"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Jumaat, 2 Oktober 2020

CARA KEMASKINI BPN 2.0

 

CARA KEMASKINI BPN 2.0

Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan dibayar pada bulan Oktober 2020. Persoalannya adakah perlu pemohon buat kemaskini dan bagaimanakah   CARA KEMASKINI BPN 2.0?

Untuk permohonan baru, sila baca CARA DAFTAR BPN 2.0 terlebih dahulu.

APA MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI DALAM BPN 2.0?

Memandangkan bahawa platform kemaskini masih lagi menggunakan portal https://bpn.hasil.gov.my, maka tidak ada perbezaan dengan proses update seperti sebelum ini.

Secara amnya, berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu kemaskini:

Baca tentang 4 PERKARA ANDA MESTI TAHU TENTANG BPN 2.0

NOMBOR AKAUN BANK TERKINI

Contohnya, dulu guna CIMB Bank untuk terima pembayaran.Tapi anda sudah tutup akaun bank CIMB Bank atas sebab-sebab tertentu.Maka, anda perlu gantikan bank yang lain seperti Maybank (jika ada ada akaun)

STATUS PERKAHWINAN TERKINI

Jika anda sudah berkahwin, jangan lupa kemaskini BPN 2.0 jika status dalam sistem masih bujang.

Kepada yang masih bujang cepat mohon BPN 2.0 BUJANG dapat RM500 atau RM300 jika layak

Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Prihatin Nasional 2.0 jika status dalam sistem masih berkahwin.

NOMBOR TELEFON TERKINI

Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu update dalam portal BPN.

Sekiranya anda gagal untuk kemaskini BPN 2.0 dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

MAKLUMAT ANAK TERKINI

Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu kemaskini BPN 2.0

CARA KEMASKINI BPN 2.0

1.Layari portal BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my

2.Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan

3.Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda

4.Tekan butang Semak

5.Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem

6.Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan.Anda akan dapat lihat:

  • Nama
  • No MyKad
  • Status Permohonan
  • Jumlah Keseluruhan BPN
  • Maklumat Pendapatan

7.Selepas Papar Borang, tekan butang Kemaskini

8.Jika ada maklumat diri anda yang sudah berubah, sila buat kemaskini

Rujuk disini untuk buat SEMAKAN PEMBAYARAN BPN 2.0

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN BPN 2.0

Jika anda ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BPN 2.0  berkenaan kemas kini, sila hubungi Kementerian Kewangan Malaysia melalu mana-mana talian berikut:

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

sumber: kekandamemey

4 PERKARA ANDA MESTI TAHU TENTANG BPN 2.0

 

4 PERKARA ANDA MESTI TAHU TENTANG BPN 2.0

Ramai yang ingin tahu, apakah isu yang penting patut anda tahu tentang BPN 2.0?

Kami akan bincangkan beberapa isu tentang bagaimana jika Akaun Bank Salah,  Akaun Tidak Aktif ,Cara Tuntutan Tunai.

Ini adalah contoh 4 PERKARA ANDA MESTI TAHU TENTANG BPN 2.0

  • Perlukah kita mohon untuk bantuan ini ?
  • Bagaimanakah pembayaran ke akaun bank yang tidak aktif atau salah?
  • Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di negeri sabah dan Sarawak?

Jika anda ingin tahu tentang BPN 2.0,boleh baca lebih lanjut tentang BPN 2.0

1) Adakah saya perlu membuat permohonan BPN 2.0?

Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini

2) Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0? Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 – 15 November 2020 (1 bulan).

Anda boleh memohon BPN 2.0 ini pada 15 oktober hingga 15 november 2020.

3) Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak?

Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat secara penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

4) Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu saya lakukan?

Tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan.

Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my.

Penerima BPN2.0 perlu memastikan data akaun bank adalah tepat bagi memastikan pembayaran dapat disalurkan ke akaun yang betul.

Jika anda ada apa-apa soalan yang lain tentang bpn 2.0 ini , anda boleh rujuk ke web site ini.


sumber:kekanda memey


OH AHLI POLITIK:Peningkatan kes Covid-19 mendadak

 


Yang melompat parti sehingga menyebabkan kerajaan Negeri jatuh ialah AHLI POLITIK.
Yang mengadakan pilihanraya sewaktu musim Covid-19 pun AHLI POLITIK.
Yang pergi berkempen dalam keadaan risiko penyebaran Covid-19 pun AHLI POLITIK.
Yang tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari Sabah pun ialah AHLI POLITIK
Yang menyebabkan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 sampai 260 kes pada hari ini pun adalah berpunca dari AHLI POLITIK.

Tetapi jika berlaku semula PKP yang ketat atau dilaksanakan PKPD maka yang SUSAH DAN SENGSARA ialah RAKYAT

Yang dibuang kerja, yang tidak cukup makan minum dan dibebani hutang ialah RAKYAT.
Ahli politik?

Mereka gaji jalan, elaun puluh ribu.
Rasuah dan simpanan duit berjuta.

Tidak ada ahli politik ini yang memikirkan soal rakyat. Mereka hanya fikirkan isi perut dan isi kantung bank mereka.

Jika ada nescaya mereka tidak akan pergi ke Sabah, membuat bermacam hal semasa PKP dan penyebaran covid-19 ini.

Ya Allah ya tuhanku, kau tunjukkanlah dan berikanlah balasan segera dan setimpal kepada pimpinan negara yang menyebabkan rakyat sengsara dan menderita kerana kepentingan peribadi dan politik mereka, tanpa mengira dari parti mana sekalipun, agar menjadi pedoman di masa kini dan masa hadapan.

Rakyat negara ini berhempas pulas bertahan untuk mematuhi perintah kawalan, sanggup mengeluarkan wang persaraan masa tua, sanggup menggadaikan harta benda, sanggup dibuang kerja, demi menghadapi tekanan ekonomi kerana wabak covid19 ini, tetapi para pemimpin mereka rakus merebut jawatan, beroleh kemewahan tanpa sempadan.

Engkau tunjukkanlah kekuasaanMu, pemilik segala kerajaan di langit dan di bumi.

-mindarakyat

SEDIH:Marhaien mengeluh orang politik bawa pulang durjana

 Sekali lagi malaysia dilanda gelombang covid19. Kali ini seperti dilihat lebih serius. Dengan situasi kes yang kembali meningkat, semestinya merisaukan rakyat marhaen yang bertungkus lumus memastikan rangkaian covid19 dapat diputuskan. 

Ibarat retak menanti belah. Kerana gila berpolitik di sabah yang ketika itu berlaku penularan besar covid19, semua macai balaci politik seolah merasakan diri mereka kebal atau virus covid memilih parti untuk dihinggap. 

SOP? Persetan
Denda? Rakyat jerr

Kenapa perlu membabitkan semenanjung untuk pergi ke sabah berkempen. Apa pemimpin disabah buta idea untuk berkempen?

Berbaloikah sekarang mendenda rakyat tapi bisu semasa kempen PRN Sabah.







Khamis, 1 Oktober 2020

Siti Sarah, Shuib dipanggil SPRM?

 


KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes membabitkan pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Difahamkan, pasangan selebriti itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Menurut sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Jelasnya, selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Utusan Malaysia cuba mendapatkan pasangan selebriti ini untuk pengesahan namun gagal dihubungi.

Terdahulu,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Mahathir ‘Gila Talak’, masih mengaku UMNO partinya


Semalam Malaysia Gazzate telah menyiarkan satu wawancara eksklusif mereka bertajuk ‘Tun Akan Maafkan Najib?’ dengan menampilkan Tun Mahathir sendiri sebagai watak utama dalam wawacara tersebut.

Wawancara yang sepatutnya disiarkan lebih awal tetapi telah ditunda beberapa kali atas sebab yang tidak diketahui sehingalah disiarkan pada jam 11.10 malam.

Ada pelbagai persoalan  yang telah dikemukan oleh MG kepada Mahathir tetapi seperti biasa Mahathir hanya menafikan penglibatan beliau dan menafikan segala perkara yang berkaitan dengan beliau.

Soalan yang dibangktikan adalah berkaitan dengan soal politik dan pentadbiran kerajaan dan parti dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada Muhyiddin sebagai PM.

Pendek kata semuanya adalah berkisar dengan kesalahan pendahulu dan pengganti beliau dalam membuat keputusan politik dan pentadbiran negara. Semuanya bersalah dan hanya beliau sahajalah yang betul dan yang paling betul.

Apa pelbagai persoalan MG yang boleh dibincangkan secara mendalam tentang jawapan – jawapan Mahathir yang sebenarnya menampakkan kelemahan beliau menafikan fakta – fakta yang sememangnya diketahui oleh umum terutama berkaitan dengan kronisme dan nepotisme yang berlaku di zaman beliau.

Apa yang menarik pada akhir wawancara berkenaan Mahathir telah ditanya adakah beliau sudi memaafkan Najib sepertimana beliau memaafkan Anwar yang mempunyai krisis yang lebih lama dengan beliau.

Mahathir memaklumkan bahawa beliau tidak akan dapat memaafkan Najib sampai bila – bila.

Namun jawapan Mahathir ini tidaklah begitu mengejutkkan kerana kita perlu faham ego Mahathir yang amat sakit hati dengan Najib.

 Alasan Mahathir kerana Najib memusnahkan UMNO dan membuat orang benci ada UMNO yang juga partinya.

Mahathir masih mengaku UMNO adalah partinya walaupun hakikatnya parti beliau kini adalah Pejuang, sebelum ini Bersatu dan bukannya lagi UMNO. Mahathir telah lama buang UMNO dari dirinya.

Sebenarnya ada pelbagai isu peribadi antara mereka berdua yang tidak selesai yang menimbulkan dendam yang mendalam terutamanya beberapa perkara yang melibatkan permintaan peribadi Mahathir secara khusus yang Najib tidak mahu tunaikan.

Ketika sebelum PRU14 orang Melayu secara umum membenci UMNO kerana sentimen dan hasutan politik yang dilakukan oleh beliau sendiri. Tetapi kini majoriti orang Melayu dan rakyat Malaysia sedar mereka telah terpedaya dan di tipu oleh mainan persepsi PH.

Kini orang Melayu dan rakyat ammnya membenci Mahathir kerana tindak tanduknya dari dahulu sehinggalah menjadi barua dan alat kepada DAP.

Sebab itu kini Mahathir hilang sokongan orang Melayu dan rakyat dan bukannya UMNO seperti dakwaan Mahathir.

Jadi tidak perlulah gila talak membabitkan orang Melayu diatas kebencian yang kamu tanam dalam hati kamu sendiri.

Bersambung…

Yeop Karai

-mykmu

Kematian yang dicemburui:Abang Man meninggal ketika melaungkan azan Subuh

Kematian yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Rosliman atau mesra dipanggil abang Man, apabila disahkan meninggal dunia ketika sedang melaungkan azan Subuh di Surau Ar-Rayyan pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Allahyarham dikatakan baru sahaja melaungkan dua rangkap dari kalimah Azan sebelum terhenti dan menimbulkan tanda tanya penghuni Apartmen Sri Ixora Seksyen 27, Shah Alam.

Menurut cerita yang dikongsikan Lembaga Zakat Selangor, arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.

“Seluruh penghuni apartment berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ini cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti.

“Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas. Selang kemudian terdengar ajk (Ahli Jawatankuasa) lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga abang Man turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.

“Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan. Abang Man, telah kembali bertemu penciptanya dalam keadaan semua orang berimpikan iman,” katanya.

Salah seorang jemaah yang rapat dengan arwah sebak dan menceritakan baru semalam arwah bersungguh mahu menjayakan majlis kesyukuran rakan mereka, Ustaz Sahari yang baru sahaja keluar dari hospital.

“Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi O kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.

“Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau,” luahnya lagi.


Guru wanita positif Covid-19, SK Permatang Janggus di P.Pinang ditutup hingga 8 Oktober

 

Sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang ditutup berikutan seorang gurunya positif Covid-19. Gambar hiasan

SEBUAH sekolah rendah di Pulau Pinang diarahkan ditutup buat sementara waktu susulan seorang gurunya didapati positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga diarahkan untuk ditutup berkuatkuasa bermula Khamis (hari ini) sehingga 8 Oktober bagi membendung penularan pendemik Covid-19.

"Setakat ini, sekolah itu akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),"katanya.

Katanya beliau belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus, namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan Covid-19 yang dijalankan di sekolah hari ini.

Difahamkan guru wanita berusia lingkungan 40-an itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah, sebelum mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kedah kerana tinggal di Sungai Petani dan ujian Covid-19 mendapati dia positif.

Difahamkan guru wanita itu isteri kepada seorang ahli politik di Kedah dan suaminya sebelum itu pergi berkempen di Sabah, semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Sementara itu tinjauan Bernama di sekolah berkenaan mendapati ibu bapa serta penjaga menunggu anak-anak mereka yang menjalani ujian saringan Covid-19 dalam kawasan sekolah, sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Menurut mereka, pihak sekolah memaklumkan kepada waris menerusi aplikasi WhatsApp pagi ini yang kesemua 600 murid perlu menjalani ujian saringan Covid-19 tersebut, dan diarahkan dikuarantin di rumah. - BERNAMA

 

Elok bermaaf-maafan untuk lembaran baru kerjasama PN, BN

  

SEMUA pihak dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional diajak untuk bermaaf-maafan serta membuka lembaran baru kerjasama yang lebih kukuh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Kepimpinan dan ahli parti dalam PN dan BN juga wajar menghentikan serta merta kenyataan yang boleh mengguris hati dan perasaan yang tidak melambangkan pendirian parti masing-masing.

Naib Presiden Bersatu Mohd. Fariq Naizamohideen berkata, serangan seharusnya dihala kepada pihak musuh dan bukannya sesama sendiri.

“Semua Pimpinan PN mahupun BN harus menghentikan perbalahan secara terbuka termasuk melalui kenyataan media dan kenyataan di media-media sosial. Gunakan platform & forum yang betul seperti diskusi tertutup untuk menguruskan segala perbezaan pendapat.

“Perbuatan menyerang sesama sendiri akan hanya menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita dan menguntungkan serta menggembirakan pihak lawan,” kata Mohd. Fariq dalam satu kenyataan.

-Wak Labu Farm

Selepas ditekan keluar Umno dari PN, Zahid didesak lantik Najib Pengerusi BN

 "Kita perlukan tokoh dan ikon untuk BN. Najib lebih dari mampu untuk tugas ini berdasarkan track record beliau yang lalu," cerita Lokman Noor Adam menerusi FB Live beliau.

Tekanan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi bukan sekadar menarik ahli Parlimen Umno keluar dari kerajaan Perikatan Nasional sahaja bahkan beliau didesak supaya Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Menurut jurucakap kem Najib dalam Umno, Datuk Lokman Noor Adam, Zahid sekarang ‘tiada telur’ kerana ia sudah dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau didakwa di mahkamah semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

“Kita sekarang bagi tempoh tujuh hari untuk Zahid tarik balik semua MP Umno dari kerajaan PN. Jika Zahid tak nak, kita kena buat sesuatu… lepas tujuh hari, lawan tetap lawan.

“Cuma masalah kita sekarang, Zahid takda telur, Muhyiddin yang ada telur,” kata Lokman ketika menjelaskan apa yang berlaku di belakang tabir politik negara sekarang selepas beliau memaklumkan tempoh tujuh hari diberikan kepada Zahid.


Menurut Lokman (gambar), sebelum ini Zahid telah berjanji untuk mengadakan Mesyuarat Agung Umno untuk membolehkan ahli memilih semula pemimpin Umno, namun ia tidak dilaksanakan oleh Zahid.

Ia berlaku selepas habis tempoh Zahid bercuti selama enam bulan apabila beliau didakwa di mahkamah.

“Semasa mahu kembali semula, saya dan Datuk Jamal dipanggil Zahid dan turut hadir Rafi Awang Kecik, orang kanan Annuar Musa. Dia minta dipastikan laluan mudah untuk beliau kembali.

“Beliau berjanji kepada saya dan Datuk Jamal… akan adakan EGM beri laluan kepada Najib tanding, serah balik kepada bos (Najib) kerana tak boleh cooped up (tanggung tekanan). Dia nak dilantik jadi timbalan presiden pun boleh.

“Namun lepas itu, dia pujuk pula tak nak ada EGM. Dia akan lantik Datuk Najib jadi Pengerusi BN…saya sokong. Ini kerana kita perlukan tokoh dan ikon untuk BN. Najib lebih dari mampu untuk tugas ini berdasarkan track record beliau yang lalu,” cerita Lokman lagi menerusi FB Live beliau.

Namun perkara itu tidak berlaku kerana selepas itu Zahid hanya melantik Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN yang tidak ada sebarang status dalam struktor BN.

“Sebab itu, saya kata Zahid ini manusia paling munafik… tak boleh tunai janji,” kata Lokman menjelaskan kenapa beliau mula menyerang Zahid sekarang.

PILIHAN RAYA SABAH

Menurut Lokman, apa yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sabah juga menunjuk Zahid pemimpin yang lemah walaupun menurut beliau Sabah sentiasa menjadi simpanan tetap (fix deposit) untuk Umno dan BN.

“Sebelum pilihan raya Sabah, Bung Mokhtar telah umum BN akan bertanding semua 73 kerusi. Zahid overule dan kita tanding 43 je. Bila tidak tanding semua, orang tak yakin kepada BN menyebabkan kita menang hanya 14 kerusi sahaja,” kata Lokman.

Menurut Lokman, Umno dijanjikan sebagai Ketua Menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang namun selepas menang dan mendapat kerusi terbanyak, Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pula yang dilantik.

PEMULIHAN UMNO

Bagi Lokman, Umno tidak akan boleh pulih kembali jika terus bersama PN kerana ia akan sentiasa dikhianati oleh Muhyiddin yang menurut beliau atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dalam pilihan raya lalu, Umno bertanding 122 kerusi Parlimen. Bila kita kerjasama dengan Pas, sekurang-kurangnya kita kena bagi 30 kepada Pas, tinggal lagi 92.

“Bersatu sekarang menuntut 58 atau 60 kerusi. Last sekali selepas berbincang kita kena bagi sekurang-kurangnya 40 kerusi kepada Bersatu. Tinggallah 52 kerusi.

“Masa kita dihina seluruh duniapun (PRU – 14) kita masih boleh menang 54 kerusi.Tak gila ke, nak tanding 52 kerusi je ketika kita dah bangkit,” kata Lokman lagi.

-Dialog Rakyat

GRS ibarat bom jangka, kata penganalisis

Penganalisis politik meramalkan masa yang sukar untuk kerajaan GRS.

KOTA KINABALU: Penganalisis politik meramalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan sukar mengekalkan kesatuannya selepas kemenangan pada pilihan raya Sabah minggu lalu.

Mereka melihat potensi pergaduhan dalaman, persaingan sesama sendiri, dan personaliti yang kuat dalam gabungan yang longgar itu seperti pemicu yang akan memecahkan GRS.

Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak menarik perhatian kepada perkembangan pada Selasa lepas, antara Ketua Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin, dan Ketua Menteri Hajiji Noor.

“Nampaknya ini permulaan yang sukar bagi GRS…ini bukanlah langkah pertama yang bagus untuk sebuah kerajaan baharu,” katanya kepada FMT.

Arnold Puyok.

“Kalau mereka boleh bertahan selama kira-kira 6 bulan lagi, kita boleh anggap itu sebagai suatu kejayaan. Mari kita tengok apakah mereka boleh atasi perbezaan antara mereka dalam 6 bulan pertama ini.”

Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah, Hajiji mengumumkan penukaran portfolio Bung (perumahan dan kerajaan tempatan) dengan portfolio Timbalan Ketua PPBM Sabah, Masidi Manjun (kerja raya).

Ditanya apakah ada perbincangan awal mengenai pembahagian jawatan Kabinet Sabah antara parti komponen, Hajiji mengesahkan tetapi pertukaran itu dibuat ekoran perkembangan terbaharu.

Sumber memaklumkan Bung tidak berpuas hati dengan jawatan yang diberikan kepada BN, yang membantu GRS menawan 38 kerusi pada PRN.

Mereka mendakwa Bung segera meninggalkan Istana Negeri selepas ketua menteri dan 3 timbalannya, termasuk beliau, mengangkat sumpah jawatan.

Bridget Welsh.

Bridget Welsh dari University of Nottingham (Malaysia) mengingatkan GRS sebuah gabungan baharu dan oleh itu parti-parti komponennya harus belajar bekerjasama.

“Ada personaliti yang kuat, serta gaya dan jangkaan yang berbeza. Majoriti cukup tapi tak kukuh kerana GRS akan goyah jika satu pihak meninggalkannya.

“Ketidakstabilan dalam politik persekutuan akan membayangi Sabah dan itu cabaran utamanya – iaitu pertalian antara ketaktentuan politik di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya kepada FMT.

Penganalisis sosio-politik, Awang Azman Awang Pawi, dari Universiti Malaya percaya perkembangan pada Selasa itu hanya sebahagian kecil daripadanya.

Awang Azman Pawi.

Beliau percaya perselisihan akan berpanjangan dan akan ternampak pada perebutan jawatan di peringkat negeri hingga ke akar umbi.

“Ini akan berlaku dalam pembahagian jawatan di pihak berkuasa tempatan dan daerah, malah apabila melibatkan pembahagian projek daripada yang besar-besar sehinggalah sekecil-kecil kerja seperti potong rumput dan baik pulih longkang.

“GRS akan lagi goyah dan rapuh apabila sampai masanya untuk membahagian kerusi Parlimen, memandangkan kita menuju pilihan raya umum,” katanya.

Daripada 38 kerusi yang dimenangi oleh GRS, 17 diperoleh PN, 14 oleh BN dan 7 oleh PBS.

Warisan Plus menang 29 kerusi sementara sekutunya PKR menang 2 dan Upko 1. Tiga kerusi lain milik calon Bebas.-FMT

Tok Mat ajak Umno buat keputusan bersendirian sekarang


"Jika kita terpaksa bersendiri bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri," kata Mat Hassan menerusi Facebooknya.


Setelah pemimpin bawah Datuk Seri Najib Razak yang bersuara kini Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan pula bersuara agar Umno bersendirian walaupun tidak menyebut secara jelas tinggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jika kita terpaksa bersendiri bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Mohamad mengajak Umno “Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan Umno ke landasan sebenarnya.

“Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula Umno agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, keputusan pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang Umno meterai, tidak menguntungkan parti itu, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

“Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, Umno waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS,” katanya.

Apa yang berlaku di Sabah, katanya, memerlukan Umno memikirkan semula pendekatan politiknya.

“Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan Umno akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan Umno dalam jangka waktu panjang,” katanya.

Bagi beliau, pengorbanan Umno memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan Umno secara signifikan.

“Lebih menyedihkan, Umno terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan Umno.

“Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri,” kata beliau lagi.

Umno, katanya, tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

“Justeru, telah tiba masanya Presiden Umno memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita.

“Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara Umno diperlakukan dalam PRU Sabah,” katanya lagi.

Menuju masa depan, katanya, Umno mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir.

“Episod seterusnya ialah bagaimana Umno akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.

“Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional,” katanya lagi.

DNA manusia purba undang lebih bahaya COVID-19

DNA  Neanderthal berusia 60,000 tahun lalu berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. -  Foto/AFP
DNA Neanderthal berusia 60,000 tahun lalu berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. - Foto/AFP

PARIS: Pesakit COVID-19 yang mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) manusia purba, Neanderthal berdepan risiko lebih tinggi untuk mengalami komplikasi daripada wabak berkenaan.

Kajian oleh penyelidik mendapati individu dengan DNA manusia purba kira-kira 60,000 tahun lalu itu mempunyai kebarangkalian tiga kali ganda memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.

Wujud pelbagai punca mengapa sesetengah individu yang dijangkiti COVID-19 akhirnya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala segelintir daripadanya sekadar mengalami gejala ringan atau langsung tiada gejala.

Usia lanjut, lelaki dan masalah kesihatan dikenal pasti antara faktor yang berupaya meningkatkan kebarangkalian seseorang berdepan komplikasi lebih serius.

Bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati faktor genetik turut memainkan peranan dalam menentukan kebarangkalian seseorang mengalami komplikasi kesihatan selepas dijangkiti COVID-19.

Pengarah Jabatan Genetik Institut Evolusi Antropologi Max Planck, Svante Paabo, berkata kajian lanjut dibuat terhadap kromosom kedudukan ketiga dalam badan manusia yang sering dikaitkan dengan risiko komplikasi lebih teruk sekiranya dijangkiti wabak terbabit.

Sehubungan itu, katanya, pasukan penyelidik cuba mewujudkan kaitan langsung antara kedudukan kromosom berkenaan dengan jangkitan COVID-19.

"Individu Neanderthal dari selatan Eropah mempunyai segmen genetik hampir sama dengan manusia purba yang hidup pada 50,000 tahun lalu.

"Dua individu dengan DNA Neanderthal di selatan Siberia dan seorang lain yang mempunyai sampel sama di Eurasia bagaimanapun tidak mengalami risiko sama.

"Manusia moden dan Neanderthal berkemungkinan berkongsi serpihan genetik daripada nenek moyang sama, kira-kira setengah juta tahun lalu, namun penyelidik mendapati ia mungkin terjadi susulan perkahwinan silang baru-baru ini.

"DNA Neanderthal yang mempunyai potensi mengundang bahaya itu tidak disebarkan secara sama rata merentasi seluruh dunia," katanya.

Kajian itu antara lain menunjukkan kira-kira 16 peratus daripada penduduk Eropah mempunyai DNA Neanderthal, manakala separuh daripada populasi di Asia Selatan, dengan Bangladesh (63 peratus) mempunyai DNA sama.

Keputusan kajian berkenaan secara tidak langsung membuktikan bahawa warga Bangladesh yang tinggal di Britain berdepan risiko kematian dua kali ganda sekiranya dijangkiti COVID-19 berbanding populasi lain.

Varian genetik itu, bagaimanapun tidak wujud dalam kalangan penduduk di Asia Timur dan Afrika. Hanya dua peratus daripada DNA individu bukan Afrika di seluruh dunia mempunyai Neanderthal.

Tinggalan DNA Denisovan juga tersebar di pelosok dunia tetapi secara sporadik, meliputi kurang daripada satu peratus DNA orang Asia dan penduduk asal Amerika, selain lima peratus daripada orang asal Australia dan penduduk di Papua New Guinea. - AFP

-BH Online

Mahathir pusing fakta lagi.. Saya tak boleh maaf orang yang hancurkan parti saya, kata Dr M


PETALING JAYA:
 Dr Mahathir Mohamad tidak boleh memaafkan bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa menghancurkan Umno.

Dalam wawancara di Malaysia Gazette, beliau ditanya adakah bersedia memaafkan Najib sepertimana beliau memaafkan Anwar Ibrahim.

“Tidak, itu berbeza. Saya tak boleh maaf orang yang hancurkan parti saya.

“Itu dia (Najib) buat, dia buat betul-betul sampaikan orang benci pada Umno,” katanya.

Mahathir berkata ketika Barisan Nasional menang pilihan raya umum ke-13 pada 2013, Najib mempunyai lebih banyak penyokong berbanding beliau semasa beliau memerintah.

“Tetapi sekarang ini, orang tolak Pak Lah, orang tolak Najib. Najib tampil lebih buruk berbanding Pak Lah,” katanya merujuk kepada pengganti beliau, Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menghabiskan 22 tahun pertamanya ketika berkuasa dengan “mempersiapkan” Najib untuk menggantikan beliau. Namun, tidak lama selepas Najib memegang jawatan itu pada 2009, Mahathir mengkritiknya, mengatakan hubungan antara kaum dilihat semakin memburuk dan persekitaran perniagaan semakin sukar.

Serangan berlarutan selama bertahun-tahun, dan Mahathir pada Januari 2018 menawarkan dirinya sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan sementara pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim berada dalam tahanan penjara.

Najib percaya Mahathir obses dengan kawalan.

MR :  Dia yang jatuhkan UMNO/BN dalam PRU-14.. Najib juga yang salah  

-mindarakyat

Sanusi sedia lepas jawatan kepada yang lebih layak

Alor Setar: Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor bercadang menyerahkan tugas dan urusan bola sepak kepada pihak lebih layak demi memajukan lagi sukan itu di negeri ini. 

 Beliau yang juga Menteri Besar Kedah bagaimanapun hanya akan berbuat demikian selepas menyelesaikan masalah tunggakan hutang KFA berjumlah lebih RM10 juta terlebih dahulu.

 "Selepas selesaikan semua hutang-piutang KFA tinggalan pengurusan sebelum ini, saya bercadang untuk menyerahkan urusan bola sepak kepada mereka yang lebih layak memikulnya.

 "Ada ramai tokoh yang lebih layak untuk urusan ini. 

Saya akan kekal sebagai penyokong setia Hijau Kuning," katanya menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook pagi ini.

 Sementara itu, Muhammad Sanusi berhasrat mempertimbang cadangan berkaitan logo baharu Darulaman FC (DFC) yang dikemukakan peminat Hijau Kuning selepas mendapat kritikan. 

 "Ramai peminat pasukan Kedah hantaq mai (hantar) minta pilih logo-logo ini...InsyaAllah akan dipertimbangkan. 

Pada peringkat ini, Kedah kena selesai dulu keperluan untuk pendaftaran FC mengikut syarat-syarat ditentukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya. 

 Jelasnya, KFA sentiasa menerima cadangan dan pandangan peminat, namun berharap ia tidak berlebihan.

 "Cadangan dan pandangan sentiasa dialu-alukan...logo Kedah pun dah beberapa kali diubah dan setiap kali berubah, orang hentam macam-macam juga. 

 "Maki hamun ja tak boleh... ia mengurangkan pahala," katanya. 

 Penyokong bola sepak Kedah semalam kecoh selepas berasa kecewa dengan logo baharu DFC yang dianggap tidak menarik dan meminta ia ditukar pihak pengurusan KFA.

-myMetro

Hampir seluruh negara dijangkiti Covid-19 dari Sabah


PUTRAJAYA – 
 Hampir keseluruhan negeri dan wilayah di negara ini dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) dari Sabah.

Menerusi data terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara negeri yang merekodkan jangkitan dari Sabah adalah Kedah sebanyak dua kes, Selangor (lima), Johor (satu) dan Sarawak (tiga) kes.

Selain itu, Kuala Lumpur dan Terengganu merekodkan tiga kes positif yang turut melibatkan individu pulang dari Sabah manakala Pahang serta Perlis dua kes.

Empat negeri dan wilayah lain iaitu Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak masing-masing merekodkan satu kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejak 20 September lalu, pihaknya merekodkan 88 kes positif dikesan dari Sabah.

“Hari ini sebanyak 25 daripada 86 kes penularan dalam negara dikesan mendapat jangkitan ketika berada di Sabah,” katanya.

Menurutnya, Sabah masih lagi negeri tertinggi merekodkan kes positif harian dengan 35 kes melibatkan rakyat tempatan.

“KKM mengesan 18 kes dalam saringan bergejala, sembilan kes positif daripada Kluster Bangau-Bangau dan tiga kes kontak rapat kepada kes positif.

“Selain itu, KKM turut mengenalpasti empat individu daripada Kluster Benteng LD didapati positif Covid-19.

“Satu kes saringan kematian di Hospital Tawau turut disahkan positif,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya merekodkan 13 kes di Kedah termasuk dua yang pulang dari Sabah.

“KKM mengesan lima kes saringan kontak rapat kepada kes positif iaitu kes ke-11,129 dan tiga daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dua individu bergejala yang disaring di negeri itu turut disahkan positif wabak itu.

“Kluster Sungai merekodkan satu kes baharu,” katanya.

Menurutnya, di Selangor, daripada lima kes lain dikesan, masing-masing dua kes bergejala dan saringan masuk kerja.

“Satu kes saringan sebelum pulang ke negara asal yang melibatkan warga asing,” katanya.

Katanya, di Johor pula, tujuh kes daripada Kluster Bakawali turut dikesan.

“Kes indeks kluster ini merupakan pasangan suami isteri yang pulang dari Sabah,” katanya.

-Minda Rakyat