KISAH 5 JUTA DOLAR YANG TIADA NILAI
5 Juta Dolar, itulah harga untuk satu maklumat. Hanya satu maklumat kecil tentang dimana lokasi seorang tawanan Israel. Namun di bumi Gaza, nilai wang tidak lagi mampu menandingi nilai iman.
Selama 23 bulan, tawaran itu diumumkan kepada dunia. Ia bukan rahsia. Ribuan pejuang muqawamah mengetahuinya. Begitu juga para doktor, petugas logistik, sukarelawan yang menyediakan makanan, pakaian, air dan perlindungan kepada para tawanan Israel.
Mereka tahu di mana para tawanan disembunyikan. Mereka melihatnya. Ada yang mungkin memberi rawatan, ada yang mungkin membawa makanan. Tetapi tidak satu pun di antara mereka yang membuka mulut, tidak walau untuk jumlah yang boleh mengubah hidup seribu keluarga.
5 juta dolar. Bagi dunia, ia angka yang menggoda. Bagi penduduk Gaza, ia hanyalah angka kosong, yang tidak mampu membeli maruah dan keimanan.
Pengarah Mossad akhirnya muncul di televisyen Israel, dengan wajah kecewa dan nada getir,
“Jika tawaran ini diberikan kepada bangsa lain, mungkin ada yang sanggup mengkhianati bapanya sendiri atau sahabat karibnya demi jumlah wang sebesar ini.”
Tetapi tidak bagi mereka di Gaza. Kerana di hati mereka hidup nama Nabi Muhammad SAW, seorang teladan yang mengajar bahawa dunia ini hanya persinggahan, dan harga sebenar adalah keredaan Allah.
Mereka menolak dunia untuk mencari syurga. Mereka menjual kesenangan sementara untuk membeli keabadian. Dan dengan itu, mereka telah menang, bukan dengan senjata, bukan dengan angka, tetapi dengan jual beli iman yang tidak pernah rugi.
Wahai penduduk Gaza yang mulia, dengan kejujuran dan keteguhanmu, engkau telah menggoncang asas musuhmu. Dan seluruh dunia kini menyaksikan bahawa keimanan tidak boleh dibeli, walau dengan 5 juta dolar.










0 ulasan:
Catat Ulasan