Ahad, 12 November 2023

Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani:Mujahid di bumi Palestin pencinta Hadis Sahih Al-Bukhari

 Medan ribat tanah suci dan Sahih al-Bukhari.

Lelaki ini merupakan Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani. Beliau ini bukan sahaja seorang mujahid di bumi Palestin, bahkan alim muhaddith yang juga merupakan pemimpin Haمaس. Ketika hayatnya, di samping sibuk dengan urusan Jاhaد, beliau juga sibuk berkhidmat kepada ilmu hadis, terutamanya kitab Sahih al-Bukhari. Di antara kitab yang ditulis beliau mengenainya ialah:

1. al-Imām al-Yūnīnī wa juhūdu fī dhabti sahih al-Imām al-Bukhāri.

2. as-Sahihān, asānīduhuma wa nusakhuhuma wa makhtūtōhuma wa toba'ātuhuma.

3. al-Hadīs an-Nabawi as-Syarīf. Beliau mensyarahkan 9 hadis kitab al-Fitan dan kitab al-I'tisam bil-kitab was-Sunnah daripada Sahih al-Bukhari.

4. al-Imām al-Bukhāri wa kitābuhu as-sahīh. Kajian empirikal berkenaan syarat-syarat dan manahij. Kitab ini tidak sempat diselesaikan.

5. as-Syurūh al-Hadithiyyah mundhu 'ahd an-Nabi saw ilā nihayah al-qarn ar-rābi'. Hampir kebanyakan kandungannya ditulis oleh beliau.

Sheikh Nizar Rayyan ketikamana mendekam di penjara Ziهniس, kitab Sahih al-Bukhari akan selalu bersama beliau. Beliau menghiburkan hati dan menghilangkan kesedihan melalui kitab tersebut. Bahkan, beliau telah menghidupkan pembacaan kitab Sahih al-Bukhari di tempat yang amat nadir sekali pembacaannya diadakan, iaitu tempat-tempat para mujahid bersiap siaga di medan perbatasan dan medan hadapan pertempuran.

Hinggakan beliau menulis sebuah risalah berjudul; ذكر من عقد مجالس الإملاء والتحديث في الثغور من المحدثين (Lampiran berkenaan para muhaddith yang mengadakan majlis penulisan dan periwayatan hadith di medan hadapan perbatasan). 

Pernah sekali beliau ditanya mengenai malam yang paling indah beliau lalui sewaktu di medan hadapan, beliau menjawab:

Malam tersebut merupakan malam yang aku berjaga-jaga di perbatasan bersama sang ketua, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan Dr Ibrahim al-Maqadimah - kami mengira mereka sebagai para syuhada dan kami tidak mensucikan sesiapapun di hadapan Allah -. Aku membawa bersama Sahih al-Bukhari pada malam itu, dan aku bacakan kepada mereka kitab al-Jاhaد.

Begitu juga beliau telah mengadakan majlis periwayatan Sahih al-Bukhari yang amat jarang sekali dilakukan sepanjang sejarah sunnah nabawiah, iaitu beliau mengadakan majlis imlā’ sahih al-Bukhari bersama-sama 4 orang isteri beliau.

Allah kemudiannya telah mentakdirkan pengakhiran hidup mujahid dan muhaddith ini di jalan-Nya apabila rumah yang beliau diami di pinggir Gaza telah dibom oleh roket Ziهniس pada hari Khamis bulan Muharram tahun 1430 hijrah (2009). Namun beliau tidak keseorangan, akan tetapi perjalanan ke negeri abadi turut ditemani bersama kesemua isteri beliau yang telah setia bersama beliau sepanjang liku-liku perjalanan ilmu dan Jاhaد, serta beberapa orang anak beliau.

Semoga Allah rahmati mereka, dan menempatkan mereka di syurga.

Sumber: Ināratul Masābih li-Qāri al-Jami' as-Sahīh oleh Sheikh Muhammad Wāel al-Hanbali hafizahullah.

Credit: Facebook 

0 ulasan:

Catat Ulasan