"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Isnin, 28 September 2020

PENDEDAHAN EKSLUSIF BEKAS AHLI ILLUMINATI YANG MEMELUK ISLAM PADA 2012

#edisikons

PENDEDAHAN EKSLUSIF BEKAS AHLI ILLUMINATI YANG MEMELUK ISLAM PADA 2012

Leo Zagami ialah mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico – Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo. Beliau juga adalah anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Lodge P2 (Propaganda 2) Freemasonry.

Dia juga adalah seorang ‘pemimpin’ yang dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan Illuminati daripada ‘raja’ Licio Gelli yang kini sudah tua.

Menurut Zagami, Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 (mungkin juga 2013) dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan bahawa mereka berperang melawan pengganas serta akan menghancurkan perekonomian dunia.

Zagami yang berasal daripada keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun 2008 telah menukar agama asalnya kepada Islam sebagai agama baru. Kemudian beliau nekad untuk melakukan counter attack terhadap Illuminati.

Sewaktu beliau masih berkhidmat sebagai anggota keluarga Illuminati, beliau mempunyai banyak pengalaman mengikuti pelbagai ritual yang menakutkan, upacara black magic (sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan lodge tertutup.

Sekarang, pada setiap hari Sabtu, beliau menyimpan senarai nama-nama anggota Freemasonry peringkat tinggi dan dipanggil sebagai Illuminati Confessions. Beliau menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut setan Illuminati.

Di samping melakukan kawalan ketat, beliau juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab pelbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut. Beliau menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukanlah main-main, tegasnya.

Perkara tersebut disampaikannya pada 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara;

“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada tanggal 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri. Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit menentang Illuminati dan mempertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambil alih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman".

"Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan syaitan.Jadi, wahai penduduk bumi belahan Barat, (termasuk di Timur juga) sedarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Disember 2012".

“Mulai tahun 2010, anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012, anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri, akan terjadinya ‘penazian‘ negara-negara Barat pada tahun 2010".

"Sebelum itu, ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya (sudah berlaku-Greece, Sepanyol, Itali mengalami kejatuhan ekonomi yang sangat teruk) akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik dalaman pada tahun 2012, iaitu perang saudara.”

“Apakah anda bersedia mati untuk Allah SWT dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, atau adakah anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan syaitan (al-Wahn), atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”

‘PEMENTASAN TEATER' KARYA ILLUMINATI

Zagami menjelaskan bahawa dunia merupakan pertunjukan boneka global yang dikendalikan oleh tangan-tangan manusia bodoh, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer (golongan Freemason, Illuminati dll).

Jelas Zagami, golongan tersebut bekerja bersama-sama, dan ini termasuk Hugo Chavez (mendiang,bekas Presiden Vanuzuela) yang dengan bersungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda kepimpinan Amerika Syarikat dengan penampilan ‘theatrical‘ nya.

Hugo Chavez dikendalikan oleh Vatican yang sekarang ini telah dipengaruhi oleh Jesuit dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemimpin kerajaan dan agama lain di dunia.

“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama diperingkat atas hanya untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] telah diciptakan oleh Zionis dan British secara zahirnya dan oleh Freemason batinnya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga yang berada dibelakang kepimpinan Iran dan Iraq. Semuanya hanyalah satu sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

“Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad dikenali sebagai pengikut aliran syaitan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”.

Beliau juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga pada hakikatnya dikendalikan oleh Illuminati. Ini terbukti apabila Karl Mark yakni pengasas ideologi komunis sebenarnya adalah salah seorang ahli Freemason.

Zagami juga mencabar bekas rakan-rakannya yang merupakan anggota Freemason/Illuminati dan pengamal sihir hitam, untuk berdialog secara terbuka.

Bagi menguasai rakyat disegenap pelusuk, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya, selalunya akan dibantu dengan sorcery dan sihir hitam. Mereka mempelajari ilmu sihir sembahan syaitan ini daripada para guru di Rome yang diambil ilmunya pula dari Yunani, Mesir, dan Sumeria. Mereka tidak pernah berhenti melakukan penipuan berterusan terhadap umat manusia.

Beliau juga menyatakan bahawa George W. Bush adalah anak ‘orang paling berkuasa’ dalam Illuminati dan dia telah dididik oleh ayahnya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican dan Zionist, tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati sama ada mereka menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan.

Ingat, tokoh setan Anton LaVey, pengasas Gereja Setan dan pengendali perang pemikiran (perang saraf) CIA adalah teman rapat George H. Bush. Mereka bersama-sama menyusun rencana untuk menjadikan anak George H Bush iaitu George W. Bush sebagai pengikut syaitan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya ‘era Dajjal’ selepasn trajedi 11 September 2001. Tragedi tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup lagi.

“Ketika ini hampir semua ajaran agama dirosak dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam (melalui mazhab Wahabi yang berjaya jatuhkan Turki Uthmaniyah klik di sini), Yahudi, Evangelis, Protestan, the Born-Again Kristian, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, Knight Templar, dan Jesuit. Jadi dialog antara agama secara murni juga sangat mustahil untuk dilakukan.”

Leo Zagami menganggap dirinya sebagai “the last idealist in the Illuminati.” Beliau juga mengakui bahawa beliau memimpin satu pemberontakkan umat manusia terhadap Illuminati dan telah memperolehi sokongan padu daripada rakan-rakannya yang lain yang turut sedar akan bahayanya Illuminati, Freemason, Skull and Bones, Jesuit, Bohemian dll.

Adalah penuh harapan dalam situasi seperti sekarang ini munculnya seorang yang berani dan seperti Leo Zagami. Ingatlah, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi penyelamat keadaan.

Umpama mereka menghantar satu virus seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai negara pembekal vaksin. Contoh lain, adalah seperti Hitler yang telah berjaya menjebakkan rakyat Jerman ke dalam perangkap Illuminati. Beliau jugalah yang menjadi hero sebahagian rakyat Jerman.

Illuminati adalah seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.

PBS dakwa ‘parti kapal’ hubungi pemimpinnya untuk beli kerusi, tawar duit, jawatan

PBS mendakwa disebabkan mahukan jawatan dan kuasa, terdapat pihak tertentu daripada “parti kapal” mula menghubungi pemimpin parti itu bertujuan untuk membeli kerusi.

PETALING JAYA: PBS hari ini mendakwa parti itu dijadikan sasaran fitnah susulan kemelut pelantikan calon ketua menteri Sabah yang sehingga kini masih belum selesai.

Parti itu dalam kenyataan di Facebook berkata, disebabkan mahukan jawatan dan kuasa, terdapat pihak tertentu daripada “parti kapal” mula menghubungi pemimpin daripada parti itu bertujuan untuk membeli kerusi.

“Mainan politik kotor parti lawan yang pada masa kempen kononnya mengamalkan nilai prinsip dan maruah, nilai kesatuan dan integriti kini berubah wajah, berubah rupa.

“Mereka yang kononnya parti tempatan lebih baik daripada parti Malaya tetapi sebenarnya bertopengkan musang. Kerana mahukan jawatan dan kuasa, parti kapal ini mula menghubungi Yang Berhormat (YB) PBS untuk beli kerusi.

“Mereka sanggup menawar duit dan jawatan untuk YB PBS,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai menafikan dakwaan akan bersatu tenaga dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, PBS berjaya memperoleh kemenangan di 7 kerusi ditandingi mereka. Kerusi itu adalah di DUN Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid.

Menurut parti itu, PBS bukan parti yang baru dibina serta bukan parti murahan dan tidak berwibawa. Katanya, PBS terbentuk daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

“Sedarlah wahai Warisan Plus, PBS bukan parti yang baru dibina kelmarin, PBS bukan parti yang murahan dan tidak berwibawa.

“PBS pernah dianiaya, difitnah dan dicaci, tapi PBS kekal berdiri untuk rakyat. PBS berpegang pada prinsip dan maruah, PBS akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS menang 38 daripada 73 kerusi dipertandingkan pada PRN Sabah sekali gus berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Warisan Plus pula memenangi 32 kerusi, manakala bakinya dikuasai calon bebas.

Jumaat, 25 September 2020

PRN Sabah:PENILAIAN RISIKO PENULARAN COVID-19 DI NEGERI SABAH

 PENILAIAN RISIKO PENULARAN COVID-19 DI NEGERI SABAH

1. Sehingga 25 September 2020, masih terdapat lima (5) kawasan di Malaysia yang sudah bertukar menjadi zon merah. Terdapat empat (4) zon merah di Sabah  (Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna) dan satu (1) zon merah di Kedah iaitu Kota Setar.

2. Seperti dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 24 September 2020, individu bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah wajib melakukan ujian saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan berhampiran. Individu tidak bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah juga amat digalakkan untuk melakukan ujian saringan dan kuarantin kendiri bagi melindungi ahli keluarga, rakan-rakan serta masyarakat di sekitarnya. Sebarang perubahan kepada arahan ini akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa. Elakkan mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau palsu.

3. Daripada situasi terkini, didapati jumlah kes positif COVID-19 di negeri Sabah masih tetap meningkat. Seperti diumumkan, 97 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan pada hari ini di negeri Sabah. Tambahan pula, didapati terdapat 10 kes yang dikesan positif COVID-19 setelah kembali dari Sabah pada Minggu Epid ke-39 (iaitu 20 September 2020 hingga hari ini). Kesemua mereka ini telah diasingkan dan kini mendapat rawatan di hospital. Pengesanan kontak bagi kesemua kes ini juga giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang berkaitan. 

4. Keputusan terkini yang baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menunjukkan 23 virus COVID-19 yang diasingkan dan dikultur daripada Kluster Benteng LD di Sabah didapati mempunyai mutasi D614G, namun ianya tidak berkaitan dengan virus COVID-19 mutasi D614G yang ditemui di kluster-kluster di negeri Kedah.

5.     Nasihat kepada masyarakat di Sabah:

   - Berdasarkan penilaian risiko seperti di atas, KKM menggesa semua masyarakat di Sabah untuk lebih berwaspada dan meningkatkan pematuhan Prosedur Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk semasa tempoh berkempen bagi Pilihanraya Negeri Sabah dan semasa hari mengundi. 

   - Seperti resmi budaya kita di Malaysia, masyarakat sangat digalakkan untuk saling tegur menegur antara satu sama lain dalam mematuhi SOP, agar kita dapat saling melindungi diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita daripada jangkitan COVID-19.

   - KKM menggalakkan masyarakat untuk keluar mengundi namun dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan di pusat mengundi dan amalkan penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizers, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat. Dapatkan bantuan kesihatan sekiranya anda bergejala.

   - Penuhilah tanggungjawab dan hak mengundi anda dengan baik. KKM juga akan terus meningkatkan kesiapsagaan di lapangan, klinik-klinik, makmal-makmal dan hospital bagi terus berusaha membendung penularan COVID-19 di Sabah.

Sumber:MKN

Covid19:Keputusan terkini baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

 Keputusan terkini baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), 25 September 2020

1.   IMR telah menjalankan ujian penjujukan genom ke atas 32 virus COVID-19 yang telah dikesan hasil ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 bagi Kluster Benteng LD (23 virus), Kluster PUI Sivagangga (4 virus), Kluster Tawar (3 virus), Kluster Sungai (1 virus) dan Kluster Bukit Tiram (1 virus). Seperti disyaki terdapat mutasi jenis D614G yang telah dikesan kepada kesemua 32 virus COVID-19 ini.

2.   Kajian susulan juga dijalankan bagi mengkaji kaitan genetik antara virus-virus yang diasingkan ini dan membandingkan dengan virus yang dikesan sebelum ini pada Kluster PUI Sivagangga dan Kluster Tawar. Seperti disyaki juga, kesemua virus yang diasingkan bagi kluster-kluster di Kedah (Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Sungai) adalah saling berkait dan besar kemungkinan adalah berasal dari sumber virus yang sama.

3.   Kesemua 23 virus COVID-19 dari Kluster Benteng LD pula didapati saling menyerupai namun tidak berkait dengan virus COVID-19 yang dijumpai di Kedah, meskipun kesemuanya mempunyai mutasi D614G.

4.   Ujian-ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji lanjut kebarangkalian dan semakan dengan kumpulan keluarga virus COVID-19 (Phylogenetic tree).

5.   Pun begitu, ini bermakna masyarakat perlu lebih berwaspada dan lebih berhati-hati. Ini kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini didapati lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak. 

Oleh itu, masyarakat diingatkan agar mengamalkan sepenuhnya SOP yang ditetapkan iaitu: penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizers, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat. Dapatkan bantuan kesihatan sekiranya anda bergejala.


Terkini COVID-19; 25 Sept 2020

Jumlah discaj baru:30

Jumlah kumulatif:9696 (90.7%)

Jumlah kes baru;111

Jumlah kumulatif:10687

Jumlah kes aktif:858

Kes tempatan: 107(76WN, 31 BWN))

Kes import: 4(4 BWN)

Jumlah kematian:0

Jumlah kumulatif:133 (1.24%)

Kes di ICU:4

 intubated: 3

Sabah 97 kes antaranya 74 Kluster Bangau-bangau, 13 Kluster Benteng

Kedah 8 kes termasuk 7 Kluster Sungai dan Pahang 1 kes tempatan. 

Satu kluster import di Johor.

Sumber:MKN

Umno pun ada yang nak tanya PAS jawab Asyraf Wajdi kepada Takiyuddin

 


PAS boleh mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung sokongan majoriti pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, minggu depan.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ini kerana perikatan itu akan mengadakan mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup, minggu depan.

"Fokus PRN Sabah dahulu, minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup, pimpinan boleh dapatkan penjelasan atas semangat musyawarah,” katanya.

Asyraf juga berkata Umno juga memerlukan penjelasan PAS antaranya susulan tindakan politik parti itu.

"Sama-sama perlukan penjelasan termasuk kemasukan PAS sebagai komponen parti dalam Parti Perikatan Nasional," tulis Asyraf di Twitter, sebentar tadi.

Asyraf mengulas tuntutan PAS supaya Umno memberi “penjelasan sejelas-jelasnya” berhubung sokongan ramai pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama Anwar.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata jika benar berlaku, bermakna Umno melanggar piagam Muafakat Nasional yang dipersetujui kedua-dua parti tahun lalu.

Takiyuddin Hassan 

Kelmarin Anwar mengumumkan dia memiliki majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan baru.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pula selepas itu berkata dia difahamkan ramai ahli parlimen parti itu dan BN menyokong Anwar.

Dia malah berkata menghormati pendirian itu dan tidak dapat menghalangnya.

Bagaimanapun seorang demi seorang ahli parlimen Umno sudah menafikan mereka menyertai kumpulan Anwar setakat ini.

Anwar belum mendedahkan jumlah sokongan diperolehnya kerana ia perlu dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Mungkin ada orang tekan Zahid, kata Hamzah Zainuddin


 Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata dia enggan membuat sebarang spekluasi berhubung kenyataan media Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, selepas Anwar Ibrahim mengumumkan sudah mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Kata Hamzah ada beberapa kemungkinan yang mendorong Ahmad Zahid membuat kenyataan sebegitu.

"Kenyataan dia boleh jadi tricky (berlapis) kerana mungkin ada seorang dua yang tekan dia untuk beritahu mereka bersama Anwar... kita tak tahu," katanya ketika ditemui media di Kota Kinabalu hari ini.

Hamzah yang juga ahli parlimen Larut menambah jumlah sokongan yang ada pada presiden PKR itu juga tidak diketahui. Namun yang paling penting, katanya orang yang ada dalam senarai tular sekarang sudah membuat penafian.

"Yang tidak membuat penafian... mungkin, saya tak tahu," katanya lagi.

Kelmarin Anwar mengumumkan dia mendapat sokongan majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui 'Langkah Sheraton' akhir Feb lalu.

Tidak lama kemudian Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan memberitahu dia dimaklumkan ada beberapa ahli parlimen memang menyokong Anwar dan Umno tidak dapat menghalang mereka.

Ada pemimpin Umno, BN berceramah

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya terhadap kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kerana umum mengetahui sokongan yang diterimanya sebelum ini memang sangat tipis.

Setakat ini Anwar atau Ahmad Zahid tidak menyebut sebarang nama.

Sementara itu Hamzah menggesa orang ramai agar tidak mempersoalkan ketiadaan Ahmad Zahid berkempen untuk BN dan Perikatan Nasional (PN) di Sabah semalam sehingga menjadi spekluasi.

Kata menteri dalam negeri itu, Ahmad Zahid sedang menjalani kuarantin kendiri ekoran Covid-19.

"Annuar Musa (setiausaha agung BN) juga salah seorang (yang menjalani kuarantin)," katanya.

Menurut Hamzah dia melihat langkah melakukan kuarantin kendiri itu sesuatu yang positif kerana mereka memang sayangkan rakan-rakan yang lain.

Untuk rekod Ahmad Zahid sepatutnya hadir berkempen di Sook, Tenom dan Kota Kinabalu semalam.

Menurut Hamzah lagi jika Ahmad Zahid kini tidak lagi menyokong kerajaan PN, sudah tentu dia tidak akan membenarkan pemimpin Umno yang lain - seperti naib presidennya, Mahdzir Khalid - hadir dalam ceramah tersebut.

Katanya, sebagai pengerusi BN Ahmad Zahid masih memberi kebenaran kepada pemimpin lain berucap dalam kempen di Sabah.

"Itu menunjukkan mereka masih bersatu," katanya.

-detikdaily

Muafakat tetapi tidak sepakat?

 


JIKA ikut perancangan awal, Anwar Ibrahim dijangka mendapat jawatan Perdana Menteri (PM) pada bulan November atau selepas Sidang Kemuncak APEC November ini. Itu janji Dr. Mahathir Mohamad pada Disember 2019 dan beliau mengulangi kenyataan itu pada Februari lalu. Malangnya Dr. Mahathir meletak jawatan dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbubar.

Anwar terlepas peluang November tetapi beliau terus ‘bekerja’ bagi merealisasikan impiannya. Kini beliau mendakwa mendapat peluang itu. Semalam beliau dengan penuh yakin menyatakan “saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong,”.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan berapa ramai dan siapa MP itu tetapi kenyataan ikhlas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan laluan bagi melorongkan hasrat Anwar ke Putrajaya.

Kata Zahid : UMNO dan BN tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau. Saya dimaklumkan ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN menyatakan sokongan (kepada Anwar). Saya menghormati pendirian mereka,”.

Tertunaikah hasrat Anwar untuk mendapatkan jawatan idamannya dalam tempoh yang lebih awal? Atau Anwar sekali lagi akan dikecewakan? Pelbagai reaksi diberi terhadap kenyataan Zahid termasuk ada yang mengatakan itu hanyalah strategi untuk membubarkan Parlimen. Apa terjadi jika MP UMNO menyeberang dan tidak ada pembubaran?

Dalam hal ini apakah status sebenar MP yang ‘direstui’ atau akan ‘dibebaskan’ oleh UMNO untuk menyokong Anwar?

Memang benar UMNO dan BN bukanlah komponen dalam gabungan PN. Sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan MP UMNO dan BN serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri.

BN atau UMNO tidak menarik diri daripada kerajaan PN tetapi apabila ada ‘ramai’ MP UMNO dan BN yang menyokong Anwar maknanya kerajaan PN akan tumbang. Dan adakah tumbang itu akan membawa kepada pembentukan kerajaan baharu atau Parlimen dibubarkan?

Anwar yang sudah lama ‘bekerja’ untuk memenuhi agenda perjuangannya pasti tidak memandang ringan kemungkinan ini. Beliau juga harus bijak membuat percaturan supaya sokongan itu tidak membawa rebah. Mungkin untuk lebih selamat, MP yang bersetuju perlu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar. Pastikan hanya satu SD, bukan seorang dua SD, satu sokong, satu tidak.

Dan jika ini berlaku apakah status MP UMNO atau BN berkenaan? Bolehkah mereka ini dianggap sebagai ‘katak’ atau pengkhianat kerana menyokong Anwar dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin? Adakah keahlian mereka gugur secara automatik kerana mengalihkan sokongan? Lebih penting kenapa mereka perlu bersekongkol untuk meruntuhkan kerajaan? Memang menarik isu ini.

Tidak mustahil akhirnya ada yang sekadar menang sorak, ada yang menang jadi arang, dan ada yang akan berputih mata atau yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran. Jika UMNO ikhlas, hasrat MP UMNO yang berpaling sokongan itu patut dibincangkan bersama Pas, rakan Muafakat Nasional (MN). Ingatlah Pas ada di dalam PN. Ia rakan UMNO.

Apa guna muafakat tetapi tidak sepakat. Ketika Pas tetap menyatakan sokongan terhadap PN, UMNO dan BN pula melalui Ahmad Zahid telah bertindak sebaliknya. Benar UMNO bukan dalam BN tetapi rakan MN bagaimana?

Perancangan atau sandiwara apa yang cuba dipentaskan sekarang? Pelbagai andaian timbul. Adakah tindakan itu benar-benar ikhlas atau ada agenda seperti udang di sebalik batu atau marahkan nyamuk kelambu dibakar?

Jika mahu dibubarkan, terus sahaja berbincang secara berdepan bukan mengguna ‘pintu belakang’ atau seperti menikam kawan dari belakang. Tindakan seumpama ini hanya menimbulkan keresahan, kebimbangan dan kebencian terhadap pemimpin tertentu. Lebih malang jika kebencian itu diterjemahkan kepada organisasi yang bernama UMNO.

Cerita Anwar untuk menjadi PM sepatutnya sudah berakhir selepas peletakan jawatan Dr. Mahathir. Anwar patut menunggu pilihan raya umum (PRU) yang boleh dipercepatkan. Sekarang adalah masa untuk berperang dengan Covid-19, mencari penawar dan ubat kepada ‘kecederaan dan kesakitan’ yang sedang dialami.

Amat malang gelora politik hari ini berlaku ketika negara malahan dunia sedang berperang dengan pandemik Covid-19 yang bukan sahaja membunuh tetapi meragut ‘nikmat’ kehidupan, mengekang kebebasan dan paling parah menghilangkan pekerjaan, menjejaskan pendapatan, mewujudkan pengangguran dan pelbagai lagi.

Jangan kerana rebutan kuasa, rakyat terus menderita dan negara terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi. Sekarang adalah masa untuk berperang memulihkan pelbagai ‘kerosakan’ akibat pandemik ini, bukan ‘merosakkan’ apa yang ada. Sekarang bukan masa berperang untuk merebut takhta dan kuasa. Cukuplah!

HASSAN MD. NOR

#Sumber : Media Rakyat

Rapuhnya ikatan PN dan MN

 


Mungkin ada yang bakal tidak berpuashati terhadap isu yang akan diulas seketika nanti berkenaan tajuk di atas.tetapi kebenaran isu memang rasanya pahit,namun apakandaya terpaksa ditelan juga..

Apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan propa pada 23hb yang lepas,kononnya beliau memilki mejoriti ..Ramai yang mula membicarakan isu tersebut sehinggakan hampir seluruh wsapp,telegram group dan fb2 dilihat menjadi huru hara serta mula saling menyerang sesama sendiri.

Diikuti pula kenyataan kononnya Presiden Umno DSAZH juga seolah2 mempunyai agenda tersendiri apabila dikatakan bahawa beliau tiada halangan untuk menyekat mana2 AP umno yang mahu menyokong Anwar..

Maka suasana mula menjadi bertambah panas..bermulalah pelbagai bagai teori,persepsi serta saling menuding jari mahupun menghentam sesama sendiri..

Walhal seandainya benar DSAZH berkata sedemikian.kita seharusnya sedar.meskipun beliau seorang presiden parti.namun beliau tiada hak untuk menghalangi mana2 AP umno yang mahu melompat.dan inilah bukti beliau menghormati sistem demokrasi yang negara kita amalkan..

Memang sukar dan teramat berat memikul tanggungjawab sebagai seorang presiden ini..andai dihalang AP melompat bakal dituduh sebagai ditaktor atau kuku besi...namun bila tidak dihalang..dituduh pula berkonspirasi..lucu betul..

Ada juga yang beranggapan kononnya DSAZH telahpun bersetuju untuk menyokong Anwar kerana untuk melepaskan dirinya daripada pendakwaan..tetapi apakah tanggapan tersebut benar?? Walhal semua tahu bahawa Umno juga adalah parti yang telah menyokong untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam menjaga kestabilan politik..apakah DSAZH tidak berpeluang untuk meletakkan syarat kepada Bersatu agar tiada pendakwaan dilakukan terhadap AP2 tertentu sekiranya mahukan sokongan Umno sebelum terbentuknya kerajaan ini??

Apapun dengan propa yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim ini,ianya secara tidak lansung telah menampakkan betapa lemahnya ikatan PN dan MN yang terbentuk selama ini.penyokong2 saling mengutuk dan menyerang pihak yang lain seolah olah matlamat tertubuhnya PN dan MN itu hanyalah sekadar cakap tidak serupa bikin.

Amat jelas kelihatan betapa rapuhnya hubungan perpaduan tersebut.sikap taksub mula terpamer tanpa mengira daripada parti mana sekalipun..bersatu,pas mahupun umno..bibit bibit perpecahan mula kelihatan bersinar..

Seharusnya PN dan MN berusaha untuk mengukuhkan ikatan agar menjadi satu simpulan mati yang tidak mungkin mampu lagi dileraikan oleh mana mana pihak apabila datangnya badai melanda..

Bukannya saling memanjat dan memijak satu sama lain demi menyelamatkan kepentingan kendiri.
Sungguh mengecewakan ...matlamat menjaga perpaduan demi agama,bangsa dan tanah air yang telah diusahakan oleh para pimpinan daripada parti masing masing seolah olah tiada membawa apa apa kesedaran dan penghayatan terhadap akar umbinya.pengorbanan bersama sama selama ini dalam menegakkan perjuangan menjadi longlai hanya dengan satu propaganda murahan daripada pihak lawan..

Sedarlah segera..rapatkan semula saf kita..berat sama dipikul ringan sama dijinjing.bersatu menyahut dugaan dengan saling kukuh mengukuhkan..bukan jatuh menjatuhkan..

Amka Amat

#Sumber : Minda Rakyat

PELIK TAPI BENAR:Remaja hadapi situasi air mata berdarah

Kejadian airmata berdarah dihidapi Doris sukar diperjelaskan dari segi perubatan.Gambar Agensi

Agensi

Sao Paulo: Doktor di sebuah hospital di bandar terbesar di Brazil di sini, bingung apabila seorang remaja perempuan menangis air mata darah untuk tempoh lebih seminggu.

Kejadian aneh dialami Doris, 15, masih tidak dapat difahami doktor yang merawatnya.

Oddity Central melaporkan remaja itu mula mengadu sakit 12 September lalu sebelum ibunya, Juliana Teixeira de Miranda menghantar anak gadisnya itu ke hospital berkenaan.

"Dia (Doris) mengadu sakit di bahagian perutnya dan doktor mendiagnosis ia sebagai batu karang. Doktor memberikannya ubat sebelum dia dibenarkan pulang.

"Namun keesokannya, Doris terpaksa dikejarkan ke bilik kecemasan hospital sebab matanya mengeluarkan darah.

"Doktor memeriksa Doris tetapi tidak dapat menentukan punca air matanya berdarah. Oleh kerana dia tidak mengadu sakit atau tidak selesa, dia dibenarkan pulang," kata Juliana.

Wanita itu berkata, anak gadisnya itu sudah menjalani banyak ujian, namun doktor masih tidak menemui punca kejadian.

Menurutnya, beberapa jam selepas kali kedua pulang dari hospital, darah mula mengalir dari kedua-dua belah mata Doris dan ia menyebabkan keluarganya bimbang.

"Sekali lagi, Doris dibawa ke hospital. Tetapi masih tiada doktor yang dapat memberitahu puncanya.

"Dia menjalani ujian tomografi dan beberapa ujian lain namun doktor tidak menemui apa-apa yang dapat merungkaikan kejadian itu.

"Oleh kerana masih tidak ada jawapan, doktor memintanya untuk melakukan beberapa ujian lagi minggu ini," katanya.

Juliana menegaskan keluarga akan melakukan apa saja yang diminta doktor kerana mahu mengetahui punca keadaan berkenaan.

Doris mengatakan bahawa air matanya berdarah sejak 13 September dan gejala aneh itu kerap berlaku pada waktu siang.

Sementara itu, pakar mata Rafael Antonio Barbosa Delsin berkata, kehadiran darah dalam air mata disebut hemolacria.

"Ia suatu keadaan yang sudah dijelaskan dalam jurnal perubatan. Rawatan bergantung pada penyebabnya. Tetapi kadang-kadang ia hilang secara tiba-tiba, tanpa rawatan dan tanpa diagnosis yang pasti," katanya.

Bagi Dr Leandro Fonseca pula, kes itu bukanlah rumit untuk dirawat.

"Bergantung penyebabnya, ia boleh dirawat dengan antibiotik dan ubat hormon. Keadaan ini jarang menyebabkan masalah kesihatan lain bagi pesakit," katanya

-myMetro

Khamis, 24 September 2020

Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar kata Hishamuddin

 


Umno tidak perlu melayan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkenaan memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein yang menyifatkannya sebagai propaganda untuk mengalihkan perhatian menjelang PRN Sabah.

Pada masa sama Hishammuddin juga berpesan bahawa Umno perlu berwaspada dan sedar akan bahaya menyokong presiden PKR itu, yang menurutnya membuka pulang kepada DAP untuk berkuasa.

"Umno mesti berwaspada dengan taktik Anwar dan sedar bahaya menyokongnya. Ia hanya akan membuka peluang kepada DAP untuk lebih berkuasa di negara ini seterusnya membawa mudarat kepada kepentingan agama, bangsa dan negara yang kita perjuangkan selama ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Apa jua yang diumumkan Anwar semalam, perkara paling penting untuk parti ialah fokus kepada usaha memenangi PRN Sabah.

"Jangan rencatkan usaha, mengganggu fokus dan mematahkan semangat mereka dengan kenyataan yang boleh menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli Umno dan jentera BN," kata bekas naib presiden Umno itu lagi.

Kenyataan Hishammuddin itu tampak berbeza dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berkata dia dimaklumkan ramai anggota parlimen Umno dan BN yang menyokong Anwar dan parti tidak dapat menghalangnya.

Zahid juga menegaskan Umno dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sokongan terhadap kerajaan hanyalah menerusi anggota parlimen.

Hishammuddin pula berkata keputusannya untuk menyertai pentadbiran adalah berdasarkan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri serta anggota parlimen kerajaan perlu turut memberi sokongan padu kepada Muhyiddin.

"Jangan kita jadi anggota penting kerajaan, menikmati kelebihan tapi pada masa sama tidak sokong kepimpinan. ini mesti menjadi peringatan untuk semua menteri, timbalan menteri dan ketua GLC yang dilantik.

"Jika ada anggota kerajaan bertekad sudah tidak mahu menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada, eloklah berundur daripada kerajaan," katanya lagi.

Semalam, pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menyuarakan sokongan terhadap kenyataan Zahid, menyifatkannya untuk mententeramkan akar umbi parti itu yang tidak senang terhadap kerjasama dengan Bersatu.

Malah dia juga dipetik The Malaysian Insight berkata Hishammuddin antara anggota parlimen Umno yang membuat perjanjian dengan Muhyiddin dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang turut melibatkan Hamzah Zainuddin - pemimpin Umno sebelum menyertai Bersatu.

'Anwar patut malu'

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata semua anggota parlimen Bersatu menyokong penuh Muhyiddin yang menurutnya telah membuktikan kemampuan membela nasib rakyat di saat penularan Covid-19.
Ahmad Faizal Azumu
Katanya lagi, anggota parlimen Bersatu juga berpendirian pengumuman Anwar semalam hanyalah gimik politik dan tidak lebih sekadar percubaan mengkucar-kacirkan kepimpinan negara di saat rakyat semakin yakin dengan Muhyiddin.

"Jika Anwar benar-benar mempunyai sokongan majoriti, dia seharusnya membuktikan dakwaan itu menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan.

Hishammuddin pula berkata Anwar patut berasa malu atas tindakan yang menurutnya hanya memikirkan kepentingan peribadi tanpa mengendahkan kebimbangan rakyat di saat wabak Covid-19 masih menjadi ancaman.

"Propaganda seumpama ini sudah dilakukan Anwar berkali-kali.

"Kalau betul sudah ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat, beritahulah kepada umum, berapa orang anggota Parlimen yang menyokong dan dedahkanlah siapa anggota Parlimen Umno yang berpaling tadah," katanya lagi.

Credit:Wak Labu Farm

Umno akan menang besar jika rancangan Anwar tercapai, kata sumber PH, penganalisis

Dua belas ke 15 ahli Parlimen Umno dikatakan menyokong rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru. 

 PETALING JAYA: Umno bakal menjadi pemenang terbesar jika ketua pembangkang Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan baru, kata sumber dalaman Pakatan Harapan (PH) dan penganalisis.

 Mereka berkata, sebilangan ahli Parlimen Umno menyokong Anwar dengan harapan langkah itu akan membuka jalan kepada pilihan raya baru yang akan dimanfaatkan oleh parti itu.

 Menurut seorang pemimpin PH, setakat ini antara 12 ke 15 ahli Parlimen Umno merakamkan sokongan kepada Anwar, sementara individu dari Sabah dan Sarawak menunggu beliau diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong. 

 “Ahli Parlimen Umno menyokong Anwar dengan harapan ia akan membuka jalan kepad pilihan raya baru secepat mungkin dan mereka menyasarkan untuk menguasai kerajaan dengan mandat lebih besar.

 “Ini adalah ahli Parlimen yang tidak mahu PPBM mengetuai gabungan kerajaan,” katanya yang enggan dikenali kepada FMT. 

 Beliau berkata, “persefahaman semasa” yang ada ialah melantik Anwar sebagai perdana menteri, sementara seorang ahli Parlimen Umno sebagai timbalan beliau. 

 “Ini juga bergantung pada bilangan ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang akan menyertai gabungan baru itu.”

 
Awang Azman Pawi. 

 Seorang lagi pemimpin PH berkata, pada masa ini Anwar mendapat sokongan 36 ahli Parlimen PKR, 42 dari DAP, 11 Amanah dan 9 dari Warisan, tidak termasuk ahli Parlimen Umno serta Sabah dan Sarawak yang dijangka menyertai beliau.

 “PPBM perlu mencari jalan untuk kekal relevan sewaktu tolak-menolak ini berlaku sekiranya ia tidak mahu kecundang,” katanya.

 Penganalisis politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, tempoh beberapa minggu ini penting sewaktu negara menunggu pengumuman baru Anwar selepas beliau menghadap Agong. 

 Awang Azman bagaimanapun berharap walau apapun gabungan baru yang terbentuk ia tidak akan menatijahkan pilihan raya kilat kerana negara masih terdedah kepada bahaya wabak Covid-19.

 “Pilihan raya umum berikutnya hanya perlu diadakan pada 2023. Mari kita tunggu sehingga tarikh itu dan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan bilangan kes baru, selain memulihkan ekonomi,” katanya.

 
James Chin

 James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, Anwar belum mendedahkan bilangan ahli Parlimen yang menyokong beliau.

 “Mereka yang menyokongnya sekarang pun boleh beralih sokongan pada saat akhir,” katanya kepada FMT.

 Beliau berkata, dengan andaian majoriti ahli Parlimen menyokong Anwar, maka beliau dan Umno akan menjadi pemenang terbesar sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang. 

 “Kebanyakan orang mengetepikan beliau selepas beberapa percubaannya untuk menjadi perdana menteri. 

Sekarang, jika beliau ada sokongan, maka Anwar akan kembali,” katanya. Pada sidang media semalam Anwar mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

 “Sokongan yang saya terima adalah konklusif. Saya tidak bercakap tentang 4, 5 atau 6 (ahli Parlimen yang menyokong). 

Saya bercakap tentang jumlah lebih besar daripada itu,” katanya.

 Istana Negara mengesahkan Agong bersetuju untuk menerima Anwar menghadap semalam, tetapi ditangguhkan kerana Sultan Abdullah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).-FMT

Bagaimana Anwar akan jadi PM jika kes Lembaga Pengampunannya kalah?


Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana beliau akan berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung kes Lembaga Pengampunan.

Itu dinyatakan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang memfailkan saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Presiden PKR itu bagi mencabar nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pihak lembaga berkenaan pada 16 Mei 2018.

Menurutnya, sungguh pun Anwar tidak akan kembali ke penjara sekiranya kalah dalam kes itu tetapi beliau kemungkinan hilang kerusi Parlimen Port Dickson yang disandangnya.

“Apa akan jadi jika saya menang dalam saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Anwar Ibrahim ini? Adakah Anwar akan masuk penjara kembali (semula)? Jawapannya, tidak.

“Tetapi, Anwar akan hilang kerusi Parlimen Port Dickson secara serta merta dan beliau tidak dapat bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. Itu sahaja,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Anwar diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 2018 selepas dijanjikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membentuk kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) selepas menang PRU- 14.

Anwar yang ketika itu berada di Hospital Rehabilitasi Cheras dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 1,557 hari atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Bagaimanapun, Mohd Khairul Azam mendakwa pengampunan penuh itu bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Dakwanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna selepas pembentukan kerajaan baharu PH dan adalah mustahil bagi Lembaga Pengampunan dapat bersidang memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan pengampunan kepada Anwar.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan rayuan pengampunan Anwar, menyebabkan nasihat diberikan tidak sah dan terbatal.

Namun, pada 21 September lalu, Anwar dan Lembaga Pengampunan gagal membatalkan saman dikemukakan Mohd Khairul Azam yang mencabar kesahan pengampunan penuh diberikan kepadanya, dua tahun lalu.

Hakim, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati Mohd Khairul Azam sebagai seorang awam dan peguam, mempunyai hak di sisi undang-undang atau locus standi untuk memfailkan saman berkenaan.

#Sumber : Minda Rakyat

KEMELUT POLITIK:Dah Macam Kartun,Bubar Parlimen Jalan Terbaik Kata Tajuddin

Bubar Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata ia langkah terbaik daripada membiarkan perbuatan melompat parti yang mengakibat keadaan negara huru-hara.

"Muhyiddin Yassin ada pilihan, dia boleh bubarkan Dewan Rakyat dan pilihan yang terbaik adakan PRU, baru biar rakyat tentukan siapa dapat mandat.

"Lompat melompat parti dah jadi macam kartun, dah jadi politik caca marba. Bubar saja Parlimen bagi pada rakyat biar rakyat tertentukan.

"Yang melompat (parti) tentu ada ganjaran, wakil rakyat boleh dijual beli beli dengan duit dan pangkat apa jenis politik kita ini, kita nak wakil rakyat yang bekerja, berwibawa dan berintergriti," katanya kepada Malaysiakini.

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan politik semasa hari ini yang menyaksikan Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan.

Anwar memaklumkan perkara itu dalam sidang media berkenaan di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pada sidang media sebentar itu, Anwar mendakwa dia sudah memiliki sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan namun enggan mendedahkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa lebih wajar jika dia menyerahkan jumlah sokongan wakil rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil, bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” kata Anwar.

Tajuddin berkata, Anwar boleh membuktikan yang beliau mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan di Dewan Rakyat.

Katanya, Ketua Pembangkang itu perlu membuktikan yang beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

"Kalau dalam Parlimen ada perubahan dan dapat sokongan majoriti baru boleh iktiraf sebagai alasan jatuh kerajaan (yang ada kini).

"Kalau ada nombor buktikan dalam Parlimen, tak boleh gegar cakap ada nombor. Jadi, dia tak boleh kata (kerajaan PN) jatuh," katanya.-mk

Rabu, 23 September 2020

Ringgit terjejas akibat Anwar kemaruk nak jadi PM

 


KUALA LUMPUR:
 Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS pada penutupan hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, yang dilihat sebagai mata wang selamat di tengah-tengah persekitaran politik AS, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1520/1570 berbanding 4.1320/1370 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata pelabur beralih kepada dolar AS selepas urus niaga lindung nilai di kebanyakan pasaran menyebabkan tarikan menjadi kurang bagi memegang risiko.

"Tambahan pula, 29 Sept ini akan menyaksikan perdebatan pilihan raya AS yang pertama, yang mungkin mencerahkan beberapa kebimbangan mengenai risiko politik di negara itu," katanya kepada Bernama.

Innes ketika mengulas mengenai pasaran tempatan memberitahu ringgit terjejas teruk selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan penggubal undang-undang yang boleh mencetuskan pilihan raya segera.

"Pilihan raya seperti ini amat membimbangkan bagi pasaran mata wang. Saya rasa ini pemacu terbesar pada hari ini sehingga menyebabkan ringgit jatuh.

"Di samping itu, indeks harga pengguna Ogos (IHP) merosot lebih jauh daripada yang dijangkakan, memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) ruang yang mencukupi bagi memperkenalkan sebarang polisi. Jadi kemungkinan, ia akan memperkenalkan kadar pengurangan dan menjejaskan ringgit bagi jangka pendek," katanya lagi.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, IHP berkurangan sebanyak 1.4 peratus dari tahun ke tahun kepada 120.1 pada Ogos 2020 daripada 121.8 yang direkodkan oleh bulan yang sama tahun lepas.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan lebih rendah.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0411/0459 daripada 3.0293/0337 semalam dan susut berbanding pound British kepada 5.2872/2944 daripada 5.2836/2908.

Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.8628/8703 daripada 4.8497/8560 sebelum ini dan jatuh berbanding yen kepada 3.9539/9598 daripada 3.9514/9570.-Bernama