Rabu, 29 November 2023
Warkah Penghargaan Buat Briged Al-Qassam Dari Wanita Israel
Ahad, 26 November 2023
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
Rafizi kini merupakan Menteri Ekonomi yang gagal mencari formula untuk membantu Anwar.
Penganalisis melihat kejatuhan ‘rating’ penerimaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang teruk juga disumbang oleh kegagalan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Terdahulu, Merdeka Center dalam kajian terbaharunya mendedahkan tahap kepuasan terhadap Anwar merosot kepada 50 peratus di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat berhubung prestasi ekonomi Malaysia.
Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, berdasarkan tinjauan Merdeka Center, kajian ini boleh menterjemahkan kegagalan menteri yang bertanggungjawab dalam ekonomi apabila rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam pemulihan ekonomi negara.
Beliau berkata, Rafizi yang terkenal dengan pelbagai formula untuk menyelesaikan ekonomi negara sebelum ini telah meletakkan harapan dan tanggapan kepada rakyat bahawa beliau boleh melakukan magik untuk memulihkan ekonomi negara.
“Bagi saya Rafizi dari awal telah duduk di kementerian yang salah. Malah keputusan kerajaan memecahkan kementerian kepada tiga yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi juga terburu-buru iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
“Maka sudah semestinya tidak ada penyelarasan yang baik apabila dasar polisi berkaitan ekonomi dikemudi tiga kementerian berbeza tetapi teras yang sama.
“Justeru saya berpandangan, rombakan Kabinet perlu disegerakan bagi menyusun semula Kabinet dan dilantik Menteri yang sesuai, wibawa dan memahami denyut nadi rakyat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
Semalam, Merdeka Center mendedahkan kajian bahawa hanya 31 peratus pengundi berpandangan negara pada hala tuju betul, manakala 60 peratus berpandangan hala tuju negara ke arah salah.
Isu ekonomi menjadi kebimbangan utama pengundi, dengan 78 peratus menyatakan isu ekonomi menjadi perkara paling utama didepani rakyat hari ini, jelas badan pemikir itu.
Alasan besar (responden yang beranggapan negara menuju ke arah menyimpang) melibatkan isu ekonomi (56 peratus), kestabilan politik (13 peratus), dan kelemahan pentadbiran (9 peratus).
Kaji selidik mencerminkan jangkaan pengundi kepada pihak pentadbiran bagi menjana semula pertumbuhan ekonomi, termasuk menangani kebimbangan berlarutan terhadap inflasi dan pertumbuhan gaji rendah.
Merdeka Center berkata, kaji selidik dilaksana dengan dana sendiri membabitkan 1,200 pengundi merangkumi 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, 7 peratus India, 6 peratus bumiputera Islam, dan 6 peratus bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, mencerminkan profil pengundi negara.
-Agenda Daily
Sabtu, 25 November 2023
B.A.L.A
B.A.L.A.
1. Saudara kita di Filistin diuji dengan kehilangan nyawa, harta benda, kesakitan, kesedihan. Kita di sini diuji dengan pemimpin yang fasik dan iman rakyat negara ini yang lemah dalam kesenangan, kemewahan, dan kemudahan. Masih terlalu selesa dalam hawa nafsu.
2. Mendokong pemimpin dan orang yang mendokong eljibitii yang dilaknati Allah. Lemahnya iman nak pertahankan Islam di tanah air sendiri.
3. Sehingga semudahnya dihina agama 1slam secara terang-terangan di tanah air, kerana hilang rasa gerun musuh 1slam terhadap Islam. Kerana lemah umat Islam itu sendiri.
Barokah dicabut oleh Allah.
4. Rakyat Malaysia perlu muhasabah diri. Kenapa ujian menimpa begitu berat keliling pinggang? Baik dari pemimpin sampai ke rakyat bermasalah.
Di mana kedekatan hubungan hati dengan Allah?
Bagaimana kesempurnaan hubungan diri dengan Allah? Istighfar.
Semuanya serba tidak cukup. Ekonomi merudum. Keperluan serba kurang. Resah gelisah jiwa tak tenang dan isu sakit mental pun meningkat.
Menurut kajian, sedikit sangat orang Islam yang jaga solat 5 waktu dan amalkan baca Quran.
5. Sambut harijadi anak dengan tema 'Witch' iaitu penyihir dan tema 'Hantu' Hellowin. Yang sudah terang nyata lagi bersuluh penyihir itu adalah musuh Islam paling nyata yang wajib diperangi.
Tapi orang kita, sambut dengan takda rasa takut pada Allah.
6. Sambut konsert bersama penyokong eljibitee dan penyokong 1zrahell. Tak takut ke dengan laknat Allah menimpa diri kerana menyokong mereka dan keluar duit pergi konsert mereka?
7. Menyokong logo berunsur kesyirikan. Begitu mudah tergelincir iman dan akidah kerana terlalu menurutkan hawa nafsu dalam kejahilan dan kebodohan ilmu agama. Pantang ditegur pasti ada saja jawapan akalnya.
8. Melamar teman wanita dalam konsert penyokong eljibitee. Siap pakaikan cincin dalam konsert. Tayangan video lamaran satu dunia menontonnya. Tak rasa takut dengan kemurkaan Allah dan azab Allah.
Tak mahu ulas panjang lebar lagi. Dada rasa begitu berat dengan isu akidah umat Islam di tanah air.
9. Ramai anak muda, ikut sama terjerumus dalam tipudaya musuh 1slam. Menjadi golongan orang fasik dan ingkar kerana jarang-jarang buka al-Quran sebagai usaha ikhtiar asbab untuk menerima cahaya hidayah petunjuk dari Allah di dalamnya.
10. Mungkin juga kerana tiada guru rohani yang membimbing dan jahil mentaati agama secara membuta tuli. Takda usaha mendalami agama. Melainkan mendalami ilmu duniawi untuk kerjaya sahaja.
11. Barokah dicabut oleh Allah dalam hati orang Islam. Sedang di benua Eropah dan Amerika, cahaya 1slam semakin bangkit.
Di tanah air ini, lain pula kisahnya. Menyedihkan. Sangat-sangat.
12. Tertutup mata hati seluruhnya dari melihat kebenaran. Masih lalai dan leka walaupun melihat situasi bumi berkah Filistin sekarang.
13. Apabila bala Allah turun, semua yang berhampiran kena. Berhati-hatilah.
14. Bala paling besar adalah apabila Allah menutup pintu hati orang Islam dari mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah yang benar. Berpaling dari kebenaran lalu terjerumus ke dalam kefasikan dan syirik yang jelas nyata. Rosak iman, musnah kehidupan.
15. Giliran sebahagian dari mereka di Filistin dah hampir selesai. Sudah ramai yang syahid.
16. Apabila tiba masanya nanti, kita pula akan diuji iman dengan kesanggupan mengorbankan nyawa diri dan keluarga, berkorban wang ringgit dan harta benda, kehidupan demi perjuangan j1had untuk Islam.
Adakah diri sudah bersedia?
Persiaplah iman. Biasa-biasakanlah berkorban diri, harta benda di jalan j1had.
Masa itu dah tak lama.
.
.
.
Tunggulah sehingga selepas 26 Disember dan sambutan tahun baru. Ujian iman semakin berat memasuki tahun 2024.
.
.
Haseena Syaakira
24 November 2023
2.55 pagi
#PerangiSihir #HaqqulYaqin
#taqwajourney
.
.
.
Credit:FB Haseena Syaakira
Ahad, 12 November 2023
Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani:Mujahid di bumi Palestin pencinta Hadis Sahih Al-Bukhari
Medan ribat tanah suci dan Sahih al-Bukhari.
Lelaki ini merupakan Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani. Beliau ini bukan sahaja seorang mujahid di bumi Palestin, bahkan alim muhaddith yang juga merupakan pemimpin Haمaس. Ketika hayatnya, di samping sibuk dengan urusan Jاhaد, beliau juga sibuk berkhidmat kepada ilmu hadis, terutamanya kitab Sahih al-Bukhari. Di antara kitab yang ditulis beliau mengenainya ialah:
1. al-Imām al-Yūnīnī wa juhūdu fī dhabti sahih al-Imām al-Bukhāri.
2. as-Sahihān, asānīduhuma wa nusakhuhuma wa makhtūtōhuma wa toba'ātuhuma.
3. al-Hadīs an-Nabawi as-Syarīf. Beliau mensyarahkan 9 hadis kitab al-Fitan dan kitab al-I'tisam bil-kitab was-Sunnah daripada Sahih al-Bukhari.
4. al-Imām al-Bukhāri wa kitābuhu as-sahīh. Kajian empirikal berkenaan syarat-syarat dan manahij. Kitab ini tidak sempat diselesaikan.
5. as-Syurūh al-Hadithiyyah mundhu 'ahd an-Nabi saw ilā nihayah al-qarn ar-rābi'. Hampir kebanyakan kandungannya ditulis oleh beliau.
Sheikh Nizar Rayyan ketikamana mendekam di penjara Ziهniس, kitab Sahih al-Bukhari akan selalu bersama beliau. Beliau menghiburkan hati dan menghilangkan kesedihan melalui kitab tersebut. Bahkan, beliau telah menghidupkan pembacaan kitab Sahih al-Bukhari di tempat yang amat nadir sekali pembacaannya diadakan, iaitu tempat-tempat para mujahid bersiap siaga di medan perbatasan dan medan hadapan pertempuran.
Hinggakan beliau menulis sebuah risalah berjudul; ذكر من عقد مجالس الإملاء والتحديث في الثغور من المحدثين (Lampiran berkenaan para muhaddith yang mengadakan majlis penulisan dan periwayatan hadith di medan hadapan perbatasan).
Pernah sekali beliau ditanya mengenai malam yang paling indah beliau lalui sewaktu di medan hadapan, beliau menjawab:
Malam tersebut merupakan malam yang aku berjaga-jaga di perbatasan bersama sang ketua, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan Dr Ibrahim al-Maqadimah - kami mengira mereka sebagai para syuhada dan kami tidak mensucikan sesiapapun di hadapan Allah -. Aku membawa bersama Sahih al-Bukhari pada malam itu, dan aku bacakan kepada mereka kitab al-Jاhaد.
Begitu juga beliau telah mengadakan majlis periwayatan Sahih al-Bukhari yang amat jarang sekali dilakukan sepanjang sejarah sunnah nabawiah, iaitu beliau mengadakan majlis imlā’ sahih al-Bukhari bersama-sama 4 orang isteri beliau.
Allah kemudiannya telah mentakdirkan pengakhiran hidup mujahid dan muhaddith ini di jalan-Nya apabila rumah yang beliau diami di pinggir Gaza telah dibom oleh roket Ziهniس pada hari Khamis bulan Muharram tahun 1430 hijrah (2009). Namun beliau tidak keseorangan, akan tetapi perjalanan ke negeri abadi turut ditemani bersama kesemua isteri beliau yang telah setia bersama beliau sepanjang liku-liku perjalanan ilmu dan Jاhaد, serta beberapa orang anak beliau.
Semoga Allah rahmati mereka, dan menempatkan mereka di syurga.
Sumber: Ināratul Masābih li-Qāri al-Jami' as-Sahīh oleh Sheikh Muhammad Wāel al-Hanbali hafizahullah.
Credit: Facebook
Sabtu, 4 November 2023
Israel hancurkan Gaza: Angelina Jolie kecam pemimpin dunia
Israel hancurkan Gaza: Angelina Jolie kecam pemimpin dunia
LOS ANGELES, California: Pelakon tersohor Hollywood, Angelina Jolie mengecam pemimpin-pemimpin dunia kerana keengganan mereka bersatu menuntut gencatan senjata kedua-dua Israel dan Hamas yang terbabit dalam konflik di Gaza ketika ini.
“Dengan enggan menuntut gencatan senjata kemanusiaan dan menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menuntutnya (genjatan senjata) kepada kedua-dua pihak (Israel dan Hamas), pemimpin-pemimpin dunia terlibat dalam jenayah ini!” tegas Jolie dalam hantaran Instagramnya, @angelinajolie yang dimuatnaik pada hari ini, Khamis (2 Nov).
“Sementara dunia memerhati dan dengan sokongan aktif banyak kerajaan, jutaan orang awam Palestin – kanak-kanak, wanita, keluarga mereka sedang dihukum secara kolektif dan tidak berperikemanusiaan (oleh Israel), sementara mereka menghadapi masalah kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
“40 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh keluarga mereka dibunuh,” tambah Jolie, 48, yang memuatnaik foto kemusnahan teruk di Kem Pelarian Jabalia yang dibom tentera Zionis Israel dua hari berturut-turut mengorbankan ratusan nyawa.
“Ini adalah pengeboman yang disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.
“Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan pantas menjadi kubur besar,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/11/2023
Sabtu, 28 Oktober 2023
HAMAS dari sudut si zionis kafir. Agamawan baruanya?
لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين
“Akan sentiasa ada di kalangan umatku yang bangkit menegakkan agama,”
Kalian tegas menentang Zionis, membenarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W:
لعدوهم قاهرين
“Terhadap musuh, mereka tegas menentang,”
Kalian tak patah semangat walau saudara seakidah di sekeliling tak bersama kalian. Persis ungkapan Rasulullah S.A.W:
لا يضرهم من خالفهم
“Tak terkesan dengan pihak yang meninggalkan mereka sendirian,”
Kalianlah wahai pemimpin Gaza, pejuang sejati Baitulmaqdis. Apabila para Sahabat bertanya siapakah mereka, Baginda S.A.W menjawab:
ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
“Mereka berada di Baitulmaqdis dan serambi Baitulmaqdis.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Salam al-Aqsa,
ALANG IBN SHUKRIMUN
11 Rabiul Akhir 1445
26 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 26/10/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: HAMAS dari sudut si zionis kafir. Agamawan baruanya?
Lihat komen ini..
(i) Sudah hampir dua minggu sejak bermulanya misi Taufan Al Aqsa yang dilancarkan oleh tentera pembebas Palestin Hamas, dengan melakukan serangan secara terbuka dan berstrategik ke atas negara haram Israel.
Serangan kali ini tampak lebih gagah perkasa berbanding siri perang sebelumnya di samping mendapat bantuan daripada negara-negara Islam luar seperti Iran dan Lubnan dalam misi membebaskan rakyat Palestin dari kezaliman dan cengkaman Israel.
Sebagai umat yang beriman dengan Islam, pembebasan Al Quds merupakan janji Allah sebelum tibanya hari kehancuran dunia atau lebih dikenali sebagai Hari Kiamat. Dengan siri-siri serangan yang berjaya mengoncangkan tentera zionis menjadi tidak keruan dan kelam kabut, maka tidak mustahil taufan ini menjadi perintis terhadap janji Allah yang telah dikhabarkan oleh baginda Rasul SAW berkurun lamanya dahulu.
(ii) K'jaan DAP madani macam cicak?
Di KL, tindakan menafikan hak pemberian kewangan kepada kerajaan negeri boleh dianggap sebagai tindakan mensabotaj amalan dan semangat faderalisme.
Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berkata, lebih teruk lagi jika tindakan tersebut berdasarkan dendam kebencian politik yang keterlaluan.
Singkat suntingan, akhirnya beliau bimbang kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seperti cicak, iaitu meninggalkan ekor di belakang, hanya membawa kepala dan tubuh.
Entah-entah kepalanya sudah penyet terkepit pintu DAPmadani. Yang bunyi bising itu ialah ekornya yang terkodek-kodek, terlolong-lolong tertinggal dari badan.
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Isnin, 16 Oktober 2023
Sahkah Perkahwinan dengan Menyebut “Aku Terima” Sahaja?
POSTED ON BY DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah sah sebuah perkahwinan ketika akad nikah, pengantin lelaki hanya menjawab “Aku terima” sahaja tanpa menyebutkan perkataan nikah? Hal ini kerana telah viral isu dua artis veteran terkenal telah berkahwin dan melafazkan seperti di atas ketika qabul. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَىٰ
Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan.”
(Surah al-Najm: 45)
Yakni Allah SWT menciptakan setiap daripada makhluk itu termasuklah haiwan, berpasang-pasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, atau jantan dan betina. (Lihat Ruh al-Ma‘ani, 14/68)
Kita sendiri dapat melihat bagaimana sebaik-baik manusia, yakni para rasul dan anbiya’ juga turut mengahwini wanita-wanita dan tidak mengamalkan hidup membujang. Hal ini secara jelas mengangkat martabat perkahwinan itu sendiri sebagai sunnah para rasul dan nabi terdahulu. Ini dirakamkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً ۚ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelum kamu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.”
(Surah al-Ra‘d: 38)
Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:
وَأَخَذْنَ مِنكُم مِّيثَاقًا غَلِيظًا
Maksudnya: “Dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?”
(Surah al-Nisa’: 21)
Oleh yang demikian, seseorang yang melangkahkan kaki dalam alam berumahtangga perlu tahu bahawa Allah SWT tidak mengangkat martabat sesuatu itu melainkan padanya kebaikan serta kelebihan, dan keduanya bergerak seiring dengan tanggungjawab yang wajib digalas oleh setiap pasangan.
Dalam menjawab soalan di atas, para fuqaha menyatakan bahawa suatu pernikahan itu termeterai melalui lafaz ijab dan qabul dengan sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas). Hal ini seperti perkataan seorang wali kepada bakal suami (pengantin lelaki): “زَوَّجْتُكَ ابْنَتِي” (Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku) atau “أَنَكَحْتُكَ” (Aku nikahkan engkau). Kemudian pengantin lelaki itu menjawab: “ قَبِلْتُ نِكَاحَهَا” (Aku terima nikahnya) atau “رَضِيْتُ” (Aku redha) kerana sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas) itu lebih menunjukkan kepada penyabitan dan penegasan, berbeza halnya dengan sighah mustaqbal (kata masa akan datang).
Melainkan di sisi ulama al-Syafi‘iyyah, mereka berpendapat bahawa tidak cukup pengantin lelaki itu hanya mengucapkan: “قَبِلْتُ” (Aku terima) sahaja atau “رَضِيتُ” (Aku redha) sahaja. Bahkan pengantin lelaki mesti mengucapkan: “قَبِلْتُ نِكَاحَهَا” (Aku terima nikahnya) atau “رَضِيتُ نِكَاحَهَا” (Aku redha nikahnya). Sekiranya dia tidak menyebutkan sedemikian, maka tidak sah nikahnya menurut mazhab (pendapat muktamad al-Syafi‘i).
Manakala di sisi jumhur fuqaha’ — al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan satu pendapat al-Syafi‘iyyah — bahawa memadai/cukup pengantin lelaki mengucapkan: “قَبِلْتُ” (Aku terima) atau “رَضِيتُ” (Aku redha) sahaja dan sah pernikahan tersebut dengan sedemikian. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 41/238).
Selain daripada itu, al-Khatib al-Syirbini juga ada menjelaskan, ucapan pengantin lelaki sekadar, “Aku terima,” adalah tidak sah menurut mazhab Syafi‘i (pendapat muktamad) kerana tidak terdapat padanya secara jelas perkataan perkahwinan atau pernikahan, dan niatnya sendiri tidak mencukupi. Manakala menurut satu pendapat lagi yang menyatakan perkahwinan dengan sedemikian itu adalah sah kerana ia kembali kepada apa yang diwajibkan (diucapkan) oleh wali seperti yang dijanjikan secara lafaz (sarih) sebagaimana pendapat yang paling sahih dalam bandingannya iaitu akad jual beli. Akan tetapi menurutnya lagi, terdapat perbezaan antara kedua-duanya, di mana ia dianggap sebagai kinayah dan akad pernikahan tidak sah dengan kinayah berbeza halnya dengan akad jual beli. Namun, ada pendapat menyatakan bahawa perkahwinan tidak boleh terjadi melalui cara ini sama sekali, dan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah sah secara mutlak. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/230).
Sesungguhnya, wacana ilmiah di kalangan para ulama dan cendikiawan Islam adalah amat baik serta membina makrifah serta kefahaman yang lebih mendalam dan meluas. Kami bersetuju bahawa pandangan yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita keluasan fiqh itu sendiri. Inilah yang disebutkan oleh Umar bin ‘Abd al-‘Aziz:
مَا أَحِبُّ أَنَّ أَصْحَابَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَخْتَلِفُونَ، لِأَنَّهُ لَوْ كَانَ قَوْلًا وَاحِدًا لَكَانَ النَّاسُ فِي ضِيقٍ، وَإِنَّهُمْ أَئِمَّةٌ يُقْتَدَى بِهِمْ، فَلَوْ أَخَذَ رَجُلٌ بِقَوْلِ أَحَدِهِمْ كَانَ سِعَةً
Maksudnya: “Aku tidak suka bila sahabat Rasulullah SAW tidak berbeza pandangan, sebab kalaulah ia cuma satu pandangan, maka orang ramai akan berada dalam kesempitan. Sesungguhnya mereka (para sahabat) adalah pemimpin yang menjadi ikutan. Kalaulah seseorang mengambil pandangan salah seorang dari mereka (kerana ada khilaf berlaku), dia akan berada dalam keluasan.” (Lihat al-I‘tisam oleh al-Syatibi, 2/577).
Kesimpulannya
Oleh yang demikian, berbalik kepada soalan yang diajukan, kami berpendapat bahawa ucapan balas/jawab pengantin lelaki, “Aku terima” atau “Aku redha,” sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah. Ini adalah sebagaimana pendapat jumhur ulama serta satu pendapat dalam mazhab Syafi‘i. Hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya, maka jelas ucapan pengantin lelaki itu kembali/merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan. Sekalipun begitu, kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redha nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna.
Walau bagaimanapun, dalam konteks negara kita, Malaysia, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan penganut-penganut beragama Islam berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing. Ini bertepatan dengan kaedah menyebutkan:
حُكْمُ الحَاكِمِ يَرْفَعُ الخِلَافَ
Maksudnya: “Keputusan hakim mengangkat perselisihan.”
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنَا لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil. Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi hamba-hamba-Mu di dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah kami dengan izin-Mu kepada kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk ke arah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki.”

Bertarikh: 16 Oktober 2023 bersamaan 1 Rabiulakhir 1445
Ahad, 8 Oktober 2023
Wajarkah Hamas Menyerang Israel?
Oleh:
Prof Mohd Nazari Ismail,
Pengarah
Pusat Pengajian Palestin Hashim Sani, Universiti Malaya.
8 Oktober 2023
Pada 7 Oktober 2023, Hamas, iaitu gerakan pembebasan Palestin, telah melakukan serangan berani terhadap Israel dan berjaya membunuh ratusan askar Israel serta menculik pulohan yang lain. Mereka juga telah berjaya menghancurkan aset-aset Israel termasuk pengkalan tentera dan balai polis.
Rejim Zionis Israel telah bertindak balas dengan mengebom Gaza. Pengeboman tersebut setakat ini meragut lebih dari 300 nyawa warga Palestin yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak dan wanita. Banyak bangunan, rumah dan pejabat juga hancur musnah akibat pengeboman oleh jet pejuang tentera udara Israel yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.
Mungkin ada dari kalangan rakyat Malaysia berpendapat bahawa kesengsaraan warga Palestin adalah hasil dari tindakan kurang cerdik tentera Hamas di Gaza yang telah melancarkan serangan sebelum itu. Mereka mungkin merasakan semua ini boleh dielakkan jika Hamas `tidak cari pasal menyerang’ Israel.
Sebenarnya, sesiapa yang mempunyai pandangan seperti di atas perlu disedarkan bahawa kefahaman mereka tentang apa yang berlaku di Palestin adalah sangat cetek serta buta sejarah.
Hakikat yang paling penting yang perlu disedari oleh meraka ialah Israel sebenarnya adalah sebuah negara haram. Seperti yang diterangkan oleh seorang pakar sejarah berbangsa Yahudi dari Israel sendiri yang bernama Prof Ilan Pappe dalam bukunya yang masyhur `The Ethnic Cleansing of Palestine’, kewujudan Israel pada tahun 1948 adalah hasil dari tindakan kumpulan Yahudi Zionis yang telah datang dari Eropah ke bumi Palestin pada awal kurun ke 20 dan seterusnya telah melakukan tindakan penghapusan etnik (ethnic cleansing) yang melibatkan jenayah pembunuhan beramai-ramai (massacre) serta penghalauan penduduk Palestin dari kampong halaman mereka (expulsion).
Akibat dari tindakan tersebut lebih dari 750 ribu penduduk Palestin telah menjadi pelarian dan tidak dibenarkan pulang ke tanah air mereka sehingga sekarang, walaupun ini adalah hak mereka di bawah Resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan pada tahun 1948 lagi.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan penjenayah Zionis ini terus mengganas dan pada tahun 1967 telah merampas Tebing Barat dan Timur Baitul Maqdis, termasuk termasuk Masjid Al Aqsa.
Walaupun masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf wilayah Tebing Barat sebagai sebahagian dari Israel, namun kerajaan Israel terus membuka penempatan atau bandar-bandar untuk orang Yahudi sahaja di atas tanah-tanah yang dirampas dari warga Palestin. Bahkan banyak kebun-kebun zaiton warga Palestin juga telah dirampas oleh pendatang Yahudi Zionis dengan bantuan tentera Israel.
Sebahagian besar Tebing Barat sekarang (dipanggil Area C) adalah di bawah kuasa penuh tentera Israel. Ini membenarkan mereka mengawal pergerakan rakyat Palestin dengan mewujudkan ratusan sekatan jalanraya. Warga Palestin dihalang dan disekat dari bergerak bebas di dalam negara mereka sendiri sama ada untuk berkerja, mengusahakan kebun zaiton mereka, untuk ke sekolah atau hospital atau untuk melawat ahli keluarga.
Semenjak terlantiknya Benjamin Netanyahu sekali lagi sebagai perdana menteri pada bulan Disember 2022 dengan sokongan puak-puak pelampau Zionis, kerajaan Israel semakin tidak segan untuk mendedahkan agenda sebenar mereka semenjak penubuhan negara haram Israel. Agenda tersebut ialah memastikan kesemua wilayah Palestin, termasuk Tebing Barat serta Baitul Maqdis Timur adalah seratus peratus di bawah kawalan mereka. Penduduk Palestin di Tebing Barat akan dihalau keluar dan tanah mereka akan diambil alih oleh peneroka-peneroka haram Yahudi.
Sebelum ini, mereka juga telah merampas rumah puluhan warga Palestin di sebuah daerah bernama Sheikh Jarrah di Baitul Maqdis Timur bersebelahan dengan Masjid Al Aqsa. Mereka juga telah berusaha untuk menghalau warga Palestin dari melakukan iktikaf di Masjid Al Aqsa pada bulan Ramadan dan sebaliknya membenarkan kumpulan ekstrimis Zionis mengadakan sambutan `Jerusalem Day’ iaitu upacara tahunan memperingati kejayaan mereka merampas Baitul Maqdis dari milik rakyat Palestin. Beberapa orang pemimpin Israel juga telah mendedahkan rancangan mereka untuk merobohkan masjid AlAqsa dan digantikan dengan sebuah kuil Yahudi yang dipanggil Haikal Sulaiman.
Semenanjung Gaza pula dikepung oleh mereka seperti sebuah penjara. Tujuan dilakukan demikian ialah supaya penduduk berjumlah lebih dari 2 juta di dalam kawasan itu akur dengan kehendak mereka iaitu tidak menentang mereka langsung. Akibatnya hak asasi warga Palestin dicabul dengan sewenang-wenangnya di bumi mereka sendiri.
Dalam erti kata yang lain, kumpulan penjenayah Zionis ini tidak akan berhenti dari melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap warga Palestin sehingga kesemua bumi Palestin adalah di dalam milik mereka dan warga Palestin kesemuanya dihalau keluar dan identiti Palestin dihapuskan sama sekali.
Dalam suasana tersebut, sebenarnya warga Palestin tidak mempunyai banyak pilihan. Sama ada mereka berpindah ke negara lain, atau hidup sebagai manusia yang dihinakan dibumi mereka sendiri dan akhirnya identiti mereka dilenyapkan terus.
Namun, alhamdulillah masih wujud dari kalangan masyarakat Palestin yang mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Mereka tidak akan tunduk kepada usaha penjajah asing untuk terus merampas kesemua tanah mereka serta mencabul hak asasi mereka dan menghina Masjid Al Aqsa yang suci itu.
Yang paling menonjol dari kalangan warga Palestin yang menentang Israel ini ialah kumpulan Hamas. Berbeza dengan kumpulan yang dipimpin oleh Mahmud Abbas yang telah bersetuju untuk menjadi budak suruhan kerajaan Zionis Israel, Hamas dari awal kewujudannya lagi pada tahun 1980an menolak tekanan dari semua pihak untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
Sebaliknya Hamas berpendirian bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka sebagai orang Islam untuk menentang penjajahan negara mereka oleh orang asing dengan apa cara sekali pun, termasuk dengan cara ketenteraan. Perjuangan Hamas untuk membebaskan negara Palestin dari penjajahan oleh pihak Zionis ini adalah dianggap oleh kebanyakan ulamak muktabar sebagai perjuangan jihad yang sah dan terpuji dan jika mereka mati dalam perjuangan tersebut, kematian mereka dianggap `syahid’.
Atas dasar itulah Hamas yang sekarang berpengkalan di Gaza telah memberi amaran kepada Israel supaya menghentikan jenayah zalim tehadap warga Palestin yang semakin hari semakin serius seperti merampas rumah kediaman warga Palestin di daerah Sheikh Jarrah, merampas tanah Palestin di Tebing Barat, membunuh warga Palestin, memenjarakan ribuan warga Palestin, serta mencabul kesucian Masjid Al Aqsa. Namun oleh kerana Israel masih terus melakukan jenayah-jenayah tersebut, Hamas telah tidak mempunyai pilihan selain dari menyerang rejim Zionis Israel dengan menggunakan roket yang mereka bina sendiri dengan tangan-tangan mereka serta melakukan serangan berani mati di wilayah Palestin yang dijajah bersebelahan dengan Gaza dengan cara merobohkan pagar pemisah di antara Israel dan Gaza, serta melalui laut dan udara.
Sudah tentu mereka menyedari risiko bahawa Israel akan menyerang balas dengan ganas dan ramai dari kalangan ahli mereka mungkin akan terkorban. Namun bagi Hamas, ia adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan kerana tanggung jawab menentang musuh yang ingin merampas tanah air mereka dan ingin menghapuskan masyarakat Islam Palestin adalah tanggungjawab mulia yang tidak boleh dikorbankan.
Sebagai rumusan, kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin adalah kensengsaraan yang bukan pilihan mereka sendiri. Ia adalah kesengsaraan yang telah dipaksa ke atas mereka oleh penjenayah Zionis yang datang dari Eropah serta anak-cucu mereka yang sehingga hari ini berusaha untuk menghalau warga Palestin dan menghapuskan saki baki identiti masyarakat Palestin di negara milik mereka. Penjajah yang juga penjenayah dari Eropah ini jelas akan terus melakukan kezaliman terhadap warga Palestin di masa masa akan datang. Yang paling dasyat ialah kezaliman Zionis Israel ini dilakukan dengan bantuan kuasa-kuasa barat, terutama sekali Amerika Syarikat sementara masyarakat dunia hanya terus menonton dan tidak berbuat apa-apa.
Persoalannya ialah apakah reaksi kita semua terhadap jenayah zalim yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang? Adakah kita hanya mahu menjadi penonton yang pasif yang sekadar mengucapkan rasa sedih dengan kejadian yang berlaku atau kita ingin menjadi pembela kepada kumpulan lemah yang dizalimi?
Tepuklah dada dan tanyalah iman kerana hadis Rasulullah SAW berbunyi:
“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(Riwayat Ahmad)
Isnin, 25 September 2023
Misteri:Kisah benar pengalaman berkereta di tengah malam melalui jalan Jemaluang
JANGAN LALU JALAN INI😲😲
Kisah ni dah lama berlaku lbh kurang 3 tahun lalu. Sy pernah post kisah ni dahulu. Tetapi tak mengapalah sy nk kongsi cerita dgn sahabat group PJ.
Sy bercadang dah lama nk bwk ank2 bercuti di Tnjng Leman. Kebetulan pula biras sy tinggal di Felda Tenggaroh 2. Sy dn isteri sngt teruja untuk pergi ke sana. Macam labx de hari lain nk bertolak. Hari dah ptg masa tu sy bertolak dr Segamat. Tiada persediaan langsung tuk bw bekalan mkn dn minum. Namun sy dan isteri serta 3 org ank2 pergi satu kereta. Tiada la sy periksa rapi kereta sbb baru seminggu lbh tukar minyak hitam dan servis. Petang itu kami berrtolak dan telah dimaklumkn kpd biras di Tenggaroh bahawa kami akn smp di sana mlm ini.
Dlm perjalanan tu hujan agak lebat bermula dari Caah hingga ke Air Hitam. Hujan mula reda sedikit setibanya di Kluang. Jam dah pun pukul 7 lbh dah Maghrib. Sempat singgah di satu Surau tuk Solat. Bila ank2 dah ngadu lapar maka kami sekeluarga pun singgah mkn di sebuah warung tepi jln. Ank2 suka mkn ayam, syndn isteri pula mkn ikan siakap 3 rasa. Berbaloi mon disitu sbb mmng sedap masakan dye...
Jam dah pun pukul 9 lbh mlm. Ank perempuan sy pula suruh singgah 7E tah mende perkakas dye nk beli. Sy kata jgn lama2 sbb hr dah lewat ni...
Sebenarnya ini la kali pertama pergi ke Tenggaroh memalam buta. Sblm ni awal pagi bertolak. Dlm kete bkn ada apa2 senjata spt parang @ coloh. Yg ada cuma ' lampu picit ' jer...
Selepas Kahang sepatutnya belok kiri ikut Felda Nita ke Mersing...Itu la kesilapan yg sy lakukn. Sy lalu jln Hutan Jemaluang tepat jam 11 lbh mlm...Tiada kenderaan langsung yg kami jumpa selepas Kahang tadi...Sy pun jadi pelik kenapa tiada langsung kete lain yg lalu sini. Jln bnyk selekoh dan sempit. Di kawasan yg agak tinggi kabus putih menafikn penglihatan jauh...Isteri dn ank2 mula bising kenapa ayah lalu jln ni...? Takut la yah....
Sy menenangkn mereka...Jgn fikir yg bkn2...Kt sini pun ada org Asli tinggal...Cuba tengok kt hutan tu cahaya pelita rumah mereka...Kiri kanan jln boleh nmpk cahaya pelita...Terdengar kata2 sy tadi mereka lega sedikit...
Tetapi bkn sepanjang jln dpt lihat cahaya pelita rumah org2 asli...Seingat sy selepas dari 3 jambatan kecil itu la mula tiada apa2 cahaya pelita yg kelihatan...Nyata kami 5 beranak membelah kesunyian mlm di tengah2 belantara Jemaluang dgn tiadanya rangkaian Maxis dn Celcom...Tel tiada line dah...Masa itu sy bermohon muga Allah melindungi kami sekeluarga supaya selamat dari segala bahaya. Masa tu juga sy menyesal melalui jln yg menyeramkn ini...
Sy memasang rokok sbb dah rasa sikit mengantuk...Ank marah sbb sy kuat merokok...Td masa mkn tiga empat btg rokok sy hisap...
Kini sy melalui jln yg agak lurus dan boleh la laju sedikit...tambahan lg pokok2 pun jarang2 dn nmpk langit dn cahaya Bulan...Sy menenangkn isteri dn ank2 kejap lg kita sampai la ke jln besar...Tiada la sy lupa berpesan kpd ank2 dn isteri agar membaca dlm hati apa2 ayat suci yg boleh ingat terutama ayat Kursi...
Dlm pada sy berpesan itulah sy terlanggar sesuatu yg sy x nmpk langsung apakah bendanya...dentuman kuat membuatkn kereta berpusing dn terbabas...Kereta berhenti didlm semak tepi jln...ada lopak air lg...Nasib baik enjin kereta tak mati dan lampu masih berfungsi...Sy cuba undurkn kereta namun tak bergerak langsung...Bdk2 dah menangis takut...Isteri sy membebel x berenti...Sy rimas dn tak dpt berfikir dlm keadaan panik mcm ni...Tel tiada rangkaian dan tiada langsung kereta lain lalu lalang disitu...
Tetapi dgn tiba2 ramai org mengerumun di luar kereta sy yg masih terperosok dlm semak itu...Entah siapa dtg pun x tahu...Dari mana pun tak tahu...Sy sekeluarga tidaklah berani tuk keluar malah membuka cermin pun tidak samasekali...
Dlm kesamaran mlm itu hanya kami dpt lihat isyarat tangan dari org2 itu semua supaya sy tekan minyak tuk mengundurkn kereta...Mereka yg ada diluar tu lbh kurang 10 org klu x silap tolong menolak kereta hingga berjaya keluar semula dijlnraya...Sy menarik nafas pnjng...Ank2 tak henti2 menangis...cuma isteri sy yg masih terbeliak matanya memandang sy...Sy sergah isteri kenapa awk ni...? Ask buat sy seram la...Isteri sy tanya sy blk...Orang2 tu siapa...? Mana org2 tu tadi...?
Baru la sy sedar org yg ramai2 td telah lenyap tah kemana perginya....Tak sempat kami berterima kasih...Tak sempat kami kenal siapa mereka...
Dgn tak berfikir pnjng sy meneruskn perjlnan dgn x henti2 mengucap...Berpeluh2...dan isteri tak berkelip memandang sy...Alhamdulillah kami akhirnya sampai di Tenggaroh dkt pukul 2 pagi...Sy pesan kpd isteri dn ank2 supaya tidak berkata apa2 ttng hal tadi...Esok boleh la bercakap ttng itu...
Mlm itu sy x dpt tidur memikirkan kisah kami sekeluarga yg dibantu entah siapa di Hutan Jemaluang itu...Sy demam keesokannya...Isteri sy jd pendiam dan x lg membebel mcm biasa...Alhamdulillah ank2 tidak terjadi apa2 dan kami semua sihat walafiat hingga kini....
Itulah pengalaman hidup sy yg x mungkin dpt lupa smp bila2...Apa yg sy pelik ialah kereta tiada langsung kesan kemik @ pecah...Padahal sy terlanggar sesuatu yg besar yg sy langsung x nmpk mlm itu...
JANGAN LALU JLN JEMALUANG LEWAT MALAM...
Terima kasih
Info Oleh Azhar Yusof
Jumaat, 22 September 2023
[VIDEO] Sembilan kampung termasuk Kampung Iboi dilanda banjir

BALING – Sekurang-kurangnya sembilan kampung di daerah ini dilanda banjir akibat hujan lebat di kawasan tersebut pada petang ini.
Kampung yang terjejas adalah Kampung Iboi, Kampung Padang Empang, Kampung Padang Setoi, Kampung Ulu Bakai, Kampung Seputeh, Kampung Malau, Kampung Lubuk Pedati, Kampung Binjul dan Kampung Sungai Tembak.
Kebanyakan rumah penduduk yang terjejas terletak berdekatan sungai.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan penempatan penduduk berhampiran.
“Hasil tinjauan dan pemantauan anggota APM di lapangan mendapati berlakunya banjir kilat di beberapa kampung. Air sungai naik terlalu cepat mengakibatkan rumah penduduk dinaiki air.
“Kita juga melakukan operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir ini,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, air sungai mulai surut dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
“Keadaan cuaca masih hujan renyai di beberapa tempat dan paras air Sungai Ketil dan beberapa sungai lain juga dalam keadaan berjaga-jaga,” ujarnya.
APM menasihatkan orang ramai supaya peka dengan keadaan sekeliling dan menjaga keselamatan anak-anak serta keluarga selain bersedia untuk berpindah jika berlaku kenaikan air di kawasan rumah masing-masing. – KOSMO! ONLINE























