Home »
Politik
» ARAHAN MENTERI KOMUNIKASI TAK MUNASABAH, LANGKAH KE BELAKANG
Saya ambil maklum kenyataan terkini Menteri Komunikasi & Multimedia di Dewan Rakyat mengenai rencana kerajaan terkait penerbitan video dan filem.
Rakyat tertanya mengapa langkah ini diambil, sehinggakan arahan yang dimaklum Menteri itu terlalu umum sehingga ia akan mengesankan mereka yang menggunakan media sosial, termasuk pelantar YouTube, TikTok, Instagram, dan lain-lain.
Perkembangan ini membimbangkan, tatkala serangan dan gangguan ke atas media termasuk Al-Jazeera terus berlaku sejak kerajaan ini tertubuh Mac lalu.
Ternyata kerajaan mahukan semua pihak, tidak kira samada ahli politik, mahu pun penggiat media sosial akan dikenakan tindakan atas pelanggaran sesuatu kandungan yang mungkin tidak cocok dengan pandangan kerajaan.
Arahan tidak munasabah ini adalah langkah kebelakang. Dalam masa yang sama pula, kerajaan percaya ia akan terus mendukung kebebasan bersuara. Apakah masuk akal?
Perlu diingatkan di sini bahawa kerajaan Pakatan Harapan yang lalu telah berjaya melonjakkan tahap kebebasan media ke satu tahap yang bukan sahaja menaikkan imej negara, malah telah memberi keyakinan kepada pemerhati dan pelabur asing.
Dengan rencana terkini ini, kerajaan akan memadam usaha dan upaya kerajaan lalu sekaligus menginjak tatanan dan demokrasi negara hukum.
Ketua Pembangkang/Presiden PKR
Related Posts:
TUN CUBA MEMALITKAN IMEJ NEGATIF PADA AHLI PARLIMEN BERSATU TUN DR Mahathir cuba memalitkan imej negatif kepada ahli parlimen Bersatu, kononnya, mereka itu BERSETUJU menyertai PEJUANG, dengan syarat, dibayar gaji RM70,000 sebulan.Dengan gambaran demikian, menunjukkan bahawa ahli… Read More
PRU15: Perikatan 3.0, bukan PN lagi, kata ZahidPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yakin akan berlaku sesuatu kepada parti berkenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti dengan wujudnya Perikatan 3.0 dan bukan lagi Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara, hari… Read More
Dr M cadang MAGERAN ambil alih pentadbiran kerajaan, tawar diri jadi ketua Dr Mahathir Mohamad berkata , Pejuang mencadangkan MAGERAN sebagai penyelesaian kepada krisis ketika ini kerana ia terbukti berkesan dalam menangani permasalahan politik pada 1969.PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad menc… Read More
‘Tiada kawan, musuh kekal dalam politik,” kata Najib mengenai kemungkinan kerjasama dengan Anwar Bekas perdana menteri Najib Razak, yang tidak menolak kemungkinan mengikat kerjasama dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, ‘semua orang perlu menimbangkan semua kemungkinan’.KUALA LUMPUR: Bekas perdana me… Read More
Pas-UMNO ibarat adik-beradik, haram diputuskan.Bersatu Adik beradik sesusu – Takiyuddin Takiyuddin HassanHUBUNGAN antara Pas dan UMNO yang ‘retak menanti belah’ ketika ini disifatkan ‘haram’ diputuskan, sebaliknya perlu diteruskan demi kepentingan agama dan bangsa.Bercakap mengenai soal itu, Setiausaha Agu… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan