"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Jumaat, 4 September 2020

TAHNIAH ~ Mira Filzah, Emir sah suami isteri

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini, malam tadi.
Anggun menggayakan busana kurung Pahang, Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Emir dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik pada jam 8.58 malam.
Majlis yang dilangsungkan mengikut rutin normal baharu, turut disaksikan ibu pengantin lelaki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dan ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan.
Kira-kira 250 tetamu merangkumi anggota keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan, diundang memeriahkan majlis yang turut disiarkan secara langsung di akaun YouTube TV3.
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
Majlis pernikahan Mira dan Emir berlangsung dalam rutin normal baharu. Foto Ihsan Penganjur
Majlis pernikahan Mira dan Emir berlangsung dalam rutin normal baharu. Foto Ihsan Penganjur
Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin seutas gelang emas dan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pengantin perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Mira ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah bersyukur majlis berlangsung sempurna seperti dirancang.
"Walaupun sudah bergelar isteri, Mira akan terus menyambung karier lakonan seperti biasa.
"Mira ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Mira sehingga hari ini.
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
"Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir," kata pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan.
Majlis resepsi kedua berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang akan dipancarkan secara langsung di TV3.
Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu.
-BH Online

Mahathir akui minta Muhyiddin gugurkan LTTE dari senarai keganasan


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa dia ada menulis surat kepada menteri dalam negeri Muhyiddin Yassin yang meminta agar kumpulan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak lagi diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas.

Walau bagaimanapun, dia menolak surat yang disebarkan pada akhir minggu lalu, yang mendakwa dia menyokong LTTE.

“Saya tak sokong LTTE... masalah itu berlaku kerana Sri Lanka, bukan kita. Tak perlu la kita ambil tindakan macam itu (senarai hitamkan mereka) melainkan dia buat benda-benda tak baik di Malaysia.

“Mungkin dia (mereka) kutip duit tapi zaman dulu pun dia kutip duit juga,” kata Mahathir pada sidang media di Putrajaya, hari ini.



Dalam surat kepada Muhyididn yang ditulis pada 12 Februari, Mahathir berkata bahawa dia tidak melihat alasan untuk LTTE terus disenaraikan sebagai organisasi pengganas sedangkan Sri Lanka tidak lagi berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular surat Tun M dalam cubaan mengeluarkan LTTE dari senarai pengganas.

Tahun lalu 12 orang termasuk dua wakil rakyat DAP ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE.

Pengkritik mempersoalkan keputusan itu, kerana LTTE telah dibubarkan pada 2009 setelah dikalahkan oleh tentera Sri Lanka.

Pertuduhan ke atas 12 mereka itu kemudiannya digugurkan, dan semakan kehakiman untuk mengeluarkan kumpulan itu dari senarai keganasan akan diputuskan pada 17 September ini.

Dalam suratnya, Mahathir juga mempersoalkan mengapa pemimpin Hamas diterima di Malaysia walaupun mereka juga diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas.



Pada sidang akhbarnya hari ini, bekas perdana menteri itu berkata, ini tidak bermaksud bahawa dia secara peribadi menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

“Bukan saya kata Hamas tu terroris, Hamas ditakrif sebagai terroris oleh Amerika Syarikat. Dunia cakap Hamas tu terroris," katanya.

Sebaliknya, Mahathir berkata bahawa dia berkawan dengan pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh.

“Kenapa saya jumpa Hamas punya ketua. Dia kawan dengan saya, takkan saya nak panggil terroris.

“Kita tak perlu cari masalah,” katanya.

-Minda Rakyat

Komen Blog Sensasi:Berbelit-belit atok ni buat statement akhir-akhir ni.Apa dah jadi

Khamis, 3 September 2020

Bekas pengarah JTU Sabah nafi beliau pernah meluluskan permohonan tanah 20,000 ekar kepada Musa Aman

Surat permohonan tanah seluas 20,000 ekar di Tongod yang didakwa dimohon syarikat milik Musa Aman pada 1997 yang tersebar di media sosial.

KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah, Osman Jamal menafikan beliau pernah meluluskan permohonan tanah seluas 20,000 ekar di Tongod kepada sebuah syarikat yang didakwa milik bekas ketua menteri, Musa Aman ketika menjadi pengerusi Yayasan Sabah pada 1997.

Beliau turut menyifatkan dakwaan Corak Nahkoda Sdn Bhd yang memohon tanah itu dimiliki Musa sebagai fitnah.

Katanya, syarikat itu sebenarnya dimiliki 3 dewan perniagaan, iaitu Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah yang diwakili Musa sebagai pengerusi, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun yang diwakili Ajit Galun serta Dewan Perniagaan Cina Sabah yang diwakili Mohamad Sari Tan Anuar.

“Untuk makluman, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur tidak mempunyai kuasa meluluskan permohonan tanah seluas 20,000 ekar, sebaliknya kuasa sedemikian adalah hak Kabinet negeri.

“Surat yang saya tandatangani juga bukan kelulusan, tetapi arahan pentadbiran memproses permohonan tanah yang lazimnya ditujukan kepada penolong pemungut hasil tanah di daerah berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, surat permohonan tanah seluas 20,000 ekar di Tongod yang didakwa dimohon syarikat milik Musa pada 1997 ketika beliau menjadi pengerusi Yayasan Sabah tersebar di media sosial.

Surat itu turut mendedahkan syarikat yang memohon tanah itu mempunyai 3 pengarah, iaitu Musa, Ajit dan Sari.

Osman berkata, permohonan tanah itu diluluskan kerajaan negeri menerusi Kabinet, dengan geran tanah turut dikeluarkan dan didaftarkan.

Katanya, tanah itu diukur oleh jurukur berlesen yang dilantik Corak Nahkoda Sdn Bhd dan semua tanah adat penduduk kampung sudah dikeluarkan daripada kawasan syarikat terbabit.

Beliau yang juga Adun Balung berkata, Musa tidak pernah marah atau cemburu dengan tindakan Ketua Menteri, Shafie Apdal mengeluarkan geran tanah kepada penduduk kampung.

“Apa yang dibangkitkan Musa dan pihak pembangkang adalah teguran kerana Shafie mengaku dan mengelirukan rakyat bahawa semua itu adalah hasil usaha kerajaan Warisan.

“Kerajaan Warisan sekali lagi berbohong dan mengaku kononnya merekalah yang prihatin terhadap nasib penduduk kampung dalam menyegerakan pengeluaran geran kepada mereka dalam masa 2 tahun dan menuduh Barisan Nasional yang memerintah selama 23 tahun gagal menangani isu geran.”

Beliau berkata, hakikatnya geran yang diberikan Shafie ialah legasi kerajaan BN di bawah pimpinan Musa menerusi kaedah pemberi milikan tanah terancang “Fast Track” untuk pengeluaran geran komunal di bawah pindaan Seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah pada 2009.

Katanya, kerajaan BN menerusi penubuhan Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (Pantas) pada 2011 mengeluarkan hak milik tanah adat kapada penduduk kampung dan menjalankan pengukuran “sub division” geran komunal di bawah Seksyen 77 Ordinan Tanah untuk penerima yang mahu membangunkan sendiri lot mereka.

“Perbelanjaan untuk kos pengukuran dan pengurusan Pantas dibiayai peruntukan kerajaan persekutuan, oleh itu wajar bagi Musa menegur Shafie yang mendakwa semua geran kepada orang kampung adalah hasil usaha mereka.”-FMT

SASARAN 36 KERUSI PEJUANG – HARAPAN ATAU ANGAN-ANGAN?


Pengasas Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang, Tun Mahathir Mohamad menyasarkan parti itu mampu memenangi 36 daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU15 akan datang.

Menurutnya, walaupun jumlah sasaran kerusi itu kecil, namun ia akan menjadi kuasa penentu kepada gabungan mana yang akan menubuhkan kerajaan.

“Pejuang menyasarkan menang 36 kerusi, kemudian kita boleh menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan.

“Kami adalah parti bebas dan tidak terikat dengan sesiapa. Kami tidak fikir mana-mana dua gabungan boleh menang untuk menubuhkan kerajaan.

“Jika kita boleh menang 36 kerusi Parlimen, kita memiliki kuasa untuk menyertai mana-mana gabungan,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata, jika ada parti yang mahukan sokongan Pejuang, mereka perlu akur kepada syarat ditetapkan.

“Kita sudah ada senarai lebih 18 Ahli Parlimen secara asasnya di Sabah dan Sarawak, mereka bukan Pejuang tetapi friendly (mesra) dengan kita dan percaya dengan prinsip kita.

“Jadi kami akan bekerjasama dengan mereka dan berharap di Semenanjung juga, akan ada rakyat yang menyokong kita,” katanya lagi.

Kesimpulannya dalam PRU akan datang, Pejuang tidak akan menyertai PH dan tidak juga akan bersama PN.

Sebaliknya, Pejuang akan bertanding bersendirian untuk mencapai matlamat memenangi 36 kerusi Parlimen agar boleh menjadi kuasa penentu kepada pihak yang ingin menubuhkan kerajaan.

Rasionalkah 36 kerusi itu?

Dahulu, ketika Bersatu bersama PH dalam PRU14, berapa jumlah kerusi yang mampu dimenangi?

Bukankah hanya 13 kerusi saja?

Jadi, di mana asasnya dengan bersendian pula Pejuang yakin menang sehingga 36 kerusi dan lebih tinggi berbanding PRU14 lalu dan bersama gabungan yang lebih tersusun?

Apakah Tun Mahathir tidak mengambil iktibar daripada keputusan PRK Slim baru-baru ini?

Ambil saja Langkawi dan Jerlun sebagai contoh, masih bolehkah Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz mengekalkan dua kerusi tersebut dengan hanya Pejuang bertanding bersendirian?

Belum lagi di Sri Gading dan Simpang Renggam yang ada pengundi bukan Melayu yang agak tinggi di sana.

Celah mana Pejuang boleh menang sehingga 36 kerusi Parlimen?

Ia suatu harapan atau angan-angan?

(Shahbudindotcom 03/09/2020)

Parti Syed Saddiq tidak akan berjaya, kata Mahathir


Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad mendakwa langkah anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman untuk menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda, tidak akan berjaya.

Menurut bekas perdana menteri itu, model yang dibawa Syed Saddiq itu tidak sesuai.

“Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia mahu menubuhkan parti baru.

“Di mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga.

“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukan dengan sendiri.

“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) dan kini dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” katanya dalam sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

-Minda Rakyat

Tiga cedera, adegan kejar mengejar polis dan penjenayah



KUANTAN – Tindakan nekad pemandu sebuah kereta dipercayai dicuri lari dari pemeriksaan polis membawa padah apabila kenderaan yang turut dinaiki dua penumpang itu terbabit nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan – Maran berhampiran Kampung Paya Bungor di sini petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6 petang itu, pemandu kereta berusia 32 tahun bersama dua penumpang termasuk seorang wanita masing-masing berusia 23 dan 21 tahun, cedera

Nahas turut melibatkan kenderaan polis jenis Mitsubishi ASX 2.0 dan sebuah lori, namun dua anggota polis terlibat dan pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, sebelum kejadian, dua anggota peronda lebuh raya (EMPV) Bukit Aman sedang melakukan pemeriksaan berhampiran Plaza Tol Seri Jaya, Maran.

Menurutnya, menyedari kehadiran polis, pemandu kereta jenis Proton Satria yang turut dinaiki dua penumpang itu mengelak pemeriksaan apabila memecut kenderaan memasuki Lebuhraya Pantai Timur 1 menghala Ke Kuala Lumpur.

“Anggota polis terlibat mengejar kenderaan tersebut sebelum suspek berpatah balik dengan memandu secara melawan arus dan masuk kembali ke tol Sri Jaya menuju ke Jalan Kuantan – Maran.


“Adegan itu berlaku sehingga memasuki daerah Kuantan hingga simpang Lepar Hilir sebelum kenderaan suspek hilang kawalan dan terbabas melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Kamarulzaman berkata, akibat kejadian, kenderaan suspek berpusing beberapa kali dan turut terlanggar kenderaan polis.

“Pemandu dan dua penumpang kenderaan tersebut yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Jinjang, Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Sebelum ini, video kejadian berdurasi 29 saat tular di laman sosial Facebook selepas dimuat naik dan dikongsi netizen.

Lapuran Kewangan TH Ketua Audit Negara Buktikan Mujahid Tipu, Sila Jawab!!!



Penilaian Ketua Audit Negara Buktikan Pakatan Harapan Meletakkan TH Dalam Bahaya


Selepas lebih setahun tertangguh, akhirnya laporan kewangan 2018 Tabung Haji dapat dibentangkan. 


Seperti yang diduga, dapatan Ketua Audit Negara (KAN) dalam laporan beliau telah membongkar apa yang selama ini disembunyikan oleh Pakatan Harapan dan dipertahankan oleh mantan Menteri Hal Ehwal Agama era Pakatan Harapan, Mujahid Yusof. 

Secara jelas, Lapuran Ketua Audit Negara membuktikan bagaimana dasar-dasar bodoh Pakatan Harapan telah meletakkan Tabung Haji di dalam risiko yang tidak sepatutnya.


Pertama didalam lorekan merah di bawah, jelas Ketua Audit Negara mengatakan bahawa sukuk yang diterima oleh Tabung Haji sebenarnya tiada penarafan, tidak boleh diniagakan, tidak boleh dipindahmilik dan merupakan unsecured zero coupon (berisiko tinggi).


Kedua, pada lorekan hijau pertama, terbukti bahawa keuntungan RM1.6 bilion pada 2018 yang dibangga-banggakan oleh PH sebenarnya bukanlah keuntungan hasil perniagaan normal. 

Sebaliknya RM1.39 bilion datang daripada pindahan aset melalui sukuk UJSB tersebut (keuntungan tidak nyata). 

Maknanya duit tak dapat pun lagi!!!

Keuntungan hasil perniagaan normal (keuntungan nyata) yang telah diperolehi hanyalah RM210 juta. 

Persoalan besar sekarang ini ialah bagaimana tak sebuah institusi yang mempunyai aset sebesar RM70 bilion tetapi hanya mampu menjana RM210 juta melalui perniagaan normal?

Ketiga, ini paling teruk. 


Tengok lorekan hijau kedua. 

Ketua Audit Negara sendiri tidak mampu pastikan bahawa Tabung Haji akan dapat menerima bayaran sukuk tersebut pada masa yang sepatutnya!!!

Apa maksudnya? 

Maksudnya Ketua Audit Negara sendiri tak yakin dengan kemampuan UJSB sama ada melalui kekuatan kewangan ataupun model perniagaannya bagi membayar hutang kepada Tabung Haji.

Kalau Ketua Audit Negara sendiri tak yakin, bagaimana Pakatan Harapan boleh sangat  yakin untuk buat model perniagaan yang berisiko begini?

Apa yang akan berlaku jika kebimbangan Ketua Audit Negara ini menjadi nyata? 

Apa yang akan berlaku kepada Tabung Haji jika UJSB akhirnya tidak mampu menunaikan bayaran hutang pada masanya?

Ternyata selama 22 bulan, Tabung Haji telah diletakkan ke dalam risiko yang sangat besar oleh Pakatan Harapan.

Dari sebuah institusi yang mempunyai potensi yang cukup tinggi dan mampu menjana keuntungan berbilion ringgit setahun, kini Tabung Haji telah menjadi sebuah institusi yang berada dalam risiko kerugian.

Namun masyarakat Melayu Islam bernasib baik kerana dengan bantuan Allah SWT, puak yang mempunyai agenda jahat untuk meruntuhkan institusi yang telah banyak membantu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5, kini telah diletakkan di bawah kawalan Menteri Kewangan yang lebih bertanggungjawab.

Inilah bala dan kerosakan hasil daripada tangan-tangan yang akan dihisab di Hari Pembalasan!



‘Lembik’ usah mimpi UMNO, PAS menang mudah PRU-15 kata pemerhati politik

Laungan ‘bela nasib rakyat’, ‘muafakat nasional’ hanya retorik lapuk

UMNO dan PAS berkemungkinan tidak akan menang mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), setelah melihat sikap ‘lembik’ parti berkenaan dalam menangani beberapa isu negara kebelakangan ini.

Pemerhati politik, Mohd Luttfi Abd Khalid tidak yakin kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu menang mudah berikutan gagal menangani isu sekolah vernakular, Tanah Rizab Melayu dan pencerobohan tanah secara haram.

Beliau menyifatkan laungan ‘demi membela rakyat’ dan ‘permuafakatan nasional’ hanyalah retorik kosong lagi lapuk.

“Usah mimpi di siang hari kononnya bangsa Melayu dan umat Islam akan memberi sokongan padu hanya kerana kedua-dua parti terbesar Melayu, Islam itu telah bersatu padu dan sehati sejiwa setelah jatuhnya kerajaan sebelum ini.

“Bangsa dan umat sebenarnya telah berkali-kali dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu, muslim yang ghairah berkehendak dan mengharapkan kepercayaan dan undi bangsa dan umat hanya menjelang setiap kali pilihan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, banyak kali undi dan mandat itu sekadar menjadi batu loncatan untuk memenangi kerusi di Parlimen semata-mata, di mana ia dilupakan setelah mendapat kuasa.

“Habis madu, sepah dibuang seperti kata pepatah. Ketika mereka mengkhianati amanah ini, kepentingan bangsa, umat dan para pengundi bukan lagi faktor yang menjadi perkiraan pertama.

“Mereka tidak kembali merujuk kepada pihak yang menaikkan mereka ke puncak kuasa apabila mereka melompat parti, mungkir janji, mengkhianati undi, menjual kesetiaan dan menggadaikan prinsip dan memperjudikan masa depan negara,” katanya.

Biarpun kecewa dengan sikap parti Melayu di dalam PN, Mohd Luttfi menyifatkan pemimpin di dalam parti PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih teruk.

“Datang PRU-15 nanti, rakyat, para pengundi dan orang Melayu, Islam akan menjadi semakin cerdik.

“Mereka akan mengusir kamu semua dari puncak-puncak kuasa yang kamu idamkan dan ‘ghanimah politik’ yang kamu berebut-rebut ke arahnya. Tunggu sajalah nanti,” katanya.

-ismaweb.net

Rabu, 2 September 2020

Halang masuk Sabah seperti di siar Malaysiakini, Guan Eng bohong kata SPRM


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia nafi halang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, memasuki Sabah.

Berita penghalangan itu disiar Malaysiakini adalah tak benar (bohong), Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata tiada sekatan perjalanan dalam negara ke atas Lim, yang berdepan tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang.

“Mahkamah hanya impounded pasport dia ke luar negara sahaja. Dia boleh memasuki Sabah menggunakan kad pengenalan,” katanya menurut laporan itu.

Awal hari ini, Lim membuat tuduhan kononnya dihalang dan menulis di Facebook mengatakan beliau dihalang masuk Sabah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu malam tadi.

Katanya, beliau dapat melepasi imigresen selepas diberikan pas lawatan sosial. Beliau mendakwa pegawai imigresen beritahu SPRM halang beliau masuk Sabah.

Ini adalah tuduhan jahat kepada SPRM sedangkan itu teknikal pasal impounded pasport dia

-Minda Rakyat

Berikut laporan yang disiarkan di MalaysiaKini

Guan Eng 'sangkut' sekejap di imigresen ketika mahu masuk ke Sabah


Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu semalam.

Lim berkata, dia tiba di lapangan terbang itu pada jam 11.54 tengah hari dengan menggunakan pas lawatan sosial dan pada mulanya berjaya melepasi pihak imigresen.

"Kemudian, sudah hampir nak masuk kereta, seorang pegawai imigresen kanan telah datang minta saya masuk semula. Saya berikan kerjasama dan ikut ke pejabat imigresen.

"Selepas menunggu 20 minit, saya tanya apa masalahnya? Mereka mendakwa bahawa SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah meletakkan halangan untuk saya masuk ke Sabah.

Apa ni? Bukankah ini kuasa kerajaan negeri Sabah?" katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki ketika dihubungi menafikan dakwaan itu.

"Tak betul. Mahkamah hanya impounded (menyekat) pasport dia ke luar negara sahaja.

"Dia boleh memasuki Sabah menggunakan kad pengenalan," katanya kepada Malaysiakini.

Lim berkata bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak dihalang memasuki Sabah meskipun menghadapi kes di mahkamah.

"Najib Razak yang didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta boleh masuk tanpa masalah. Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes Mahkamah pun boleh masuk tanpa masalah.

"Mengapa saya dihalang masuk ke Sabah? Ini lagi satu kes antara dua darjat, double standard kah?

"Sedangkan ini kuasa kerajaan negeri dan bukan kuasa kerajaan pusat. Adakah ini satu lagi usaha campur tangan pusat terhadap hak dan kuasa negeri?" soalnya.

Lim berkata dia hanya dibenarkan memasuki negeri itu selepas setengah jam ditahan pihak imigresen.

"Tak apalah, nanti saya akan tanya Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, adakah beliau tak mau saya masuk Sabah?" soalnya.

Ketika pentadbiran BN di bawah ketua menteri Sabah, Musa Aman, sejumlah pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan aktivis dilarang daripada memasuki negeri itu.-Malaysiakini

Najib: BN tak sabar nak lawan 'pokok petai lagi'


Ketika wakil rakyat Bersatu dari Kempas, Osman Sapian menghadapi kemungkinan diusir dari partinya, bekas perdana menteri Najib Razak memberi amaran perebutan kuasa di Johor boleh menyebabkan pilihan raya umum ke-15 diadakan.

Bekas presiden Umno itu merujuk amaran Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 3 Jun yang bertitah akan membubarkan DUN sekiranya berlaku perebutan kuasa.

Najib pada hantaran di Facebook hari ini berkata jika DUN Johor dibubarkan, parlimen mungkin juga dibubarkan dan pilihan raya persekutuan dapat diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Johor.

"Ada peluang boleh dilaksanakan serentak dengan PRN Sabah juga. Negeri-negeri lain turut ikut.

"Ini bermakna jika PH Plus masih tegas untuk merebut kuasa di Johor, akibatnya ialah Pilihan Raya Umum (PRU) seluruh negara mungkin akan berlangsung,” katanya sambil meramalkan PH dan sekutunya akan kalah teruk.

Sila terus rebut kuasa di Johor

PH Plus ialah gelaran tidak rasmi merujuk kerjasama antara PH, Warisan dan kem Bersatu yang berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu menubuhkan Pejuang selepas dipecat daripada Bersatu.

"Jika PH Plus nak lawan amaran sultan dan teramat ingin pilihan raya umum berlangsung serta merta, sila teruskan untuk merebut kuasa di Johor.

"Kita di pihak BN tak sabar nak lawan pokok petai sekali lagi. Your move, PH Plus,” kata Najib.

Ketika PRK Slim, Pejuang menyokong calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang menggunakan lambang pokok.

Calon BN Mohd Zaidi Aziz menang dengan majoriti 10,945 undi apabila meraih 13,060 undi, berbanding Amir yang mendapat 2,115 undi dan Santharasekaran dengan 276 undi.

Sementara itu, Osman yang juga bekas menteri besar Johor dan bekas  pengerusi Bersatu negeri dijangka menghadapi tindakan tatatertib selepas beliau hadir berkempen bersama Amir.

Ini termasuk kemungkinan ditamatkan keahlian Bersatu dan dalam hal ini, Osman telah menyatakan beliau akan menjadi wakil rakyat bebas DUN Johor.

Bagaimanapun, hal ini dapat menyebabkan kerajaan Johor pimpinan Perikatan Nasional berada dalam keadaan tidak menentu, kerana pada waktu ini PN memiliki 29 kerusi dalam dewan berbanding 27 kerusi pembangkang.

Sekiranya ada seorang Adun PN yang berpaling tadah, maka ia akan menyebabkan DUN yang digantung.

Speaker Johor, Suhaizan Kayat, bukan Adun yang terpilih.

Sebelum ini, berikutan Langkah Sheraton pada bulan Februari, Sultan Ibrahim bertitah memberi amaran akan membubarkan DUN jika ada perebutan kuasa lain.

Bagaimanapun, ancaman itu sudah cukup untuk menggagalkan rancangan PH untuk mengadakan rampasan kuasa kembali terhadap PN, manakala PH Johor pula kemudian berkata akan menjunjung titah baginda sultan. -Malaysiakini

ISU MENTERI ~ Setelah lama berdiam diri, Mufti Perlis bidas Pas


Susulan perumpamaan diberikan kepada Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang diibaratkan sebagai seekor burung hud-hud oleh Mursyidul Am Pas, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga tampil membidas kenyataan yang mempertahankan Menteri Pas itu.

Ini adalah kali pertama selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disertai Pas Mufti Perlis itu mengambil sikap membidas pimpinan Pas.

Menerusi hantaran Facebooknya hari ini, beliau berkata ketidakpatuhan burung Hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman sama sekali tidak mengancam nyawa rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, penularan wabak Covid-19 ketika ini adalah satu ancaman.

“Ketidakpatuhan Hud-hud sekali pun dimarahi oleh Nabi Sulaiman a.s, tidak mengancam rakyat.

“(Tetapi) Covid-19 satu ancaman kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas Hashim Jasin mengeluarkan ‘dalil’ baharu bagi mempertahankan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang ingkar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara

Hashim menyifatkan Mohd Khairuddin ibarat seekor burung hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman yang membawa keuntungan besar melalui kesalahannya melanggar undang-undang.

Beliau berkata demikian yang memetik kisah dalam Surah An-Naml ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama Pas Perak baru-baru ini.

sumber

Selasa, 1 September 2020

Lelaki gelang putih dikesan keluar lebih 10 jam

Kawalan keselamatan akan diperketatkan jika penduduk ingkar arahan ditetapkan.

SUNGAI PETANI - Siasatan lanjut akan dijalankan ke atas seorang lelaki yang dikesan mengambil kesempatan keluar melebihi 10 jam dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Ambangan Heights semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki yang memakai gelang warna putih dipercayai ketua keluarga itu, memberi alasan mendapatkan bekalan makanan di kawasan berdekatan.

"Hari ini (semalam) kita mengesan seorang lelaki memakai gelang putih yang keluar dari pagi dan pulang ke ke kawasan PKPD ketika malam.

"Perkara ini mesti dihentikan. Jika tidak, kawalan keselamatan akan diperketatkan lagi di kawasan terbabit.

"Kebenaran keluar telah diberi kepada pemilik gelang putih hanya sekali sehari dalam tempoh satu jam sahaja untuk keluar bagi mendapatkan barangan keperluan, itu pun hanya dalam kawasan PKPD terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Adzli Abu Shah

Menurut Adzli, lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan polis tetapi kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu katanya, polis mengesan ada di antara pemakai gelang putih masih keluar rumah selepas jam 8 malam walaupun sudah diberi amaran kerana kedai juga telah sudah ditutup pada waktu itu.

Adzli turut memberitahu, khidmat penghantar makanan juga tidak dibenarkan ke kawasan PKPD kerana dilihat sudah tidak terkawal dan boleh mengakibatkan risiko menularkan penyakit.

"Bagaimanapun, penghantaran barangan keperluan seperti gas memasak dibenarkan," katanya.
-SH Online

Dr Teo Kok Seong,Tokoh Pejuang Bahasa dan Tamadun Melayu

Saya pasti bahawa teman kenalan semua mengenali tokoh nasional yang gigih memperjuangkan bahasa Melayu dan perpaduan kaum di negara kita.

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) merupakan seorang tokoh akademik dan figura nasional yang gigih berjuang untuk memertabatkan bahasa Melayu dan perpaduan kaum.

Ironinya, beliau ditolak dan diejek dengan pelbagai tuduhan yang menjelekkan oleh bangsanya sendiri. Namun tidak pernah berganjak dalam perjuangannya untuk memertabatkan bahasa Melayu, bahkan menolak sistem pendidikan vernakular.

Tahniah Prof Datuk Dr Teo. Semoga diberikan kebaikan yang banyak atas sumbangan selama ini dan didoakan agar dianugerahi petunjuk dariNya.

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

Apa maksud "MALAYS - IA" sebenarnya?

Rupert Emerson telah menulis buku berjudul "Malaysia" pada tahun 1924 tetapi nama itu ditentang hebat oleh bekas-bekas pentadbir British di Malaya seperti Sir Frank Swettenham yang mengatakan nama itu "INSULTING".

Apakah maksud "IA" itu yang memungkinkan ianya mereka katakan "Insulting" itu?

Kalau kita kaji nama negara-negara yang ada di dunia ini, terdapat nama-nama negara yang berakhir dengan "LAND - dari Bahasa Inggeris/Eropah", "TAN - dari Bahasa Farsi" dan "IA - dalam Bahasa Latin."

Semua "Land", "Tan" dan "Ia" itu mempunyai maksud yang sama iaitu bererti "TANAH". Hampir separuh nama-nama negara di dunia ini berakhir dengan perkataan "ia" di hujungnya.

Antaranya termasuk Russia (bermaksud Tanah bangsa Russ), Somalia (bermaksud Tanah Bangsa Somali), Algeria (bermaksud Tanah bangsa Algers), Bolivia (bermaksud Tanah bangsa Bolivars), India (bermaksud Tanah Sungai Indus), Columbia (bermaksud Tanah Columbus), Mongolia (bermaksud Tanah bangsa Mongols), Ethiopia (bermaksud Tanah Bangsa Kulit Hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama "MALAYSIA" itu adalah versi 'latinised' berpangkalkan kepada perkataan "MALAYS" dalam bahasa Inggerisnya yang merujuk kepada perkataan "MALAYU".


Kesimpulannya,

 MALAYS-IA itu bermaksud "LAND OF THE MALAYS", atau lebih tepatnya disebut sebagai "TANAH BANGSA MELAYU".

Sebarkan fakta ini seluasnya
agar kamu tak terkeliru dan tidak lagi diperbodohkan oleh puak pendatang Cina Komunis Dan India Tamil

Pekebun durian haram bawa kes ke mahkamah, dakwa nenek moyang juga berasal dari situ

Mahkamah Tinggi di Kuantan menetapkan 28 Okt depan untuk mendengar permohonan 111 penanam durian Musang King di Raub bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap arahan dan keputusan kerajaan negeri Pahang supaya mengosongkan kebun mereka.

Peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua penaman durian di sekitar Sungai Ruan, Tras dan Sungai Chalit itu memaklumkan demikian kepada pemberita, selepas selesai prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz, hari ini.

Menurut Siew, permohonan yang difailkan pada Jumaat lalu, sepatutnya didengar hari ini, namun Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak yang mewakili responden yang dinamakan dalam permohonan itu meminta lanjutan masa bagi meneliti semua afidavit yang disertakan.

"Kami tiada bantahan kerana, mereka sememangnya memerlukan lebih masa untuk membacanya, tetapi dalam masa sama, kami juga memohon diberikan perintah penggantungan terhadap keputusan pihak terlibat berhubung pengusiran penanam durian itu sehingga keputusan permohonan hari ini diberikan.

"Mahkamah telah membenarkan permohonan kami sehingga tarikh pendengaran permohonan (28 Okt) yang bermaksud penanam durian boleh masuk dan menjalankan kerja harian di tanah yang menjadi subject matter (isu utama) dalam hal ini, sehingga tarikh yang telah diberikan," katanya.

Siew berkata pihaknya akan segera menghantar perintah penggantungan itu kepada Pejabat Daerah dan Tanah Raub dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana mendakwa terdapat penanam terlibat bimbang untuk ke kebun kerana tempoh yang diberikan untuk mereka mengosongkan tanah sudah berakhir.

Beliau juga mendakwa semua anak guamnya masih bersedia untuk berunding bagi mencari jalan penyelesaian dalam isu itu kerana telah lama mengusahakan kebun berkenaan, selain nenek moyang mereka juga berasal dari kawasan itu.

"Anak guam saya tidak terlibat dalam insiden memusnahkan pokok durian yang tular di media sosial yang dikatakan sebagai bantahan kepada arahan yang diterima, sebaliknya mereka bersedia mengikut prosedur yang betul iaitu melalui perundangan dan perbincangan," kata Siew.

Semua 111 penanam durian itu memfailkan permohonan itu dengan menamakan enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Selain arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984, pemohon juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

- Bernama

Tamrin Ghaffar hantu raya macam dulu juga, kata Puad

TAMRIN GHAFFAR DAPAT TENDER RUNDING TERUS JUGA?

Rupanya Tamrin Ghaffar ni tak boleh pakai. Memang nampak berani. Kuat bisingnya.

Semuanya dibelasah termasuk Raja Raja Melayu, Sultan Johor, TMJ, UMNO, Najib, Zahid dan lain lain.

Mahathir dipuji melangit. Padahal Tun M yang mengaibkan Tun Ghaffar bila diterajang keluar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rupanya ada udang di sebalik batu. Dia pun dapat juga tender runding terus yang didedahkan oleh Tengku Zafrul.

Zuraida Kamaruddin mendedahkan, Tamrin Tun Ghaffar adalah penasihat Syarikat Bumi Segar yang mendapat projek Sisa Pepejal Taman Beringin bernilai RM170 Juta.

Menurut Zuraida, Tamrin adalah penyokong tegar PH yang mewakili syarikat tersebut bila bertemu Lim Guan Eng pada 28 Nov 2018 untuk melobi projek berkenaan.

Projek “runding terus” tersebut diluluskan oleh Lim Guan Eng dengan surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT.

Astaghfirullah al azim. Ingatkan suci bersih. Rupanya hantu raya macam dulu juga.

Dari FB Puad Zarkashi.

Sementara itu dari Info Rakyat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin tidak seharusnya meletakkan kesalahan kepada pihak lain atas kegagalan dirinya sendiri, kata Tamrin Ghaffar.

Tamrin membalas kenyataan Zuraida yang mendakwa projek rundingan terus yang dianugerahkan kementeriannya ketika pentadbiran PH dimulakan dan diluluskan sendiri oleh menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.

Zuraida merujuk projek Sisa Pepejal Taman Beringin bernilai kira-kira RM170 juta kepada syarikat Bumi Segar Indah, yang mana Tamrin merupakan penasihatnya.

Bagaimanapun Tamrin bekata mustahil Zuraida selaku menteri tidak tahu langsung berkenaan perkara itu dan Kementerian Kewangan hanya bertindak mengikut syor Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Sebagai seorang menteri sepatutnya dia tidak membabitkan dan menyalahkan pihak lain di atas kegagalannya.

“Saya serahkan kepada peguam saya untuk tindakan seterusnya,” katanya yang juga anak bekas timbalan perdana menteri Ghaffar Baba, dalam satu kenyataan hari ini.

-mykmu.net

Jangan Gelak, Lim Guan Eng Nak berjuang untuk Rakyat susah sekarang


Setelah menjahanamkan ekonomi negara sehingga pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia, pakar Kewayangan ini membisu selama berbulan-bulan masa kerajaan Gagalkrasi PH tumbang.
Setelah 10% kepentingan dia dalam projek terowong ajaib diketahui ramai, dia mula buat sidang media hampir tiap-tiap hari.

Kononnya sudah menjadi juara Rakyat.

Nak berjuang untuk Rakyat susah sekarang.

Tuduh kerajaan PN kedekut dan tuntut kerajaan tambah pakej bantuan dengan RM45 bilion.lagi untuk bantu Rakyat walaupun dulu masa dia Menteri dia kata Rakyat perlu korban, tiada istilah wang percuma sebab dia berulang kali tipu bahawa kerajaan sudah bankrap bawah BN.

Tapi Rakyat tak lupa apa yang dia pernah janji dan tipu.

1. Dia janji BR1M kekal RM2,000 jika PH menang PRU14. Bila menang, BR1M dikurangkan bukan ditambah. BR1M bujang dimansuhkan. Rakyat diberi 30 Ringgek pulak.

2. Dia kata mansuhkan GST 6% akan menurunkan harga barang. GST memang dimansuhkan tapi diganti dengan cukai jualan 10%, cukai servis 6%, cukai digital 6%, cukai gula, levi pelepasan dan RPGT lebih tinggi.
Lalu dia kata dalam parlimen bahawa dia tak pernah janji harga barang akan turun.

3. Lynas akan dihapuskan untuk selamatkan Malaysia jika PH menang, Selepas menang dan selepas menerima bayaran ratusan juta dari Lynas, PH lanjutkan lesen Lynas dan juga meluluskan bahawa Lynas boleh buang sisa-sia mereka dalam Malaysia buat selama-lamanya - perkara yang tidak pernah dipersetujui oleh kerajaan BN dahulu.

4.Tol akan dihapuskan serta-merta jika menang.

Tapi bila menang, tol tak dimansuhkan. Malah mahu ganti dengan caj kesesakan manakala baki konsesi tol PLUS dan jambatan Pulau Pinang digandakan dari 18 tahun lagi kepada 38 tahun lagi.

RAYkat masih mahu percaya kewayangan dia?

NAJIB RAZAK

Bila SPRM nak siasat isu surat sokongan Ikmal Hisham?

Hairan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak melakukan sebarang siasatan ke atas Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz berhubung kontroversi surat sokongan supaya anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tindakan Ikmal itu jelas menyalahguna kuasanya dan mengamalkan gejala nepotisme, bertentangan dengan prinsip SPRM.

"SPRM mesti menjelaskan mengapa tiada tindakan dikenakan kepada Ikmal yang menulis surat sokongan untuk melantik anaknya sendiri sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

"Ini adalah satu gejala salah guna kuasa, rasuah dan nepotisme yang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, walaupun Ikmal memohon maaf, beliau jelas mengaku bahawa perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang.

"Dalam surat sokongan Menteri Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob sendiri menyatakan persetujuan untuk melantik anak Ikmal. SPRM perlu menyiasat dan mengambil tindakan kerana Ikmal akan menguntungkan anaknya sendiri dengan menggunakan kedudukan sebagai timbalan menteri.

"Beliau bukan sahaja mengaku salah, malah mengaku tindakannya itu salah dan menarik balik surat sokongan.

"Ini jelas melanggar salah satu kesalahan dalam SPRM iaitu meminta rasuah atau habuan dan sudah terlambat untuk Ikmal menafikan tanggungjawab beliau yang menyalahgunakan kedudukan.

"Malah tindakan tersebut lengkap apabila Ismail bersetuju melantik anak Ikmal. Ini merupakan kesalahan tiga dalam satu, salah guna kuasa, nepotisme dan rasuah," katanya.

Justeru, Guan Eng menggesa SPRM bertindak segera bagi mengelakkan lebih banyak salah laku dalam kerajaan PN pada masa akan datang.

"Ini satu malapetaka negara, apabila jawatan awam digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Setakat ini, tiada berita dari SPRM akan ambil tindakan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang tidak kira kalau seseorang itu adalah orang kenamaan atau rakyat biasa.

"SPRM harus mengambil tindakan segera untuk menunjukkan mereka tidak mengamalkan double standard atau pilih kasih," katanya.

Ketua Penerangan Warisan Semporna Penipu – Ramli Saraman

Sidang media
Bekas ketua Kampung Simunul Ramli Saraman menafikan dakwaan Ketua Penerangan Warisan Bahagian Semporna Hasbullah Rauddah yang dia telah menipu PM Muhyiddin Yassin kerana menyatakan seramai 5000 ahli Warisan telah menyertai PPBM.
Majlis kemasukan ahli Parti Warisan Kampung Simunul ke parti PPBM telah berlangsung di Kota Kinabalu dihadapan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor pada 29hb Ogos 2020.
Sebaliknya yang menyertai PPBM ialah 2600 ahli Warisan. Jumlah ini sudah dipastikan.
Maksudnya dia tidak menipu yang menipu dan memfitnah ialah Hasbullah Rauddah kerana mengeluarkan angka yang palsu.
Namun begitu menurut Ramli Saraman jumlah itu akan bertambah dalam tempoh yang terdekat ini.
Antara sebab utama kenapa mereka meninggalkan Warisan ialah kerana kepimpinan dan kerajaan Warisan gagal menjaga kebajikan mereka ataupun komuniti Kampung Simunul. Seperti contoh perkampungan Kampung Simunul dirobohkan dan tapak perkampungan berkenaan akan dibangunkan dengan sektor pelancongan.
Sedangkan rumah PPR yang menjadi ganti pula perlu disewa setiap bulan yang akan membebani mereka. Selain keluasannya yang tidak menampung keluarga yang besar.
Ramli Saraman mempersoalkan kenapa beberapa kampung di pantai barat telah diwartakan sedangkan Kampung Simunul yang terletak di Semporna dirobohkan.
Selain itu pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hasbullah kerana telah memfitnah mereka.

Tiada Peluang Langsung Untuk Parti PEJUANG Berada Dalam Blok Kuasa Ketiga

Sebelum mendaftarkan Pejuang secara rasmi, Tun Mahathir Mohamad pernah mengatakan parti itu tidak akan menyertai PH atau pun bergabung dengan PN.
Katanya, Pejuang akan bergerak bersendirian berdasarkan hala tuju dan perjuangan parti itu untuk melawan rasuah, kleptokrasi dan penyelewengan dalam negara.
Walaupun mengakui partinya tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya, tetapi Tun Mahathir yakin pihak yang ingin menubuhkan kerajaan akan memerlukan sokongan mereka bagi mencukupkan jumlah kerusi.
Dalam erti kata lain, dengan pendirian tidak menyertai PH dan tidak juga menyokong PN, Tun Mahathir mahu meletakkan Pejuang sebagai kuasa ketiga dalam PRU15 akan datang.
Bolehkah hasrat itu dicapai?
Dari segi teori, cita-cita yang diimpikan Tun Mahathir itu memang ternampak murni dan seolah-olah tiada masalah untuk dicapai, lebih-lebih lagi dengan auranya sebagai negarawan dan bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Tetapi, dari segi realiti, khususnya berdasarkan keputusan PRK Slim baru-baru ini, keputusan Pejuang bergerak sendirian tidak ubah seperti pilihan “bunuh diri”.
Dalam suasana sistem politik sedang bergerak menuju sistem dua parti, adalah sukar untuk sebuah parti kecil dan baru ditubuhkan dapat menjadi pilihan pengundi.
Lebih-lebih lagi kerana Pejuang hanya parti berasaskan Melayu dan Bumiputera, sementara parti Melayu dan Bumiputera yang lain sudah lama bertapak kukuh dalam pemikiran pengundi, bukanlah mudah untuk memperolehi sokongan yang mencukupi untuk menjadi kuasa ketiga.
Dalam PRK Slim, lihatlah bagaimana hanya 2,115 undi saja yang mampu diraih oleh calon Pejuang, itu pun dengan sokongan dan kehadiran beberapa pemimpin PH yang turut sama berkempen.
Cuba bayangkan berapakah undi yang mampu diperolehi oleh Amir Khusairi Mohd Tanusi kiranya tiada sama sekali penglibatan atau sokongan kempen daripada pemimpin-pemimpin PH?
Mahu tidak mahu, Tun Mahathir harus sedar, berdasarkan keputusan PRK Slim itu bahawa Pejuang tidak mampu bergerak bersendirian dan keinginannya untuk menjadi kuasa ketiga sebenarnya tidak melekat dalam hati para pengundi.
Pilihan pengundi hanya ada dua – Parti A atau Parti B.
Tiada parti C dalam pilihan pengundi dan lihatlah bagaimana cita-cita Pas yang ingin menjadi kuasa ketiga dalam PRU14 lalu langsung tidak kesampaian.
Kalau Pas, sebuah parti yang lebih lama, ada nama dan ramai ahli pun tidak diterima untuk menjadi kuasa ketiga, apakah Pejuang mampu melakukannya?
Oleh kerana mustahil untuk Tun Mahathir bergabung dengan PN yang didalamnya ada Muhyiddin Yassin, Bersatu dan UMNO, pilihan yang tinggal pada beliau hanyalah dengan membawa Pejuang masuk menyertai PH.
Sebagaimana sebelum PRU14 lalu, beliau telah membawa Bersatu menyertai PH, maka kali ini juga beliau harus melakukan perkara yang sama.
Cuma, oleh kerana PH sekarang sudah meletakkan Anwar Ibrahim mengetuai gabungan pembangkang itu, Tun Mahathir harus bersikap terbuka menerima kepimpinan bekas timbalannya itu.
Jika dalam hatinya masih ada perasaan tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir harus belajar membuang perasaan tersebut, bukan saja demi untuk menjatuhkan Muhyiddin, UMNO dan Bersatu serta bagi mengelakkan Najib Razak kembali berkuasa, bahkan juga untuk masa depan Pejuang yang di dalamnya ada masa depan anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir.
PRU15 masih ada peluang untuk PH bangkit semula dengan syarat Tun Mahathir sedia merendahkan diri dan egonya untuk kembali bergandingan tangan dengan Anwar menyelamatkan negara ini.
Walaupun era Tun Mahathir boleh dikata sudah berlalu, tetapi pintu untuk beliau menebus segala kesilapan masa lalunya tidak pernah tertutup.
Apa lagi, sejarah telah membuktikan Anwar seorang yang sangat pemaaf dan tentunya sedia menerima Tun Mahathir dan Pejuang ke dalam PH dengan seadanya.
Hanya satu, Tun Mahathir harus menerima dan menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri PH tanpa sebarang syarat atau keraguan dalam hatinya.
Kalau tidak, Pejuang tidak akan mampu berjuang dan lebih mungkin terkubur tanpa sebarang kerusi kemenangan dalam PRU akan datang.
 (Shahbudindotcom 31/08/2020)