Jumaat, 24 Julai 2020

Ajal guru ditimpa pokok


GURU lelaki berusia 50 tahun maut selepas dihempap sebatang pokok di kebunnya di Kampung Masjid Kuala Kuang, Kupang di Baling, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.27 tengah hari sebelum 10 anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menaiki motosikal penduduk kerana jentera tidak boleh masuk ke kebun berkenaan kerana jalan sempit dan berbukit.

"Anggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke tempat kejadian dan mendapati mangsa dihempap sebatang pokok.

"Pasukan perubatan yang turut ke tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, pihaknya menggunakan pengusung bagi membawa turun mangsa dam diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa yang bertugas di Sungai Petani dipercayai pulang ke kampungnya pada setiap minggu untuk mengusahakan kebun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2020 @ 4:01 PM
Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my

#HarianMetro

Related Posts:

  • Fedtri Yahya kemalangan, selesai jalani pembedahan  Fedtri Yahya selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan malam tadi. - Foto Instagram Fedtri Yahya KUALA LUMPUR - Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, selesai menjalani pembedahan akibat … Read More
  • Ajal guru ditimpa pokok GURU lelaki berusia 50 tahun maut selepas dihempap sebatang pokok di kebunnya di Kampung Masjid Kuala Kuang, Kupang di Baling, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penye… Read More
  • Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren  KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan dipandunya dihempap besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, Petaling Jaya, petang Sabtu. Ketua Polis Daerah Pet… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan