Rabu, 10 Ogos 2022

Koleksi Resepi:Tapai Pulut

 TAPAI PULUT



1kg beras pulut

1 biji ragi

1 sudu gula (ini petua tapai rasa manis dan tidak masam)

Daun pisang secukupnya atau bekas kecil


1. Basuh beras pulut hingga betul2 bersih dan rendam selama 2 jam.


2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut hingga benar2 masak. Jika pulut masih keras, renjis air hingga rata dan terbalikkan pulut. Kukus lagi hingga lembut.


3. Bila pulut sudah masak angkat ratakan pulut di dalam dulang dan biarkan sejuk.


4. Tumbuk ragi dan gula. Ini adalah petua untuk buat tapai rasa manis dan tidak masam.


5. Tabur ragi di atas permukaan pulut yang telah disejukkan menggunakan penapis teh. Pastikan ragi ditabur rata.


6. Kacau atau gaul pulut tadi supaya mesra bersama ragi.


7. Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan ke dalam bekas2 kecil.


8. Bila sudah siap semuanya letak tapai tadi dalam periuk atau bekas besar dan disimpan di tempat gelap seperti dalam kabinet dapur.


9. Peram selama 2 hari sebelum dibuka. Jika tapai sudah masak (lembik dan berair) maksudnya tapai sedap sudah sedia untuk dinikmati.


10. Jika ragi cepat menapai biasanya tidak sampai 2 hari sudah boleh dimakan.


Resepi & foto : Rozie Mnor

Related Posts:

  • KOLEKSI RESEPI: CARA MEMBUAT REMPAH NASI ARAB CARA MEMBUAT REMPAH NASI ARAB SENDIRIcuba lihat nasi arab yang saya buat tu!! saya suka menggunakan rempah nadi MANDY berbanding KABSAH sebab nasi mandy rempahnya lebih terasa.saper yg susah nak dapat rempah nasi arab M… Read More
  • Koleksi Resepi :Nasi Ayam RoastedResepi Nasi Ayam Roasted Sedap Gilaaaa!(Untuk hidangan 5-6 orang makan)A. Resepi Sup Ayam1. Panaskan 2 liter air dalam periuk tinggi. Masukkan satu kiub ayam Maggi. 2. Perasakan juga dengan sekali renjis serbuk lada… Read More
  • Koleksi Resepi:Mee Udang..😋 Mee Udang..😋Resepi..Mee kuning..Udang..Daging..Sos cili..Kicap..Skit garam n gula..Sawi..Tauge..Tomato..belah 4Daun sup..Bawang besar..blendBawang putih..blendCili kering..blendTakua..goreng dulu yaCaranya..Tumis bahan… Read More
  • Koleksi Resepi: Sardin Homemade  Sardin dah bukan makanan rakyat marhein 😭Bulan lepas 10.80, bulan ni 13.30.Kena buat sardine sendiri la jawabnya.Korbankan sikit duit beli pressure cooker pastu buat sendiri sardin.PC ada je yg murahRESEPI SARDIN HOMEM… Read More
  • Koleksi Resepi:Manisan Belimbing Buluh Daripada terbiar jatuh buruk,,baik kutip buat manisanManisan belimbing buluh, rasa seperti kismisResepi2 kg belimbing buluh yang tua bagus tidak terlalu masak.gula 1/2kg jika kurang manis boleh ditambah sesuai selera.1 … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan