tiram yang sedang menjunam dari atas udara menuju ke air untuk memburu ikan yang merupakan makanannya.Gambar ini adalah has…Read More
Kenali Kehidupan ikan pemancing(anglerfish) dilaut dalam Ikan pemancing (anglerfish) cukup dikenali sebagai ikan yang tinggal di laut dalam. Tapi realitinya ikan pemancing hidup di pelbagai zon pelagik, dari kedalaman 200 meter hinggalah zon sedalam 1,800 meter.Ia dipanggil i…Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan