"AKU TAKKAN SOKONG SYIAH, AKU JUGA TAKKAN SOKONG AMERIKA/ISRAEL - aku nak tengok je perang nie sambil makan popcorn. lantak la dorang nak perang"
.
Okey bang Xpe.
Pilihan masing². Saya pon menulis jer. Saya anggap Saya sokong Iran nie Sama macam kita sokong Bola jer bang. Saya sokong Portugal bukan sebab agama, sebab ada Ronaldo jer.. So Xde kaitan pon saya mendukung syiah ke apa. Rilek laa bang. 🤭🤭
(Dan saya nak abg tahu, di Iran tu ada jer Umat Islam menganut aliran Sunni). Bak kata ZRA, tak payah la tunjuk kita terpaling Syariah Compliance.
.
Okey hari ni dah masuk hari ke 9 sejak 28/2
Maksudnya semasa kita berpuasa ni, Iran juga pastu berpuasa sekali. Cuma mereka berpuasa sambil perang. Kita berpuasa sambil main fb. Owh jauh lah Iman mereka tinggalkan saya.
.
Hari nie saya kagum dgn Roket² baharu Iran.
Dan ugutan untuk melancarkan Misil Terbaharu pula.
..
Dan Rasa Kelakar bila Israel tak puas hati Iran guna peluru berpandu sekian². 🤣🤣Wey kau dah kenapa? Nie kan perang? Kau yg mula dulu baling kat orang batu kecik. Org baling batu besar, pastu tak puas hati.
.
Amerika pula menggelupur suruh Iran serah diri. Dan katanya akan mula membangunkan roket² pula skrg nie. Baru mereka perasan, Zaman perang dah berubah.
Meskipon 2 lawan 1 - Iran masih belom tunduk.
Meskipon 8 lawan 1 - Iran masih belom jatuh.
Meskipon katanya dah kuasai Ruang Udara Iran, Iran masih rilek jer lancar Misil² mereka dengan kekuatan yg sama, sambil pertahanan udara Israel terus pening.
.
Berbeza dengan Laporan semasa serang Palestine. Berbeza dengan Laporan semasa serang Iraq. Hari² kita nampak video serangan. Tapi kali nie tak banyak footage perang. Seakan² ada sesuatu yg disembunyikan.
.
SEBAB?
.
Dunia lebih suka melihat kekuatan senjata dan Peluru Iran.
.
Dunia dah tak nak tengok Sekolah Kena Bom.
Dunia dah tak nak tengok Hospital² & Wanita Kena Bom.
Dunia dah letih tengok Pusat Orang² tua kena Bom.
.
Semua tahu bila perang, etika ditolak tepi.
Tapi Setakat nie kita tak dengar lagi Iran serang Hospital, Sekolah semua.
Xde nak tuduh² Militan + Pengganas semua sekalipon mereka memang Pembunuh Yg Kejam di Palestine.
Nyata IRAN betul2 Nak Ajar Israel + Amerika dan DUNIA apa itu ADAB, apa itu KURANG AJAR.
.
SEBAB itu bila selat hormuz ditutup, Dunia tak lah marah IRAN. Tapi semua kecam US DAN ISRAEL sebab mereka lah pemula bencana ini.
.
Kita kena tahu, Iran nie dah lama kena sekatan ekonomi.
Mereka dah lama hidup susah sekalipon sekeliling mereka negara yg kaya dengan sumber Air, Sumber Minyak, Pertanian dan sebagainya.
.
Then IRAN masih berdiri meskipon ditumbuk bertubi tubi sejak sekian lama. Dah lama IRAN Menangis, tiada siapa peduli.
.
Sekarang IRAN membalas tumbukan. Ada la kena muka US dan lebam sikit². Itu pon dah nangis. Cakap tak aci itu tak aci ini. Huk alohhh.. Nak Gaduh sangat, pastu kalah mula la nak salahkan itu ini. Dasarrr!!
.
Info grafik hari ini adalah jenis² Peluru Berpandu Zaman Lama hingga zaman Teknologi.
.
Sekalipon ada beberapa org tak setuju Saya Pilih "Stand With Iran, saya masih teguh dengan menyatakan Iran berhak pertahankan diri dan bila dia buat serangan semula, Dia Sangat BERANI beb!! Negara mana lagi yg berani seperti dia? Dan alang² serang, moga hancur terus dengan Izin Allah swt.










0 ulasan:
Catat Ulasan